Apr 21, 2011

Bila mereka mempengaruhi...

Kita biasa mendengar ibu bapa akan cuba mempengaruhi anak-anak terutamanya ke arah kebaikan. Tapi bagaimana kiranya anak-anak mempengaruhi ibu bapa? Konteks pengaruh ini bukanlah dari segi yang buruk. Bukan pengaruh untuk kebendaan/material, belikan barangan tertentu yang tidak wajar pada mereka. Pengaruh ini dari segi yang lain, pengaruh untuk ibu bapa merendah diri dan memajukan diri dari melihat aktiviti si kecil.

Saya masukkan Adam ke sekolah PASTI. Di sana salah satu subjek yang dipelajari adalah Bahasa Arab. Saya pelajari AHMARU itu adalah MERAH, JADDUN itu adalah datuk, AKHUN itu adalah abang dan sebagainya. Tidak terkecuali saya belajar doa-doa yang jarang saya baca. Cara saya, saya akan meminta Adam membacanya seterusnya saya akan mencari dalam al-Quran (kiranya bersumber dari sana), internet malah merujuk kepada suami saya sendiri. Sekadar untuk mengetahui tajwid, makhraj serta dengan maknanya sekali & doa itu paling sesuai digunakan untuk apa peristiwa. Lalu saya cuba untuk mengamalkan.

Mastura pula dengan caranya yang tersendiri ~ obses dengan dinosaur, alam, haiwan & dia sangat gemar membaca. Segala aktiviti melayari internetnya saya pantau, tiada satu pun yang terlepas dari subjek ini ~ DINOSAUR. Antara web yang dia layari:





Yang ini dia layari sebab dia minat dengan alam



Antara games yang Mastura suka. Ada ciri-ciri minat sains dia ni.


Ada suatu hari bila saya semak 'history', saya dapati dia mencari maklumat mengenai kutu. Antara kata kuncinya ~ "kutu kucing", "hayat kutu", "kutu manusia". Sebelum itu, saya tidak membenarkan dia bermain dengan kucing di luar. Saya mengatakan kucing tersebut ada kutu. Tidak puas hati agaknya dengan larangan saya, walau pun dia taat pada kata-kata saya itu, dia mencari maklumat tentang kutu di internet. Lebih terperinci. Malah dia juga berkongsi dengan kami maklumat tersebut. Bunyinya macam tak padan dengan usia kan...

Reaksi saya? Saya juga perlu menyaingi mereka agar saya tidak ketinggalan. Saya rendahkan diri untuk belajar walau pun saya belajar dari anak saya yang jelas ternyata lebih muda. Saya tanyakan mereka itu ini agar minda mereka & saya sendiri berterusan berfikir. Saya merasakan tiada salahnya untuk bertanya anak-anak sekiranya saya tidak tahu.

Zaman ini serba pantas, zaman di mana teknologi dan maklumat sentiasa berubah & bercambah. Apa yang kita tahu mungkin saja sudah ketinggalan. Zaman ini adalah zaman ibu bapa perlu sama belajar bersama anak-anak, malah perlu melangkau selangkah ke hadapan agar kita dapat menyediakan jawapan yang konkrit & tepat pada pertanyaan mereka. Sekiranya jawapan saya salah dan dibetulkan oleh si anak pula, saya tidak malu untuk belajar lagi.

Oh ya, anak-anak saya juga sudah mula dibiasakan dengan DSLR. Hasilnya mereka mengganti saya mengambil gambar semasa saya sedang sarat mengandung. Tak larat makcik ehh nak terbongkok-bongkok & berposing lebih sakan terutamanya untuk mengambil gambar yang cantik. Antara gambar yang mereka ambil:




Bila anak ambil gambar selari macam ini tak tergugat ke tempat ibu mereka? Oh, terasa sangat tergugat okeh. Jadi saya perlu jadi lebih baik & maju dari saya sekarang ni.

Apa kata layan juga video/lagu yang saya suka layan sekarang ni? Saya terpengaruh dengar lagu ni dari anak-anaklah juga :P.. hish!:








8 comments:

najihah said...

salam kak..
pengaruh yang baik tu..
ada kawan dulu, bapanya ustaz maknya anak cina diangkat keluarga melayu.
dia orang adik beradik selalu bertanding tilawah al quran. selalu dapat tempat gak. maknya mungkin tak terbuka lagi pintu nak belajar mengaji sampai la dia orang tu remaja. sekali tu, kawan dapat tempat lagi dalam pertandingan tilawah. pastu ada orang tanya kat maknya, "ko bila lagi?" nangis2 maknya balik rumah. sampai rumah je minta anak ajar. alhamdullilah.. cepat je belajar bila anak yang ajar. panjang pula komen nih.

Murni Delights said...

as salam kak...
wah pndainyer anak2 akak...kecik2 dh bnyak b'pk dan pndai mencari maklumat...bgus cara didikan akak pda diorg sume... bleh blja nnti bila saya dh bkal2 jadi ibu..he..he insya Allah klu ada rzki...
teringat dlu kecik2 blja kat Taski abim..srnok mcm2 doa dan amalan yang dpt kita buat...

working mom... said...

alhamdulillah...anak anugerah terhebat kan..syukur jika anak mempengaruhi kita ke jalan yg baik...buat kita rasa berbaloi berjuang dan bersusah payah melahirkan dan membesarkan mereka...moga anak menjadi penyelamat kita di sana...

mizah said...

heheh..suka la tengok pics yang anak2 kak sue ambil...pandainya :)

fiezaradzi said...

tul tu, lau kite buat dek je.. mmg ketinggalan le kite.. budak2 skg advance..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

bagusnya adam dan mastura, anak2 yang bijak.
anak fiza jauh lagi ke nak jadi bijak macam adam dan mastura... huhuhu....
fiza kontrol sikit anak2 menggunakan internet, sebab dorang ni tak pandai lagi bahagi masa dgn baik. jadi, kena umi dan abi kena tetapkan masa utk mereka guna internet. satu lagi, asal internet je sekarang, mesti nak games.... aduhai.
tapi, sejak ikhwan dah sekolah ni, mmg jarang2 amat guna internet.

Sue.Aleen said...

najihah:
Wsalam.. selalunya memang begitu kan. Allah bagi hidayah tu macam-macam cara termasuk melalui si anak. Dia sayangkan hamba-hambaNya.





Murni Delights:
InsyaAllah... suatu hari nanti turn Vill pulak ya.. Jangan putus berharap.





working mom...:
Ameen.. aku selalu kata, "dapat anak yang excellent dalam agama itu yang aku kejar, kalau dapat yang cemerlang akademik itu satu bonus". moga anak-anak kita terus cemerlang kedua-duanya.





ramizah:
Tu la dari awal lagi akak bagi can... insyaAllah bakat tu dapat dipupuk dari awal lagi.





fiezaradzi:
Betul.. betul.. betul.. kalau tak kejar jugak, memang kita ketinggalan la jawabnya.





Naimatul Hafizah Nor Rodin:
Fiza, anak Fiza excellent kat lain. Jangan bandingkan ya. Ada sesetengah perkara akak envy dengan Fiza, k...

Anonymous said...

salam kak..npe.dh senyap..sy nk tau lg ape pekembngan safiya..sy ade anak awdara yg ade hydrocephalus..sy rs blog akak bg sy inspirasi...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin