Showing posts with label Ramblings. Show all posts
Showing posts with label Ramblings. Show all posts

May 8, 2015

Sentraal Station : Teruja Menghidupkan Kembali Blog


Bismillah.



Mesti kawan-kawan FB cek pelik tengok awat cek dok mentioned pasai Sentraal Station ni. 

Dan awat tetiba boleh plak mai jengoi balik keluaq kat blog.

4 tahun kot dok hibernate dalam FB. 

Sebenarnya tak salahkan FB jugak jadi asbab kehilangan dari dunia blog. BerFB lebih pantas, mobile friendly, orang tinggalkan komen dan mesej dapat notification tanpa perlu buka email, nak jawab pun cepat, boleh buat album, ada pun kalau jenis slow line nak buka whole page of entry sampai hang plak dan lain-lain. 

Album Amazing Syafiah misalnya - boleh diikuti perkembangannya dari 23 Disember 2008 lagi hingga ke hari ini. Hanya dengan one click atau swipe di skrin telefon pintar.

Dan bila berjualan di FB lebih pantas menerima tindak balas. Ok cukuplah cerita pasal FB.

Semasa saya dimasukkan dalam Sentraal Station ni oleh kak Rina (dulu Safe & Sound Silversarina, kini Wanmommy Cyber Talk), saya tak perasan juga. 

Ketika itu ibu mertua saya dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru, acute pneumonia with parapneumonic effusion. 

Memang kurang masa dengan dunia siber bila kita banyak 'on road'. 

Dan saya ada satu sikap, bila saya banyak masa bersama keluar, entah ke mana telefon dan laptop saya merayau... hahaha... Even bila di restoran pun, telefon 'haram' dikeluarkan dari poket masing-masing. So much of quality time with my loved ones.

Saya memang kurang mengenali blogger di Sentraal Station. Hanya segelintir dari mereka. Tambahan nama di FB lain dari nama blogger. Rupanya mereka ini berblog lebih lama dari saya. Ada yang seawal 2001. Tapi saya suka amat dapat mengenali rakan blogger baru. Entry mereka ada aura tersendiri.

Masa jadi blogger tegar, saya banyak jadi silent reader. Lebih gemar membaca dari mengomen (maka itu juga saya suka FB sebab di FB tanpa komen, anda masih boleh tekan button like as a sign of presence).

Tapi bila tengok mereka ini semangat betul nak hadap #blogreviveday (6 Mei 2015 tarikh pilihan), entah adrenaline apa membuatkan saya turut serta. 

Well, as someone said, a blogger always be a blogger.

Oleh kerana saya jenis kuat bebel juga, maka saya memilih meneruskan untuk mencoret di Amazing Syafiah & Co. kerana saya tahu masih ada orang yang memanfaatkan blog ini.

Tak lupa passwordkah? Taklah. Saya masih menggunakan email yang sama. Malah nickname & password yang sama sejak tahun 1998 lagi.

Ada antaranya mencari saya di FB, memberitahu bahawa mereka datang dari blog dan kami sama-sama mempunyai anak istimewa. 

"Saya dapat maklumat dari blog akak. Tu sebab saya cari akak di Facebook".
"Sue, I'm from Canada. I bumped into your blog. Nice knowing you".

Besar hati tak mau kempis tau! 

Maknanya, "Why I blog about her" tu telah sampai maksudnya alhamdulillah. 

And since, I have readers from Children's Health Community and this blog has been up in some of the foreign blogs, I have to write in English too (though I talk hang-aku as my mother tongue.. lol).

Ini maknanya juga, walau setelah bertahun-tahun selama ini blog masih diakses, masih digunakan walau pun tuannya 'terjebak' dengan Facebook.

Bayangkan, akan datang pasti juga begitu. Mudahan jadi benih dan saham untuk saya di alam sana kelak juga, amiin.

So, new friends from Sentraal Station.. welcome to my humble little blog. Nice knowing all of you.



Oct 25, 2010

Pengalaman hamil yang eksklusif


Gambar ihsan dari Google.


Saya seorang ibu dan isteri yang menganggap pengalaman mengandung itu sesuatu yang sangat ekslusif untuk kami berdua. Semasa saya mengandungkan ketiga-tiga anak kami, saya lebih banyak mendiamkan diri sehinggalah saat kandungan saya mencecah 6 bulan, di mana perkembangan fizikal saya akan naik mendadak. Itu pun hanya di perut. Di tempat lain perkembangan ini akan kekal seperti selalu. Bulan-bulan di antara 6-9 bulan itu, perut saya akan membesar seakan belon yang ditiup. Menunggu masa untuk pecah.

Hakikatnya saya amat gembira mengetahui saya mengandung. Saya teruja untuk melaluinya pengalamannya. Namun saya tidak teruja untuk berkongsi detik itu dengan sesiapa jua kecuali suami saya. Kerana bagi saya ia suatu pengalaman yang sangat EKSLUSIF untuk kami berdua. Ya... ketiga-tiga anak saya hamil dalam diam tanpa sebarang hebahan walau pun pada ahli keluarga terdekat termasuk mak mahu pun ibu mertua. Saya sangat-sangat menjaga hati-hati lain yang masih belum dikurniakan zuriat (semasa saya mengandung 2 anak pertama, kakak ipar saya masih belum berkahwin dan adik saya sendiri setelah berkahwin 3 tahun masih belum dikurniakan zuriat). Itulah realitinya.

Saya masih ingat ketika hamil kali pertama. Saya adalah menantu yang pertama. Dengan status saya seorang perempuan, saya sering ditanya atau dikias, "Mak dulu inai masih merah dijari dah ada isi". Namun saya diam membatu walau pun ketika itu saya juga telah mempunyai isi. Saat saya mual (terutamanya ketika menggosok gigi), saya akan masuk ke bilik air dan membuka air paip sebesar-besarnya. Membiarkan air paip itu jatuh ke dalam besen/timba. Bising bunyinya dan saya akan membuang rasa mual itu sepuas-puasnya. Seorang ibu saudara pernah berkias-kias, "Ambik la buah nam nam ni. Buat mata, buat telinga (buat anak le tu)". Saya tetap berdiam diri.

Hinggalah saat usia kandungan mencecah ke 6 bulan, saat perut saya seperti belon yang akan pecah, baru mereka menyedari yang saya sebenarnya sedang hamil.

Begitu juga untuk kandungan kedua. Masih dikiaskan lagi, "Masa anak sulong mak setahun setengah, dah mengandung lagi". Pun saya tetap mendiamkan diri padahal saya mengandung yang kedua ketika si kakak berusia 8 bulan lebih. Bila ditanya, "Ni dah ada isi ke ni?", saya hanya akan bergurau, "Ye.. dah ada isi. Tadi baru je makan ketupat, lemang, rendang". Ketika itu semasa hari raya Aidilfitri.

Akhirnya berita tentang saya hamil diketahui juga tanpa hebahan bila ibu mertua saya diilhamkan melalui mimpi yang saya mengandung lagi dan saya sendiri dimasukkan ke wad SMC disebabkan denggi. Bilamana saya tidak menyentuh sebarang ubat, mahu pun Panadol ketika itu dan suami melarang ibunya membekalkan ubat-ubatan atau makanan yang tidak sesuai untuk ibu hamil.

Seorang anak saudara yang telah lama tidak ditemui, bertemu kami pada satu malam gathering keluarga, terlihat kepada bentuk fizikal saya lantas spontan bertanya, "Ni bila pulak ngandung ni? Tak tahu pun. Sedar-sedar tu dah ada je maksu ni. Isk!". Surprised!

Masuk anak yang ketiga, tiada lagi kiasan. Mereka yang terdekat dengan saya hanya menunggu. Ya.. tak perlu saya hebahkan kerana mereka sendiri akan perasan pada saiz perut saya pada usia kandungan 6 bulan ke atas.

Dan kami akan tetap menjadi seperti ini untuk anak ke 4 dan seterusnya. Tiada hebahan. Kerana itulah kami yang sebenarnya. Pengalaman mengandung adalah saat yang sangat mengujakan tapi kami tidak teruja untuk menghebahkan dan tidak gemar yang tahu turut menghebahkan. Sama seperti memberikan susu ibu kepada si anak, menceritakan perkembangan anak kecuali Syafiah serta bergambar. Saya amat gemar mengambil gambar tapi tidak teruja untuk bergambar kerana itulah diri saya yang sebenarnya.






May 5, 2010

Sudah 3 tahun berlalu....

Sedar tak sedar rupa-rupanya telah 3 tahun saya menjadi blogger. Dari seorang blogger tegar di Tangan Yang Menghayun Buaian dengan isu-isu semasa yang panas, sehingga saya memperlahankan rentak menikmati kehidupan sebagai seorang ibu kepada seorang anak yang istimewa. Ya, sesungguhnya dia telah mengubah pandangan saya tentang kehidupan dari sisi yang berbeza.

Saya mula menulis tentang pandangan saya di TYMB pada 9 April 2007. Semasa itu saya masih berkerja. Saya hanya berblog selepas waktu berkerja. Mencoret pada mulanya tentang pengalaman-pengalaman yang kosong dan kurang memberikan manfaat kepada masyarakat.

Dulu ketika saya tidak berkerja, saya sering mengikuti kakak saya ke markas. Membantu semampu saya. Namun apabila masuk ke dunia pekerjaan, dunia itu seakan saya tinggalkan dan saya tidak mampu membantu seperti masa dulu. Rugi. Langsung saya mula memberikan pandangan-pandangan saya dalam isu semasa sehingga blog saya disenaraikan (masih disenaraikan) di Beras Padu & Beras Terpilih. Saya amat berterima kasih kepada saudara Sebol.

Sejak dari itu, saya kurang berbicara tentang peribadi kerana agak malu untuk ditatapkan di kalangan blogger handalan seperti ABO (politik banjar - saya mengenali saudara ABO ni secara peribadi), saudara Sebol, Kak Jie, saudara Knizam, saudara Jingga Studies (doktor mata), saudara me (yang kini telah berbulan juga berhenti menulis), kak Silversarina (antara pengunjung terawal blog saya), NurAflah, YB Idham Lim, kawan-kawan dan jiran-jiran saya di SU.net, saudara ASR (yang dulunya berada di UK, kini dah pulang ke tanahair), kak Ija (masih berada di Australia), saudara Deo, Umaralfateh, dll. Di sana juga saya kenali Aboo (unpublishednotes) sehingga akhirnya berkawan rapat dengannya. Saya amat gemarkan cara Aboo menulis namun sayangnya dia juga memilih untuk berdiam diri dengan isu-isu semasa. Mungkin saja dia amat sibuk berkerja.

Kini telah hampir beberapa bulan saya 'melarang' diri saya dari berbicara tentang isu semasa yang panas. Blog itu kini sepi. Saya masih mengumpul kekuatan untuk mencari bahan ilmiah untuk dikongsikan di blog itu.

Sebaliknya, saya hanya tumpukan perhatian saya pada blog A Journey of Amazing Syafiah. Idea membuat blog ini muncul apabila saya amat sukar mencari maklumat mengenai penyakit Syafiah dan ada pembaca yang mencari maklumat mengenai perkara tertentu. Blog mengenai insan istimewa memang ada tapi selain menceritakan tentang perasaan, yang menceritakan secara berilmiah amat kurang sekali.

Jadi kenapa saya tidak spesifikkan blog itu seperti sekarang ini, menceritakan perasaan bersama-sama dengan pautan-pautan yang berkaitan? Maka itulah sebabnya lahir Amazing Syafiah, yang mana cerita asalnya diceritakan di dalam blog TYMB. Semua ceritanya saya pindahkan ke sini. Dan saya perlu berblog secara dwibahasa kerana ada pembaca blog ini berasal dari luar negara seperti Sarah (antara pengikut blog ini yang terawal) dari Australia. Sarah mempunyai anak bernama Violet.

Ia masih lagi menyumbang kepada ummah secara berilmiah, insyaAllah. Namun melalui cara lain, dengan memberikan kesedaran bahawa wujud individu-individu istimewa dan penyakit yang berkaitan. Semoga dengan pendedahan yang diberikan dapat memberi suntikan semangat kepada golongan yang sama-sama mengharungi pengalaman yang serupa. Tak lupa juga memberi semangat kepada insan lain yang membaca kisah kami. Jika ada yang tersentuh dengan semangat juang Syafiah, alhamdulillah, blog ini berjaya mencapai sasaran objektifnya.

Kini nama blog ini telah pun bertukar nama ke Amazing Syafiah & Co. Ia refleks kepada kehidupan Syafiah yang bukan hanya berkisar dan fokus kepada dirinya sahaja, akan tetapi kehadirannya juga memberi kesan kepada orang-orang di sekelilingnya. Terutamanya saya sendiri, ayahnya dan adik-beradiknya yang lain. Mungkin juga kepada kawan-kawan kami.

Halangan-halangan berblog ni tetap ada dari segi teknikal mahu pun dari segi emosi saya sendiri. Dari saya mula berkerja sehinggalah saya menunggu untuk dipasangkan streamyx selama beberapa bulan di rumah. Kemudian memakai pula streamyx bersama jalur lebar Maxis kepunyaan Aboo. Hingga kini pula saya telah membeli komputer riba. Pembelian komputer riba ini adalah gara-gara desktop saya yang kerap dihantar ke kedai untuk dibaiki dari bulan Disember hingga ke April. Saat ini desktop tersebut telah pun ditukar jantung hatinya kepada yang lebih baik, alhamdulillah.

Itu belum diceritakan tentang gangguan emosi. Jika dulu, blog ini mampu dikemaskini sehari 2 kali tapi kini ia seolah sesuatu yang mustahil. Adakalanya idea datang mencurah-curah, tatkala saya melakukan kerja tapi apabila tiba di hadapan komputer, idea hilang begitu saja. Kadangkala pula idea telah ada tapi apabila menaip, tulisan tersebut akan dipadam berkali-kali.

Di kesempatan ini juga, saya memohon maaf atas keterbatasan saya. Saya akui saya amat suka membaca tapi sangat-sangat jarang meninggalkan jejak. Tidak kira blog siapa - blog otai-otai di Beras Padu/Terpilih mahu pun blog-blog kawan terutamanya kawan-kawan RH, mahu pun blog-blog rakan blogger lain yang saya terjah sendiri. Masa amat membatasi. Selebihnya saya ber-facebooking. Di sana, saya juga saya sebagai insan yang lemah tidak dapat menerjah ke dinding kawan-kawan saya satu persatu. Saya akui, membuat jaringan sosial amat saya sukai. Bersahabat walau pun tidak mustahil tapi adalah sukar. Tapi kalau sekali bersahabat, saya akan terus mengingati dan merindui.

Sama ada berblog atau ber-facebook, ke semuanya diharap mencapai sasaran yang baik. Yang penting perkongsian selama 3 tahun dan seterusnya ini dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat apatah lagi sekiranya diamalkan, insyaAllah.

Sesetengah blogger yang seangkatan dengan saya mungkin saja suka mempertimbangkan statistik-statistik blog. Mencongak-congak trafik yang diterima setiap hari. Dan mungkin saja mengejar ranking di Alexa mahu pun di Technorati serta pengikut paling ramai. Namun bagi saya itu bukan sasaran lagi. Sasaran saya hanya berkisar tentang penerimaan masyarakat tentang golongan istimewa dan memberi kesedaran tentang wujudnya istilah-istilah perubatan yang tertentu. Dan ada idea-idea berblog saya wujud dengan kata pencarian pembaca. Sungguh pun begitu, saya amat berterima kasih kepada semua pembaca dan pengikut blog ini. Sokongan kalian amat saya hargai.

Moga masyarakat kita akan terus celik tentang perubatan, cara menghadapinya dan terutamanya cara untukk masyarakat biasa di luar sana berdepan dengan golongan istimewa. Agar tiada lagi mata-mata pelik melihat anak-anak ini. Agar mereka menerima golongan ini seadanya, tidak kira yang masih meniarap, terbaring mahu pun sudah mengorak langkah, dan melihat pengalaman ini dari aspek yang berbeza.





May 4, 2010

Tentang kek dan sahabat karib...

Saya mempunyai 4 orang sahabat karib (tidak termasuk lelaki seperti Atan). Sehingga kini kami masih berhubungan sesama sendiri. Di antara 4 orang ini pula, salah seorangnya K’own, teramat rapat dengan saya. Kami masih keluar bersama walau pun setelah saya berkahwin.

Oh ya, cerita bab keluar bersama orang lain setelah berkahwin ni mengingatkan saya pada satu hari, di mana ada seorang telemarketer telah pun menelefon ke rumah. Telemarketer ini menelefon bagi pihak P*l*c* of the G*l*e* H*r*s*s. Dia menerangkan yang dia mendapat nombor telefon rumah saya kerana saya menyertai satu peraduan di MATTA Fair.

Dia menyoal saya begini:

Telemarketer : Saya andaikan puan pergi ke MATTA Fair bersama suami puan.
Saya : Eh! Tidaklah... saya bersama dengan adik saya.
Telemarketer : So, adakah puan masih bersama dengan suami puan?
Saya : Masihlah. Kenapa tanya soalan macam tu ye?
Telemarketer : Ye lah... kebiasaannya seorang isteri akan pergi ke mana pun dengan suaminya.

Dalam hati, “Isk! Apa la punya biadap soalan begitu. Kalau suami dah izin, apa ade hal. Bukannya aku pi buat maksiat pun.” Pergi ke PWTC, habis jelajah dan terus balik. Lagi pun adik saya sendiri pun kawan baik saya juga. Alahai tipikalnya... tapi saya tidak meluahkan rasa begitu secara terus. Saya terus melayan telemarketer tadi dan mengawal apa yang saya rasa.

Tak penting untuk saya luahkan pun. Saya bukannya muda lagi untuk berdesing telinga dan menyirap darah. Sikap saya mesti di bawah kawalan saya. Bukan orang lain.

Sebelum terlupa, telemarketer tersebut adalah seorang lelaki.

Berbalik kepada cerita K’own. Kedua-dua kami amat meminati warna coklat dan apa saja makanan yang berasaskan coklat. Contohnya macam kek dan juga aiskrim. Dahulu ketika bersekolah, kami sering membawa sudu kecil di dalam beg. Tujuannya, untuk makan aiskrim di dataran belakang stesen bas Parit Buntar. Kami akan membeli aiskrim dalam bekas sederhana dan menghabiskan ia di situ juga.

Selain daripada itu, entah pada hari raya tahun bila saya pun tak ingat, kami sama-sama menghadiahkan sepasang baju kurung mempunyai warna coklat sesama sendiri. Saya membeli padanya baju siap berjahit, tapi dia menempah baju kepunyaan saya. Sehingga kini bajunya menjadi baju kegemaran saya walau pun di bahagian tangannya sedikit labuh.

K’own yang saya kenali juga amat meminati cerita komik dan sanggup membaca novel berbahasa Inggeris yang tebal-tebal halamannya. Ketika cerita Lord of the Ring ditayangkan, dia sanggup turun dari Lenggong ke KL semata-mata mencari novel-novel tersebut. Di sini ternyata kami berbeza sungguh pun saya juga meminati komik. Antara kegemarannya yang lain ialah melukis watak komik.

Saya masih ingat dia ada menyebut, “Selagi aku tak jumpa dengan seseorang yang rupa dan perwatakannya sama seperti Biliswira, aku takkan kahwin”. Hahaha... punyalah terpengaruh dengan watak tu. Sampaikan suami pun nak cari seperti Biliswira. Tapi suaminya kini tidak seperti Biliswira langsung. Tapi wallahu’alam...

Mesti kawan-kawan tertanya kenapa tiba-tiba saya berbicara tentang K’own. Semestinya bersebab. Sebabnya baru-baru ini saya bertemu dengannya pula di facebook. Dan sebab yang paling utama hari ini ialah saya membuat kek coklat lagi! Alangkah seronoknya kalau K’own ada bersama ‘melantak’ kek yang saya buat. Saya rasa mesti dia sengih sendirian membaca catatan ini. Apalah kawan aku ni... buat kek pun boleh teringat kat aku. Wah... mesti hatinya kembang berbunga.


Kek ni berevolusi sedikit hari ini. Saya mencampurkan 2 sudu teh nescafe ke dalamnya.





Apr 28, 2010

Hobi..

Antara hobi yang saya sangat suka lakukan adalah berenang dan mengambil gambar. Kedua-duanya hobi mahal. Kamera saya yang pertama adalah Konica automatik. Kemudian saya menambah sebuah lagi namun saya telah lupa jenamanya. Kedua-duanya kawan pinjam. Langsung tidak dikembalikan.

Dulu-dulu ketika saya berkerja saya diamanahkan untuk menjaga kamera syarikat untuk kumpulan dan projek kami. Pada mulanya kami menggunakan Sony Cybershot, namun ia digantikan dengan Canon IXUS 5mp kerana hilang di bawah jagaan Jurutera Residen. Satu pilihan kamera yang sangat baik.

Dari sinilah saya belajar banyak teknik mengambil gambar. Pengurus besar kumpulan kami sangat cerewet tentang gambar, terutamanya gambar yang digunakan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan. Sekiranya tidak menepati piawaiannya, gambar-gambar kami akan ditolak dan kami akan diminta mengambil gambar baru.

Jujurnya, saya pernah pergi ke tapak projek memandu kenderaan pacuan 4 roda dengan memakai baju kurung. Semata-mata untuk mengambil gambar baru. Saya juga pernah memanjat bumbung kenderaan tersebut semata-mata untuk mendapatkan sudut yang menarik. Tekanan-tekanan beginilah yang menyebabkan sesuatu gambar dihasilkan dengan cara yang kreatif. Hasilnya... tak tergambar dek kata-kata.

Antara gambar-gambar yang saya pernah ambil menggunakan IXUS:


Sehingga ke hari ini, telah hampir 3 tahun saya berpisah dengan IXUS. Sepanjang tempoh itu juga saya tidak mempunyai kamera. Saya hanya bersabar. Tak apalah jika tak ada. Hanya kadang-kadang saja saya sempat merasa menjadi jurufoto. Itu pun sekiranya saya berkumpul dengan sepupu-sepupu saya yang selalu membawa Nikon mereka ke mana-mana. Salah seorangnya, Didiz, agak dikenali kerana beliau seorang jurugambar professional.

Kini hobi saya ini terubat. Kesakitan yang saya lalui ketika PC saya direformat dengan gambar-gambar juga terubat. Saya harus mengucapkan terima kasih kepada cik suami yang memahami. Dan syukur padaNya kerana memahami apa yang saya rasakan. Dia menggantikannya kepada sesuatu yang lebih baik.

Antara gambar-gambar yang telah ditembak menggunakan C saya:





Oh.. tolonglah jangan tanya saya tentang detail dan bahagian-bahagian teknikalnya. Saya hanya mengambil gambar dengan perasaan saya. Untuk menghilangkan tekanan dengan menikmati keindahan alam. Tidak lebih dari itu.







Apr 27, 2010

All black...

I, once, mentioned that I fell in love WHITE. However recently, I got all black.

Let's look below:


Those are my dream things. C vs C.

One of the outcomes:



But still, I'm grateful to The Almighty, Allah. Before I got these 2 things, I also got a free TV from a sister, with bigger screen than what I have. We intended to buy brand new, but He answered our wish in His own way. And apart from the gadgets, we also got an airconditioner and a black bedroom set.

Never expected that we can get it all once. I'm ok with/without them. Perhaps, the same thing would happen to Syafiah too. It's really worth waiting and be patience.





Mar 15, 2010

Yang menyentuh jiwa...

Pagi tadi...

Ibu : Kenapa Adam menangis ni?
Adam : Adam rindukan kakak

Tiba-tiba tanpa saya sedari saya menjadi sebak. Petang dan malam juga begitu. Membawa diri dengan sebatang pen dan sebuah buku di tangan, suaranya langsung tidak kedengaran seperti kebiasaan kerana sahabat karibnya tiada.

Ada satu ketika pada malam semalam dia duduk di suatu sudut sambil menangis. Pabila ditanya dia hanya menjawab dia mahukan susu. Sebelum ini jika dia mahukan susu, tidak pula dia menangis teresak-esak. Ini semestinya ditambah dengan beban perasaan ketiadaan kakaknya.

Mastura hanya akan pulang esok hari. Dia kini berada di A Famosa Resort, Melaka, menghadiri hari keluarga sebelah abang ipar saya yang sulong. Adik-beradik abang ipar saja 10 orang, bayangkan betapa ramainya ahli keluarga mereka. Dan ada di antara mereka yang menjadi tauke minyak. Hari keluarga mereka diserikan dengan cabutan bertuah dan telematch sama seperti syarikat² di luar sana. Kata Yong, jika tauke minyak, sumbangan RM1k setiap seorang akan diminta. Bayangkan!

Imej-imej di bawah ini walau pun sekadar siaran ulangan namun sangat² saya gemari dan amat menyentuh jiwa:-







Semuanya perbuatan anak² tanpa kami minta. Bila mereka melakukan perkara² tersebut, tanpa saya sedari air mata akan menitik. Hati akan menjadi sebak. Moga anak² ibu akan terus berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi hamba yang diredhaiNya.







p.s. : Saya dan adik kini sedang mengumpul maklumat untuk ke Sabah. Tujuan utama adalah untuk bertemu bapa saudara kami yang telah terpisah dengan keluarga hampir 42 tahun. Sambil berziarah, kami akan berjalan-jalan. Dan insyaAllah trip ini bukan sekadar trip 2-3 orang tapi akan menjadi trip keluarga.

Mar 5, 2010

Penawar rindu...

Ada ke yang rindu? Jom kita layan gambar dulu!


Syafiah yang didudukkan di atas kerusi. Masih senget² lagi.






Saya seringkali melewati kafe siber suatu ketika dulu semasa saya menghantar Adam ke sekolahnya setiap hari dengan menunggang basikal. Namun kini tiada lagi. Sejak awal bulan Februari, kami mengambil keputusan untuk mengajarnya berdikari dengan menaiki van sekolah. Dua pengusaha van sekolah dihubungi. Salah seorangnya menetapkan bahawa van akan melewati rumah kami seawal pukul 11 pagi. Sedangkan waktu mula sekolah hanya pada 11.40 pagi. Saya menganggap masa dengan anak² itu begitu 'crucial'. Sangat² penting walau pun untuk tempoh 40 minit!

Pada suatu hari, sewaktu saya mengambil Adam di pagar sekolah saya bertemu dengan kak Kiah, jiran saya, yang juga pengusaha van sekolah. Katanya dia akan mengambil Adam sekitar pukul 11.40 pagi! Tanpa berlengah, saya menyatakan persetujuan. Hari pertama, masam saja wajah anak teruna kami. Dia hampir menangis. Namun hari seterusnya tidak lagi. Dia agak seronok melalui pengalaman baru.

Sejak itu, saya tidak meluangkan masa lagi di kafe siber untuk mengemaskini status FB mahu pun blog. Komputer saya telah lama dihantar ke 'bengkel', namun tidak diambil sehinggakan si pemunya kedai menghantar sms kepada suami saya. Setelah diambil, bila dibuka komputer saya memang elok saja tapi bila ditutup dan mahu dibuka semula, hal yang sama berlaku lagi. Menandakan bahawa HDD komputer saya terlalu uzur keadaannya.

Bila seorang ibu disibukkan dengan tugas harian, lama-kelamaan ia menjadi rutin. Melayari internet bukanlah sesuatu yang mengghairahkan lagi walau pun ada harinya saya menetapkan niat bahawa saya akan meluangkan masa berinternet. Namun bila sampai waktunya, saya terus disibukkan dengan hal rumahtangga. Selalunya saya lebih gemar memasak atau pun meluangkan masa dengan anak² terutamanya dalam hal mendidik mereka. Bermain dan menonton video bersama mereka juga merupakan sesuatu yang membahagiakan.

Pada ketika entry ini ditulis, adik saya kebetulan membawa pulang komputer pejabatnya. Sejak dari pukul 11 pagi sehingga ke petang tadi, bekalan elektrik terputus di pejabatnya menyebabkan dia memohon untuk pulang. Tambah pula dengan cuaca yang panas ketika ini. Pejabat tanpa pendingin hawa bukanlah sesuatu yang menyeronokkan!

Saya cukup bahagia hanya dengan melihat keadaan Syafiah. Walau pun mungkin tak sepesat perkembangan anak lain. Cepat atau lambat perkembangan fizikal itu bukanlah merupakan satu kelebihan mahu pun kekurangan. Cuma belum tiba masanya bak kata suami saya. Mungkin Allah swt mahu menunjukkan sesuatu, cuma sebagai manusia kita tidak mampu mentafsir apa yang Dia rancangkan untuk kita walau pun kita terus berusaha. Mungkin ada yang kurang, mungkin usaha saja tidak mencukupi tanpa yakin sepenuhnya kepadaNya tanpa rasa ragu sedikit pun, wallahu'alam. Dan ya... saya sangat bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Ina di sini.

Saya juga cukup bahagia dapat mengajar anak² sendiri. Di sekolah mereka dengan guru mereka. Tapi di rumah, sayalah guru mereka (kecuali untuk pelajaran Iqra'. Iqra' diajar oleh si ayah). Alhamdulillah pada Allah walau pun pada mulanya saya begitu berat hati untuk meninggalkan alam pekerjaan di luar sana. Ibu saya juga seringkali memberikan kata² galakan, "Kalau hang tak ajar anak sendiri, siapa lagi nak ajar? Kalo ada pembantu rumah belum tentu anak² akan dapat belajar macam mana hang ajaq anak hang". Dan kata² dari suami saya lebih mengharukan, "Belajar di IPT tak semestinya untuk berkerja (di pejabat). Belajar wajib untuk kejar ilmu".

Berbalik pada cerita anak saya. Anak saya yang pertama dan kedua rapat jaraknya. Seorang berusia hampir 6 tahun, seorang lagi bakal berusia 5 tahun pada tahun ini. Tapi kedua-duanya tidak bersekolah di sekolah yang sama. Seorang ditempatkan di sekolah yang menekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Seorang lagi menekankan aspek keagamaan.

Pada mulanya ada sedikit rasa bersalah pada Adam kerana tidak menempatkan di sekolah yang sama dengan Mastura. Tapi perasaan itu beransur hilang apabila sistem pembelajarannya membuatkan saya dan juga Mastura menimba ilmu baru yang tiada di sekolah Mastura. Di sekolah Mastura, bahagian anggota badan misalnya, diajar dalam Bahasa Inggeris secara am. Namun di sekolah Adam, bahagian anggota badan diajar berpaksikan kepada siapa yang menciptanya. Di dalam Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Arab. Jika tangan itu adalah 'hands', 'hands' itu pula diciptakan oleh siapa.

Dan lagi setelah masuk bulan ke-3 Adam di sana, surah al-Fatihah sudah semakin lancar bacaannya. SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar itu sentiasa dilidahnya. Itu belum lagi diceritakan bab doa, beberapa surah lazim dan pelajaran bahasa Arab. Adam terus mengejutkan kami sekeluarga. Jujurnya, ada ketikanya saya belajar melalui anak² saya. Dan saya tidak malu untuk mengaku bahawa ada istilah² itu yang sangat asing buat saya.

Setiap kali anak saya keluar untuk menuntut ilmu dan selesai solat berjemaah, saya akan mencium pipi² mereka lantas berdoa agar ilmu yang mereka perolehi 'berkat' dan hidup mereka akan sentiasa terus mendapat keredhaan Allah swt. Ketika dan saat itu begitu rasa kesyahduan memandang wajah anak² yang polos.

Inilah saja 'penawar rindu' kali ini untuk tatapan sahabat² yang selalu memberikan galakan dan begitu mengambil berat tentang kami. 5 minggu saya tinggalkan 'rumah' ini tanpa diusik. Sesekali terdetik juga untuk mengubah perabotnya tapi seorang ibu mempunyai misi yang lebih utama yang lainnya. Mungkin keadaan akan berubah setelah kami membeli komputer baru. Segalanya mungkin. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Adakalanya hati terdetik untuk berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian untuk rumahtangga dan anak². Tapi dalam masa yang sama, saya juga tidak mampu untuk kehilangan kawan² yang begitu setia mengikuti cerita² kami. Saya mohon maaf seandainya saya tidak dapat melawat blog sahabat² seperti dulu pada ketika ini.








Oct 22, 2009

Pahit itu sukar ditelan, bukan?

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)


Manusia ni punya hati dan perasaan. Perasaan tidak suka didiskriminasikan, tidak suka orang potong barisan, tidak suka haknya diambil orang tambah pula ia melibatkan penantian, dll. Maka perasaan itu boleh juga diterjemah agar orang lain yang terlibat itu agar mengambil iktibar dan melakukan penyelesaian yang terbaik. Setiap teguran diterima dengan hati yang lapang. Namun ada pula yang salah anggap dengan menganggapnya sebagai tuduhan rupanya.

Priority is a priority. I don't mind if something is done in line, according to number. Then, even if it takes me to the 100th place, I would rather wait.






p.s. : Ambillah yang baik ok...

Oct 8, 2009

Rezeki tanpa diduga...

Bersyukur dalam apa jua keadaan itu penting. Tidak kiralah dalam keadaan yang paling memeritkan sekali pun. Apatah lagi sekiranya dalam keadaan mengembirakan. Alhamdulillah kebelakangan ini rezeki bagai mencurah-curah. Hidup bagai dipermudahkanNya. Ada saja jalan rezeki dibentangkan di hadapan.

Minggu lepas penyewa rumah membayar sewa rumah 3 bulan sekaligus. Lama kami menunggu bayarannya sehingga menyebabkan saya hampir hilang sabar. Namun manis pula bila mendapat hasil yang agak banyak setelah penat menunggu.

Hari ini pula alhamdulillah, kakak di utara telah mendepositkan cek dari Amanah Raya. Hasil pampasan tanah ayah bertahun dulu oleh JPS. JPS telah mengambil sedikit tanah dan telah pun membuat salirannya, baru kini kami mendapat habuan masing² sedangkan bapa dan ibu saudara yang lain telah menghabiskan wang tersebut bertahun yang lepas!

Bagi sesiapa yang masih belum buat surat kuasa tanah selepas kematian yang tersayang, bukannya sukar untuk menukar nama ni. Proses dia mudah je. Email la jika mahu tahu lebih lanjut. Tiada yuran dikenakan. Ia adalah berdasarkan pengalaman semata-mata.

Semalam cik suami pulang dengan barang di bawah ini:


Nampak tak warna cat di belakang tu? Itulah warna Pecan Smell. Cat putih di bawah tu Jef (adik ipar) yang belikan. Di dalam kotak merah pula adalah gam untuk kertas dinding.



Saya telah memulakan layer yang pertama untuk cat putih petang tadi. Tiba² saja kepala berdenyut. Berhenti sekejap. Tidur.

Semalam juga berbincang dengan cik suami tentang makan² tu. InsyaAllah jadi. Rezeki banyak, bukannya hak kami semata. InsyaAllah bakal dikongsi dengan orang lain. Moga Allah swt akan terus melapangkan rezeki buat kami sekeluarga. 1 kita beri, 10 kita dapat kan... So jangan lupa nantikan berita seterusnya...







Tentang pengasuh lagi...

2-3 hari lepas mak mertua telefon anak dia. Cik suamilah tu. Cik suami cerita intipati perbualan tu dengan saya. Intipatinya tentang kakak ipar saya.

Katanya, orang yang bela Adi (anak buah) tu macam dah pandai demand. Dia bela beberapa orang budak yang lain kalau tak silap. Then, one of the moms pays her higher than my sister-in-law. Baru² ni dia orang (antara akak dengan abang Shahrel) ada tanyakan babysitter Adi tu, kalau 2 orang budak, Adi dan bakal adiknya dihantar ke situ dia orang naklah minta bayaran tu dikurangkan sikit. Untuk dua orang dia orang sanggup bayar RM470. Tiba² je si babysitter tadi seolah macam tarik muka. Bercakap soal letih dan susah nak masaklah dan sebagainya. Bela budak mana tak letih oii... dah namanya budak.


"Mak ngah kesian kat Adi, ibu dan adik. Mak ngah cuba dulu, boleh? Nanti kalau dah tak boleh, mak ngah beritahu ibu, ok!"


Saya tak tahulah apa yang mereka ceritakan. Tapi cik suami diminta untuk mencari rumah sewa di sekitar kawasan tempat tinggal kami untuk akak dan keluarganya serta dia juga diminta agar berbincang dengan saya. Saya akui, tempat kami ni masih ada rumah yang disewakan dengan kadar yang rendah. Malah serendah RM300 untuk rumah apartment berlif.

Saya sangat memahami apa yang dilalui oleh akak. Saya juga seorang ibu dan seorang perempuan. Saya tahu betapa mencabarnya kos sara diri di Lembah Klang ini. Tambah lagi sekiranya mempunyai anak. Mesti serba sedikit dia susah hati. Nak cari pengasuh yang baik zaman sekarang ni pun bukannya mudah. Baca sajalah kisah Krsty dan pengasuh² si Mawar.

Saya pernah menghantar 2 orang anak saya pada seorang babysitter di Kelana Jaya dengan bayaran hanya RM400. Dan makcik itu pula tidak berkira. Baju dia tolong basuh setiap hari dan tilam serta segala macam keperluan anak kami dia sediakan. Salah seorang anak yang dihantar ke situ adalah anak kepada seorang pensyarah. Namun kami tidak pernah dibandingkan dengan mereka. Makcik tidak pernah menyebut tentang bayaran! Malah pernah sekali bayaran dikurangkan kerana mak saya menjaga anak kami 2 minggu, dia pula menjaga mereka 2 minggu selebihnya.

Saya boleh membantu mengikut sekadar yang saya mampu. Lagi pun adik Adi hanya akan dilahirkan pada hujung bulan ini. Dicampurtolak dengan cuti akak 2 bulan, mungkin saya hanya akan membantu mereka pada awal tahun depan. Mastura akan ke sekolah, Adam juga begitu. Pagi saya boleh concentrate menjaga mereka.

Namun, saya meminta cik suami memberitahu 'berita buruk' terlebih dahulu. Sekali pun saya mempunyai anak sendiri, namun saya tidak pernah membela anak orang lain. Kita sebagai ibu kenal sangat dengan anak sendiri dan sikap² mereka. Agak mudah untuk kita handle mereka. Kalau anak sendiri buat salah, terus tegur je tak pun cubit² sayang. Anak orang?

Saya beritahu pada suami agar berhati-hati dan jangan mengaku terlalu yakin mampu menjaga anak orang sungguh pun anak² itu adalah anak buah sendiri. Adakalanya perkara sebegini boleh menjadi sebaliknya. Janganlah pada akhirnya hubungan erat yang terbina menjadi retak.

Saya tidak tahu sama ada saya boleh melakukannya atau pun tidak. Saya akui, kerja yang repetitive mampu menjemukan saya. Manalah tahu suatu hari nanti tiba saat jemu itu saya mahu berhenti. Haishhh! Kita sendiri kenal la diri kita ni siapa. Moga janganlah sampai ada pihak yang terasa.

Nak tolak mentah² rasa kasihan pula. Mampukah saya jadi pengasuh yang baik? Menjaga anak orang lain dengan baik, cukup makan pakai, cukup dari segi layanan? Wallahu'alam.







Oct 7, 2009

Sudah lupakah aku?


Photo credit to vkeong.


Ibu : Adam, ibu nampak KFC la depan sana (KFC meal-on-wheel).

Adam : Adam nak.

Ibu : Nanti ibu pergi beli ye.

Apa ni, ibu? Ah! Lemahnya diri sebagai seorang ibu. Tiba² semasa berada di bilik air teringat wajah² ini. Sudah lupakah aku?:


Photo credit to anarkismo.net


Dan teringat jugak hampir memasuki angka 3 tahun kami menahan diri daripada membeli KFC dan produk seangkatan dengannya. Satu - boikot. Dua - makanan segera. Tiga - ramuan tepung meragukan. Nanti jadi darah daging. No wonder kita ni 'liat' je bab ibadah.

"Oh anak! Maafkan ibu kerana mungkir janji. Ibu tidak jadi membelinya. Nantilah petang kita ke pasar malam. Kita beli saja ayam goreng Cik Kiah (bukan nama sebenar). Produk orang Muslim". Moga kami mampu meneruskannya, insyaAllah.

Ah! Banyak lagi makanan lain yang berkhasiat. Tak matilah kalau tak makan KFC.

Ikuti juga pandangan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi. Sedikit petikannya:

Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.








Oct 6, 2009

"Uuuuuu.... chakkkk!"

Bunyi apakah itu yang memecah hening malamku?
Bunyi apakah itu yang kedengaran sayup mengganggu tidurku yang lena?
Semakin kuat pula bunyinya....
Ku cuba membuka mataku yang masih lagi kelat...
Terasa berat...
Namun...
Bunyi itu makin kuat kedengaran....
Mataku semakin buntang..
Yang kabur menjadi jelas..

"Uuuuuu... chakkkk!" sebutannya. "Aaaahhhhhh!" pula jeritannya
Pukul berapakah ini? 4 pagi!!!
Oh anak! Mengapa engkau bermain ketika fajar ini?
Bermain u-chak dengan ayah di sebelah ye....
Kasihannn....
Atau engkau mengejutkan kami untuk bersahur?
Hebat sungguh 'jam' ciptaan Allah swt ini
Namun sayang... ibumu uzur...
Jika tidak, sudah pasti aku bangun dengan bingkas untuk menghabiskan sisa puasa 6ku...







"Uuuuu... chakkkk!" perkataan baru yang diproses minggu lepas. Syafiah ucapkannya kali pertama ketika dia bersama Achunya.







Aug 5, 2009

Siapa pencurinya?

Siapalah pencuri ni? Nak je kalo jumpa daku lempang dia laju² walopun mood aku sangat baik. Biar dilempang sampai ke Alaska yang sejuk itewww:


Teringinnya nak pi ke Alaska. Photo credit to hickerphoto.com


Photo credit to Carnival Cruise Lines


Tak pun biar sampai ke Antartika:


Photo credit to Global Shamming


Ehhh.. kenapa mesti ke tempat yang sejuk je ye? Mosykel plak teman. Pencuri ni punya pasallah. Dah berhari idea berblog ni hilang plus rumah orang tak siap. Siapa entah curi. Pulangkan balik! :P. Dah 5 hari, baru 1 entry dalam bulan Ogos ni. Apa nak jadi ni?







p.s. : Punyalah M walo pun moodku sangat baik! Bloghopping pun tak buat.. ya ampun ye kawan²

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin