Sep 28, 2010

Sekiranya diberi pilihan...

Di status FB tertera ~ kalau diberikan pilihan antara Syafiah istimewa atau pun Syafiah yang normal untuk beribu kali lagi pun, aku kan tetap memilih Syafiah yang istimewa kerana dia sangat unik dan aku menerima seadanya dia. walau pun pengalaman menghantarnya ke dewan bedah itu perlu ku tempuhi berulang-kali.

Walau pun ku tahu air mata ini pasti gugur lagi memikirkan kebarangkalian-kebarangkalian yang ada. Sekiranya dia terus memberi manfaat pada semua orang termasuk aku, maka panjangkanlah usianya. Tidak kira apakah ujiannya, insyaAllah dengan bimbinganMu akan aku redahi dengan rasa syukur dan redha.

Dan aku tidak akan meminta sesuatu yang lain selain yang tidak ditakdirkan untuk diriku dan dirinya kerana aku tahu itulah jalan kami. Jalan yang kami pilih tanpa kami sedari. Itu juga tandanya Allah itu amat sayang pada kami. Sekiranya aku redha, redha Allah insyaAllah pasti bersamaku. Sekiranya tidak, pasti apa yang aku lakukan akan menjadi sia-sia.

Aku mungkin saja pernah berjanji sesuatu pada Penciptaku tapi aku sendiri lupa kerana janji itu telah dibuat di alam yang lain. Mungkin saja aku menyanggupi apa yang aku lalui kini, tapi aku sendiri adakalanya ingkar. Aku menangis, aku sedih. Hilang rasa syukur bila hilang pertimbangan. Moga Allah tak jemu membimbing kami dan menguatkan iman kami.

Seorang anak seistimewa Syafiah layak untuk mendapat seorang ibu yang hebat sepertinya juga. Kalau dia kuat, aku mesti lebih kuat. Kalau dia jarang menangis kerana sakit, aku juga mesti berhenti menangis. Kalau dia seringkali tersenyum, aku mesti lebih melemparkan senyuman. Setakat ini aku masih belum berhenti untuk senyum. Jika dia memilih untuk menjadi khalifah yang hebat, kenapa aku mesti bersikap lemah? Aku harap aku layak menjadi ibu yang hebat itu.


Tenang bila seringkali melihat wajah ini.

Ya... sekiranya aku diberi pilihan aku memilih untuk terus menjadi insan yang bersyukur dalam apa jua keadaan ~ suka mahu pun duka.





11 comments:

AKUOKU said...

besttt...

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

speechless kak.....

ashra said...

hehe..lama tak borak kat fb..sy btul2 majuk dgn fb ni.keke..

emm,btul tu k.su..anak yang hebat allah kurniakan pada ibu yang hebat..ternyata,k.su adalah antra ibu2 yang hebat yang allah pilih.
=)

knv said...

she looks really well and happy! both are you are lucky! :D

Sue.Aleen said...

AKUOKU a.k.a. kak Sham:
Kak Sham lagi best!





Naimatul Hafizah Nor Rodin:
Tak pe... akak faham. Biar hati berkata-kata.





ashra:
Akak kalo blog ni payah sikitlah nak terjah. Nak borak pun cam payah. Buat la satu akaun FB untuk akak, Ashra. Biar kita berdua je yang tau.





knv:
She's happy as always. Alhamdulillah... Allah berikan kesihatan yang baik padanya.

Rozy said...

you are strong kak sue

Sue.Aleen said...

Rozy:
Tak kuat tanpaNya di sisiku.

Unknown said...

kak sue...rindu dgn tulisan kak su....

Anonymous said...

owh Sue, Sue adalah diantara ibu kepada anak istimewa yang amat tabah menghadapi ujian dan dugaan... syabas utk Sue..

Salam dari Miri
Asfa

DeLLa said...

kan sy dah kata..sy suka entry kak sue.tak buat sy nangis..tp buat sy rasa kuat!kak sue mmg best..

pssssttt: nk dtg umah boleh?(hehe...gurau)

Sue.Aleen said...

Kerikil Kehidupan:
Miss you too.





asfa:
Kalau ibu tak tabah, kesian la kat anak yang tabah itu.





DeLLa:
Akak tak suka la bagi orang menangis. Banyak blog oversea yang akak baca bagi semangat supaya kita jangan takut dengan apa yang kita alami. Padahal mereka itu bukannya orang Islam. Sepatutnya kita sebagai orang Islam ni kena lebih kuat dalam menghadapi ujian.

Della nak datang rumah ke? Meh la hari Ahad ni. Boleh jumpa dengan Krsty sekali.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin