Apr 20, 2011

Sekadar renungan...



Saya bagai terdetik pula untuk berkongsi kata-kata ini yang telah saya kongsi di RH:

Orang ni banyak rencam dan ragamnya. 1 kena tanam dalam diri, mereka tak sama dengan kita. Malah nasib mereka juga tak sama dengan kita. Ada sesetengah dah cukup rasa puas bila dapat zuriat. Ada yang tidak dikurniakan zuriat tapi dah cukup bersyukur sebab Allah dah kurniakan dia dengan nikmat lain yang lebih banyak.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi saw bersabda yang maksudnya : "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu". (Bukhari)

Allah uji kita dengan ujian yang pelbagai. Timbanglah dari perspektif yang berbeza:

~ Ada orang belum dikurniakan zuriat. Jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?
~ Ada orang dikurniakan anak istimewa. Jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?
~ Ada orang dikurniakan anak, kemudian ditarik semula. jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?

Persoalan tentang kehidupan ini bukan hanya berkisar pada zuriat saja. Ia berkisar tentang ujian yang Allah beri. Ada atau tanpa anak, Allah tetap memberikan ujian. Kawan-kawan yang dikurniakan zuriat yang berada hampir dengan kita itu juga ujian untuk kita. Tak lain tak bukan ujian ini untuk tingkatkan keimanan. Ada orang bila diberi ujian makin meningkat iman dan rapatnya dengan Pencipta. Tapi ada orang lebih tersasar... menyalahkan takdir yang telah diberikan serta tidak pula berusaha untuk meningkatkan diri.

Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Sama-samalah kita kurangkan mengeluh dan melihat hidup ini dari sisi yang positif, kerna sesungguhnya jika kita hitung nikmat yang Allah berikan ternyata ia jauh lebih banyak dari ujian yang Dia berikan...



Bak kata Ustaz Hasrizal:-

Bentangkan sejadah.

Dia Teman sejatimu...





9 comments:

DeLLa said...

wah....nmpak jelas syafiah big girl...

Bicara hati ibu aisya said...

Saya tekan butang 'like'

Syafiah dah jd big girl.Semoga sihat2 selalu.

ashra said...

btul tu k.su...
setiap yang allah turunkan rezki dan dugaan ada padanannya.samaada kita redha nak terima atau kita jauh lagi tersasar dari bersyukur..

ramai yang memandang nikmat perkahwinan itu pada zuriat..sedangkan,nikmat allah yang lain lagi besar belum kita panjatkan kesyukuran

suami yang baik/bertanggungjawab.
cukup makan pakai tempat tinggal.
nikmat harta - kerjaya,kereta,rumah
dan sebagainya la kan....

suealeen said...

DeLLa:
Ye la.. dok sebelah adik dia tu, memang nampak sangat dia dah beso kan..






Bicara hati ibu aisya:
Ala.. kalau la tau buat button like tu kan best... nanti nak cari la kot ada.





ashra:
Kadang kita lupa nikmat lain hanya kerana kita diuji pada satu perkara. We took other things for granted...

Murni Delights said...

syafiah dh jadi kakak skrg nie..he..he comel dia..

betul tu kak sue..
mcm vill nie adakalanya tersungkur dilandasan sndri krna tak mmpu nak hdpi dugaan yg Allah berikan.. sdgkan kita sbnrya kne b'syukur dgn ape yang kita perolehi...thanks berkongsi artikel yang menarik dan mbri kesedaran pda vill..

fiezaradzi said...

berat mata memandang, berat bahu memikul.. tak pe, percayalah, lau kita rasa susah, de org lagi susah.. bila igt yg tu, diri rasa tenang sikit.

Lady Mira said...

sudah hampir 5 thn berumahtangga tp masih blum mempunyai zuriat... masih keliru adakah mampu untuk ujian ini...

All about me said...

Salam...

Sue..kebetulan semalam saya berjumpa seorg kawan yang menghadapi masalah yg sama dgn anak u..i tgk u pernah cuba AO max..why dont u cuba betul2 ikut MRT Concept Elken..sebab i tgk ada testimoni..http://www.youtube.com/watch?v=KebZ8e2Yaqo cuba tgk..saya rasa this will help her to walk..insyaallah

Nurul A said...

salam,
saya sangat respect dengan ibu2 yg mempunyai anak istimewa. besar dugaan akak, besar juga ganjaran Nya di sana nanti. insha Allah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin