Showing posts with label Adam. Show all posts
Showing posts with label Adam. Show all posts

Oct 29, 2010

Kenangan anak-anak semasa kecil...

Bila baca satu topik dalam satu forum yang saya sertai, saya tersenyum sendirian mengenangkan ragam anak² saya semasa mereka masih kecil.


Mastura adalah anak ayah masa usia dia baya-baya ni (ke bawah). Setiap malam dia akan mencari ayahnya untuk tidur. Dia akan merangkak mencari si ayah, naik ke atas riba & akan dipangku sehingga terlena. Kadangkala ayah akan balik lambat dari pejabat. Dia mengantuk tapi tiada tempat untuk 'lena'. Tidak pernah mengamuk, tapi mata buntang saja menonton tv atau pun bermain sendirian. Sehinggalah ayahnya pulang.

Teringat masa ni, badan dia sangat mantap. Mencecah setahun berat badan dia 12 kg. Bam-bam... pipi pun labuh.


Adam pula anak ibu, malah rapat pula dengan maktok (ibu saya). Sekitar 9 malam dah ajak masuk bilik. Dia suka memerap & sambil mengempeng dalam gelap sehinggalah tertidur. Berbeza dengan Mastura, walau pun selepas Adam bercerai susu, dia masih lagi mencari ibu untuk tidur. Saya perlu mengusap belakangnya atau bermain dengan tangannya hingga terlena.

Adam lahir comel-comel saja. Di bawah 3 kg, tidak seperti Mastura ~ 3.4 kg. Tapi bila mencecah setahun beratnya 12 kg juga. Sama seperti kakaknya. Dan sama seperti Mastura, dia juga tidak pandai mengamuk.


Inilah anak yang paling cekal sekali. 77 hari di hospital. Sebulan bersama rakan-rakan, selebihnya sendirian di dalam isolation room & seminggu terakhir dia bersama saya di bilik anak-ibu. Kadang mengenangkan kenangan ini hati saya jadi sayu. Betapa teguhnya dia walau tanpa kami di sisi. Mengenangkan malam-malam yang dilaluinya di isolation room. Sunyikah dia bila malam menjelma? Mungkinkah rindu untuk menyusu ibu secara terus, yang sebelumnya diberi secara tiub saja.

Namun kini, setelah usianya mencecah hampir 3 tahun, dia tidur sebilik dengan kami (Mastura & Adam tidur di bilik sendiri). Malah adakalanya tidur di atas katil kami. Namun yang menyeronokkan saya ialah dia sering memilih untuk menghimpit saya ketika kami sedang tidur berbanding ayahnya. Dia akan tidur mengiring dengan mukanya menghadap saya. Saya juga terpaksa mengiring untuk memberikan laluan kepadanya dan tak boleh bergerak sampai kebas tangan-tangan. Bila diubah jadi lagi. Beberapa malam yang lepas, sedar-sedar kaki dia sedap je landing dekat kepala saya. Punyalah lasak dia tidur. Kata si ayah, nak charge jugak tu...

Syafiah juga amat memilih kasih antara seorang kakak dan abang. Dia lebih tenang bila abangnya memegang & menciumnya, berbanding dengan si kakak. Belum lagi si kakak sentuh, dia sudah berbunyi tanda tidak selesa. Pun begitu, dia juga tidak pandai mengamuk seperti kakak-abang. Cuma sesekali dia akan menangis sebagai tanda protes.

Kenangan-kenangan beginilah yang membuatkan hati seorang ibu seperti saya seolah mahu memutar masa ke belakang dan menghentikan masa agar anak-anak tidak terlalu membesar terlalu cepat. Saya tidak puas melihat Mastura & Adam semasa mereka kecil, namun puas sungguh rasanya melihat Syafiah. Dalam keadaan begitulah, dia masih boleh dibuli dan diuli-uli sepuasnya. Dan saya bersyukur...






Jul 7, 2010

Tag : Introducing My Angels (forwarded by Ila)

I got this tag from Ila (khadejaiman). She's my neighbor who I've met but I don't think she recognizes me :). And I think I have done this tag but never mind, I can do it all over again.


1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?

I've three kids. In descending order - Mastura (girl), Adam (boy) & Syafiah (girl).


2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?

In planning... :)


3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?

Mastura - yang terpelihara (hidden, chaste).
Adam - yang menjadi teladan, nama nabi pertama (role model, name of the 1st prophet. In Hebrew - man, human, mankind).
Syafiah - yang memadai, penawar, ubat, nama salah seorang isteri Nabi s.a.w. (remedy)


4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?

Mastura - me.
Adam - both.
Syafiah - him.


5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?

We just want simple but meaningful names for our children. They must be easy to pronounce and once pronounced, you'll get the meaning.


6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata... apakah nama yang akan anda beri?

Sarah for girl. Zaid for boy. It's my turn, my choice lor... :).


7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang, nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?

Mastura-Adam - 1 1/2 years.
Adam-Syafiah - 2 years.
Syafiah-brother/sister - unknown.


8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?

Never care for the gender. We'll accept even if he/she is a special kid. :)


9. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?

Mastura - most of her physical appearances.
Adam - his dimples, his attitude, his blood type.
Syafiah - still unknown.


10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.







May 24, 2010

Exam results


Al-Quran = 96
Jawi = 82
English = 80
Asas Komputer/Computer Basic = 78
Mathematics = 72
Pendidikan Sains Sosial & Pembangunan Insan = 72
Bahasa Arab/Arabic Language = 68
Bahasa Melayu/Malay Language = 67
Peribadi Muslim = 64
Hafazan = ?

Adam's always unpredictable *nampak macam tak boleh buat je*. And no.. I didn't help him during the exam week. I just let him did it by himself, and of course with His great help. This is just beginning. A test for him was a test for his mother too. We should focus on his strength and need to work on his weaknesses, like what I did for Mastura last year. Mastura got 40/100 for her 'sukukata' if I'm not mistaken. However, within 1 1/2 months during the school holiday, she managed to read in bahasa. She could differentiate between 'nya' and 'nga'. I would apply the same thing to Adam too. Poor thing was he wasn't feeling well all week.

When a friend mentioned about his English and bahasa, it made me remember my SPM's result for both subjects. My English was higher than Malay *oh sekarang dah berkarat ok*. Is it possible a son would follow his mother's footsteps? I hope he can achieve higher, insyaAllah.





May 17, 2010

Exam week


Adam will face the 1st formal examination in his life this week. Bear in mind that he's only 4 years and 5 months old this month.

To be honest, I don't know why I feel anxious. I don't expect so much from him. But I think this exam is good to test his ability and to further identify his advantages and weaknesses, so that I could teach him in a correct direction. I have to wait until we get the results!





May 6, 2010

Gambar lagi...

Sekeping gambar seribu pengertian. Bercerita tanpa kata-kata dan suara.



Flash : Not used.
Focal length : 55.0mm
35mm equivalent : 653mm
CCD width : 3.03mm
Exposure time : 0.017s (1/60)
Aperture : f/5.6
ISO : 400
Editing : Sharpen, B&W, Crop






Apr 21, 2010

PetunjukNya melalui si kecil...



Open Your Eyes

By: Maher Zain

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Yusuf [12:4] : (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".


Itulah maksud ayat al-Quran yang dibaca oleh Adam semalam. Ayat tersebut diajar di sekolah dan dia menghafalnya. Untuk kesekian kalinya, Adam hanya berusia 4 tahun dan 4 bulan. Tapi sejak dia pergi ke sekolah 4 bulan yang lalu, telah banyak doa dan surah pendek yang dihafal. Tahniah kepada para pengajar PASTI SU. Tahniah juga pada cik suami kerana tak jemu mengajar dia & Mastura (Iqra' 3) membaca Iqra'. Kata ibu mertua, mereka terang hati dan amat mudah mengajar mereka. Alhamdulillah. Jadi amatlah sesia sekiranya keterangan hati itu tidak diasah dengan sebaiknya.

Perkara ini membuatkan saya berasa sedikit tercabar. Habislah saya dan ayahnya jika kami lebih terkebelakang dari anak saya yang masih muda. Dengan hafalan² itu, saya sering bertanya cik suami tentang apakah maknanya. Jadi, dalam masa yang sama, saya berusaha memahami makna dan cik suami pula mengasah kemampuan bahasa Arabnya. Malah kami sama² membuka terjemahan al-Quran.

Terima kasih Ya Allah.. atas kurniaan ini. Dan amat bersyukur kerana Engkau menunjukkan kasih-sayangmu melalui lisan anak kami yang lancar. Moga mereka terus istiqomah di jalan yang benar, ameen.







Apr 15, 2010

Bicara anak-anak...

Mastura

Mastura suatu masa dulu.

Ibu : Cepatlah habiskan kerja sekolah ni. Banyak page lagi ni.
Mastura : Ala... sikit je ni, ibu. Bukannya banyak.

Bersahaja benar kata²nya. Seolah membuat kerja sekolah itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. Mungkin juga disebabkan oleh cara saya menerima tugasan anak tersebut dan mengubah waktu² yang agak membosankan itu menjadi suatu di antara saat yang menceriakan. Saat ibu-anak yang menyeronokkan.

Pernah pada suatu hari ketika dia pulang dari sekolah saya menjadi terlalu mengantuk. Sampaikan belum sempat Adam pergi ke sekolah beberapa minit, saya terus terlelap. Ketika saya bangun semula, Mastura juga tertidur di sebelah saya di atas kerja sekolah matematiknya. Semua telah habis dijawab. Jawapannya betul. Hati saya tersentuh kerana saya tidak perlu lagi bersusah-payah menyuruhnya seperti dahulu. Baju seragamnya juga telah ditukar.


Adam

Adam diriba oleh Alif (anak saudara) bersama adiknya - Anisa.

Wajah Adam baru-baru ini.

Saya memandang rendah terhadapnya sebelum ini. Hati sering tertanya-tanya, bagaimanakah dia di sekolah? Bolehkah dia menulis dengan 'firm'? Sebelum ini dia tidak pandai meniru objek, huruf atau pun angka. Tapi apa yang saya fikir tidak sama dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya dia sangat cepat belajar. Dan bacaan dan doa tidak pernah lari dari bibirnya. Kadangkala doa yang dia baca tidak saya ketahui. Sungguh, saya jahil. Dan sedikit demi sedikit saya juga tergerak hati untuk belajar dan terus memperbaiki diri.

Tanpa disuruh seperti kakaknya juga, dia sering membuka dan membaca Iqra' sendiri. Tanpa malu dan segan, tak kira dengan siapa dia tunjukkan Iqra' itu semata-mata untuk belajar. Tak kira masa, tak kira tempat. Adakalanya di dalam gelap.


Syafiah

Waktu bersama si kakak & adik.

Baru-baru ini selepas pulang dari bercuti di Port Dickson, Syafiah demam, batuk dan selsema. Ketika sakit, ragamnya masih belum kelihatan. Namun bila beransur pulih dia tidak lagi berminat untuk minum susu melalui botol. Kami perlu melalui detik sukar kerana perlu mencari alternatif kepada botol. Kami mencuba syringe, straw dan sudu. Hanya melalui kaedah tersebut dia mahu minum susu. Sejam jugalah masa diambil untuk dia menghabiskan secawan susu. Nampak leceh, tapi caranya itu menyebabkan kami meluangkan lebih masa bersama-sama.

Keinginannya untuk minum susu melalui botol kembali semalam. Saya sendiri berasa agak gusar kerana berat badannya menyusut sedikit selepas demam itu, tidak seperti selalu. Bila minum susu melalui botol ini, jadual penyusuan & pemakanannya kembali normal. Alhamdulillah.

Dan sejak demam itu, dia agak sensitif terhadap persekitaran. Tidak suka ditinggalkan bersendirian. Pandai menunjukkan perasaan dengan menangis. Sendu sehingga meleleh air mata. Sebak pula mendengarnya. Dia suka berada bersama orang yang dia kenali. Jika tidak dikenali, dia akan bersuara seperti tidak puas hati/marah. Begitu juga terhadap suara yang tinggi. Reaksinya seolah seperti takut dimarahi.

Oh ya... sejak bertukar ahli terapi lain, Syafiah juga semakin mahir mengawal kepalanya apabila berada dalam posisi duduk. Ahli terapi Syafiah kali ini agak tegas. Dan saya sukakan hasilnya. InsyaAllah bulan depan kami akan diajar untuk menguatkan tulang belakangnya.

Moga mereka akan terus istiqomah dalam apa jua yang baik yang mereka lakukan kini, ameen.







Dec 28, 2009

Happy 4th Birthday, Adam






I was trying very hard to locate his pictures. Haven't been active in my friendster for so long. Need to get the photos from there and Awa's friendster.

Happy birthday to my sweetheart, Adam. Kejayaan dunia tidak akan bermakna tanpa kejayaan akhirat. Bukan... bukan berapa banyak A yang ibu harapkan darimu, wahai anak. Sungguh pun begitu, ibu tidak menolak sekiranya anak ibu memang ditakdirkan kelak menjadi anak yang cerdik. Ibu hanya mengharapkan moga anak ibu akan menjadi insan yang soleh, bertakwa, supaya menjadi orang kaya yang beriman (kaya dunia dan akhirat) dan membarisi barisan hadapan dalam mempertahankan Islam kelak, insyaAllah. Ameen.

Fakta tentang Adam:

Nama penuh : Adam
Tarikh lahir : 28 Disember 2005, 27 Zulkaedah 1426 Hijrah
Berat ketika lahir : 2.8 kg
Waktu kelahiran : 9.02 pagi Rabu (30 minit sebelum tu sempat ke pejabat menyiapkan kerja)
Tempat lahir : DEMC
O & G : Doktor Zamri Abd Rahim








Oct 7, 2009

Sudah lupakah aku?


Photo credit to vkeong.


Ibu : Adam, ibu nampak KFC la depan sana (KFC meal-on-wheel).

Adam : Adam nak.

Ibu : Nanti ibu pergi beli ye.

Apa ni, ibu? Ah! Lemahnya diri sebagai seorang ibu. Tiba² semasa berada di bilik air teringat wajah² ini. Sudah lupakah aku?:


Photo credit to anarkismo.net


Dan teringat jugak hampir memasuki angka 3 tahun kami menahan diri daripada membeli KFC dan produk seangkatan dengannya. Satu - boikot. Dua - makanan segera. Tiga - ramuan tepung meragukan. Nanti jadi darah daging. No wonder kita ni 'liat' je bab ibadah.

"Oh anak! Maafkan ibu kerana mungkir janji. Ibu tidak jadi membelinya. Nantilah petang kita ke pasar malam. Kita beli saja ayam goreng Cik Kiah (bukan nama sebenar). Produk orang Muslim". Moga kami mampu meneruskannya, insyaAllah.

Ah! Banyak lagi makanan lain yang berkhasiat. Tak matilah kalau tak makan KFC.

Ikuti juga pandangan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi. Sedikit petikannya:

Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.








Sep 30, 2009

Pictures worth thousands word

Click to enlarge these pictures:




Ironically, we don't have a family picture taken during the holiday. However, I'm looking for one more 'celebration' after finishing my 6-days fasting, insyaAllah. Perhaps, we'll take pictures on that day. We also didn't snap any photos at my in-law's house.

Syafiah's current project is:



by having these:


Got a parcel from Akma (RH) on Friday noon just before we went back to kampung. 5 CDs with 10 microfiber inserts.



I'm now searching for the bamboo insert to compare it with the microfiber insert. Anyway, should share about cloth diapers more if I have time in my next entry. Still have few entries owed to the readers. 2 of them are about SPD and how to get through the experience.

Syafiah is active, now and then, especially on the 1st day of Eid. She loves to scream (higher than usual) with both feet kicking in the air, pronounced a few more words, eagers to eat (or testing her teeth) but still haven't got a good sign on heavy meal especially rice. She's indeed a picky eater just like her brother. But they both love to drink plenty of milk. Now she consumes it on 2 hourly basis.







Sep 17, 2009

Syafiah and siblings latest photos

Few photos to be shared before we'll be leaving for a one-week holiday:-




Rambut mengerbang dan makin panjang. Ciri² fizikal dari kakaknya semasa kecil jelas terserlah. Ayah mintak mak potong, anak oii. Tapi mak tak berani...










Mastura and Adam got new hair cuts.

Muka budak tak rela kena kepit.




And she couldn't just be left alone. Abih ditendangnya bolsters dan keluar dari kapal.

There's a day when I checked on her, she has slept on the cold floor. Tengoklah baju dan seluar pun dah makin mengecil. Badannya memanjang sampai pusat pun nampak. Lagi pun dia suka beno selak baju.. hish! Pandai memilih antara tilam ibu ayah dengan tilam sendiri. Tak suka cahaya yang terang. Gigi geraham sebelah bawah dah tumbuh 2 batang (make her teeth 11 overall).

Hiatus mode lagi sampai lepas hari raya. Selamat memandu, selamat spend duit untuk hari raya, selamat pulang ke kampung dan kembali pun dengan selamat insyaAllah. We'll miss you guys!








p.s. : Sedar tak sedar dah 8 bulan Syafiah kekal dengan shunt yang ni. Moga ia terus bertahan selama yang ia mampu ya Allah...

Sep 13, 2009

Finally, he's diaper free!

Some of our closest relatives and friends have been asking why we didn't potty train Adam earlier as he's going to attend his pre-school next year. Some might give us tips to stop him from wearing the diaper and so on. Our reason was simple 'he's not ready'. Though he's technically 4 years old but he's younger as he was born on late December.

I have seen one of my nieces who was potty trained as early as 2 years old defecated on her mom's bed! From there, I know I must wait for the right time or until he's ready.

At the age of 3 years and 8 months, he finally stopped his diaper since last weekend. I have underestimated his ability to do so as he passes his urine in a large quantity everyday. I thought Mastura was a lot easier when she showed several signs that she didn't want to wear the diaper anymore. Like she dried all the night.

To my surprise, Adam could make it within the 1st 2 days! He didn't hide like most of children do for the first one week when he wanted to pee or defecate. He just asked us or his sister to bring him to the toilet. Indeed, for first few hours it was a bit difficult.

He peed in his pant but the quantity was little, even we couldn't find any drop on the floor. Like he suddenly realized that he wasn't wearing the diaper anymore. There was only one night he suddenly awoke. Seemed like he wanted to tell me something but he was silent. I haven't asked him anything too. The next thing I knew, he peed on the cushion.

Now he doesn't come to us anymore to bring him to the toilet. Instead, he just goes there straight away.


Adam with his new hair cut.

How to Know When to Potty Train a Toddler
By eHow Contributing Writer

Don't push your toddler to potty train until he or she is ready - the age can range from 18 months to 3 years.

Things You'll Need:
Training Pants
Potty Chairs
Hand Soaps
Stickers

Instructions:

Step 1 - Look for signs of readiness including staying dry for at least 2 hours during the day, asking to wear "big-kid" underwear, having regular bowel movements, or indicating through facial gestures that he or she is about to go potty.

Step 2 - Talk to toddler about using the potty. Choose words to describe body parts, urination and bowel movements, while avoiding words that may be offensive to others or embarrassing to your child.

Step 3 - Show toddler how to use the potty and to wipe and wash hands.

Step 4 - Encourage toddler to tell you when he or she wants to go potty.

Step 5 - Reward your toddler for a job well done.


Tips & Warnings:

1) Have patience - remember, potty training takes time. Give your toddler a lot of love, support and praise.

2) Show appreciation by giving a sticker each time your toddler goes on the big potty.

3) Purchase disposable pull-up trainers or cotton training pants.

4) Don't discourage your toddler from sitting on the potty because of time constraints.

5) Accidents are common - never punish your child for them.

6) Since constipation is common during potty training, give your toddler a balanced, fiber-rich diet.

Source from eHow.com



Treat each of your children in his/her own way even though between the siblings themselves.








LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin