Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Jun 17, 2009

Daddy's Dearest Contest



Terasa begitu gatal tangan ni nak join contest ni. Tak tahu kenapa. Jenuh teman mencari gambo² 4 beranak ni. Ada sehhh... sukernye teman tak terkireee...

Sebenonye teman tengok orang participate contest ni dah ramai. Mula tu tak ingat langsung pasal Father's Day. Sekali pandang tak ingat, dua kali pandang pun tak ingat jugak. Tanya jap pak cik Wiki yang baik hati tu. Father's Day dah dekat rupanya.

Ada insan prihatin kate tak elok la sambut Father's Day ke Mother's Day ke Valentine's Day ke sebab semua ni ada peristiwa. Yang Valentine's Day tu memang teman against sangat²lah. Sambut Hari Bapa tiap hari pun tak per pada pandangan teman ni. Kang dah tak berbapa cam teman ni, nak sambut pun takleh dah. Baca al-Fatihah la pulak. Sob sob... sedih beb!

Mood teman baik beno 2-3 hari ni. Tu sebab teman mengkreatifkan diri. Dalam contest ni pun tak terkecuali. Ada rezeki dapat la... tak dapat pun gambo ni kekal abadi dalam blog ni. Tak gitu? Yang penting dapat kawan baru lagi.


How to participate?

Just follow the steps below and the prizes could be yours!

1. Add Isabelle...frankly in your blogroll@bloglist and become my follower.
- Done! The bloglist can be found here.

2. Write a short entry in your blog about this contest (it could be in Bahasa Melayu or English - up to you) and put up the Daddy's Dearest banner (above).
- Entry - done! Long some more... banner - done!

3. Upload a creative/dramatic photo of the father with son/daughter and explain why do you think your picture is unique.
- Look the pictures below. Click on pictures to enlarge them:


Ayah yang buat 'iklan gigi' percuma dengan Mastura. Masa ni Mastura baru 2 tahun. Sekarang ni dia dah 5 tahun.


Apalah yang ditegur oleh si ayah sampaikan Adam memuncungkan mulutnya? Gambar kecil tu di Pulai Springs Resort. Malam bertemakan rock and roll tu sebab ayah siap ikat kepala dia. Ada kawan² ayah siap pakai wig dan jaket kulit lagi.


Gambar ni memang macam tak de komunikasi antara anak dan ayah. Tapi teman letakkan juga supaya adil. Gambar si ayah memberikan anak susu sampai kenyang dan tertidur si anak yang hebat ni. Ayah selalu usik Syafiah nak² lagi time terapi. Nangis dibuatnya kawan sorang tu.


4. Include a link back to this blog and this contest in the entry.
Link to the blog - Isabelle... frankly.
Link to the contest - Daddy's Dearest Contest.

5. Tell me about your entry by leaving a comment here with the link to the entry.
- Done

*The prize would be something special for the moms (as I believe only moms will spend time to do this...hahaha)*

Terms and conditions
  • This contest is only opened to Malaysian bloggers only.

  • The contest starts on 1st June 2009 and ends on 19th June 2009.

  • You must put the required links in your entry. Else, it will be disqualified without notice.

  • Winners will be selected based on the most creative pix that resemble daddy-child closeness.

  • Judge’s decision is final and no correspondence will be entertained.

  • Winners will be announced in this blog and will also be contacted via email.

    Come on, spread the words and good luck!






  • Jun 3, 2009

    Syafiah berbaju merah!

    Tengok orang berlumba-lumba masuk pertandingan bayi comel berpakaian merah di mombloggersplanet.com.

    Comelkah Syafiah? Dia teramat comel pada pandangan mata saya. Dengan rambut kerinting halus dan berwarna perang serta kulit mulus berwarna putih merah. Saya tidak terbuka hati untuk join contest tu bukan sebab menidakkan kecomelan Syafiah, tapi saya rasa tak perlu. Mana² ibu sudah barang pasti menganggap anak sendiri adalah paling comel. Tak gitu?

    Baru² ni saya ke kenduri saudara. Tempat kami berkumpul, beramah mesra. Kami kalau dah jumpa, seolah macam assobiyah pula. Padahal macamlah jarang beno jumpanya. Dan ya.. Syafiah berbaju merah!


    Gambar ni sebenarnya melintang, tapi entah kenapa saya suka ia dalam keadaan menegak! Nampak tak tali quantum pendant yang Syafiah pakai? Ntah² ada plak yang sangka ianya tangkal.. duhhh!


    Gemar betul dia mengiring sekarang ni. Saya masih menantikan gambarnya yang lain, mana tau kot ada yang menawan di jiwa, hati saya terbuka untuk masuk pertandingan tu. Ada yang saya tembak sendiri maklum sajalah menumpang kamera photographer family yang lain - Sha, Didi & Abang Kemal. Asal nampak dia orang tak pegang saja, gatallah tangan saya ni nak pegang. Semua pakai DSLR belaka, tak mainlah digicam biasa² ni.

    Entah bila la saya nak beli DSLR? Tempohari berbincang dengan suami. Kalau dapat jual rumah di PJ tu, ada 2 barang yang saya kepingin sangat - DSLR dan mesin jahit. Dua² boleh menjana pendapatan. Duhhhh! Hati tak pernahnya puas dengan dunia.... eh! Kawan² tolong jual bleh? Nanti kami berikan komisyennya! Untuk info, sila ke Tangan Yang Menghayun Buaian...





    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin