Showing posts with label My thoughts. Show all posts
Showing posts with label My thoughts. Show all posts

May 8, 2015

Sentraal Station : Teruja Menghidupkan Kembali Blog


Bismillah.



Mesti kawan-kawan FB cek pelik tengok awat cek dok mentioned pasai Sentraal Station ni. 

Dan awat tetiba boleh plak mai jengoi balik keluaq kat blog.

4 tahun kot dok hibernate dalam FB. 

Sebenarnya tak salahkan FB jugak jadi asbab kehilangan dari dunia blog. BerFB lebih pantas, mobile friendly, orang tinggalkan komen dan mesej dapat notification tanpa perlu buka email, nak jawab pun cepat, boleh buat album, ada pun kalau jenis slow line nak buka whole page of entry sampai hang plak dan lain-lain. 

Album Amazing Syafiah misalnya - boleh diikuti perkembangannya dari 23 Disember 2008 lagi hingga ke hari ini. Hanya dengan one click atau swipe di skrin telefon pintar.

Dan bila berjualan di FB lebih pantas menerima tindak balas. Ok cukuplah cerita pasal FB.

Semasa saya dimasukkan dalam Sentraal Station ni oleh kak Rina (dulu Safe & Sound Silversarina, kini Wanmommy Cyber Talk), saya tak perasan juga. 

Ketika itu ibu mertua saya dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru, acute pneumonia with parapneumonic effusion

Memang kurang masa dengan dunia siber bila kita banyak 'on road'. 

Dan saya ada satu sikap, bila saya banyak masa bersama keluar, entah ke mana telefon dan laptop saya merayau... hahaha... Even bila di restoran pun, telefon 'haram' dikeluarkan dari poket masing-masing. So much of quality time with my loved ones.

Saya memang kurang mengenali blogger di Sentraal Station. Hanya segelintir dari mereka. Tambahan nama di FB lain dari nama blogger. Rupanya mereka ini berblog lebih lama dari saya. Ada yang seawal 2001. Tapi saya suka amat dapat mengenali rakan blogger baru. Entry mereka ada aura tersendiri.

Masa jadi blogger tegar, saya banyak jadi silent reader. Lebih gemar membaca dari mengomen (maka itu juga saya suka FB sebab di FB tanpa komen, anda masih boleh tekan button like as a sign of presence).

Tapi bila tengok mereka ini semangat betul nak hadap #blogreviveday (6 Mei 2015 tarikh pilihan), entah adrenaline apa membuatkan saya turut serta. 

Well, as someone said, a blogger always be a blogger.

Oleh kerana saya jenis kuat bebel juga, maka saya memilih meneruskan untuk mencoret di Amazing Syafiah & Co. kerana saya tahu masih ada orang yang memanfaatkan blog ini.

Tak lupa passwordkah? Taklah. Saya masih menggunakan email yang sama. Malah nickname & password yang sama sejak tahun 1998 lagi.

Ada antaranya mencari saya di FB, memberitahu bahawa mereka datang dari blog dan kami sama-sama mempunyai anak istimewa. 

"Saya dapat maklumat dari blog akak. Tu sebab saya cari akak di Facebook".
"Sue, I'm from Canada. I bumped into your blog. Nice knowing you".

Besar hati tak mau kempis tau! 

Maknanya, "Why I blog about her" tu telah sampai maksudnya alhamdulillah. 

And since, I have readers from Children's Health Community and this blog has been up in some of the foreign blogs, I have to write in English too (though I talk hang-aku as my mother tongue.. lol).

Ini maknanya juga, walau setelah bertahun-tahun selama ini blog masih diakses, masih digunakan walau pun tuannya 'terjebak' dengan Facebook.

Bayangkan, akan datang pasti juga begitu. Mudahan jadi benih dan saham untuk saya di alam sana kelak juga, amiin.

So, new friends from Sentraal Station.. welcome to my humble little blog. Nice knowing all of you.



Oct 6, 2010

Kesedaran tentang perubatan & media di Malaysia

AWAS! ENTRY INI AGAK PANJANG. NAMUN WAJAR DIBACA OLEH MASYARAKAT YANG SENSITIF TENTANG ISU KESIHATAN.

I read this interesting article ~ Medicine in Malaysia; a view on hydrocephalus & the reality that is happening in Malaysia, which I believe the writer ~ Abu Aseeyah/Ubaidah, is a medical student or a medical practitioner. I agree with his writings based on my own experiences.

Quoted from the site:

Derita Mohd. Iman bergantung hidup pada tiub getah

BALING 6 Nov. – Melihatkan kanak-kanak ini ketawa riang, tidak siapa menyangka dia terpaksa menggunakan tiub getah dari kepala sehinggalah ke perut untuk membuang air.

Penderitaan yang ditanggung oleh Mohd. Iman Akhbar Mohd. Ridzwan ini terpaksa dihadapi dalam usianya terlalu muda iaitu dua tahun.

Walaupun tubuhnya nampak sihat dan dia masih mampu mendengar suara kedua-dua ibu bapa dan kakak-kakaknya, namun kanak-kanak ini sebenarnya telah terlantar sejak berusia 21 hari lagi.

Menurut bapanya, Mohd. Ridzwan Mohd. Usop, 33, anaknya terpaksa menggunakan tiub getah itu akibat kegagalan sebahagian otaknya untuk berfungsi sebaik sahaja menjalani pembedahan pada 2007 selepas kepalanya membesar.

“Tiub getah masih tersimpan dalam badan anak saya, tetapi tidak pasti sampai bila,” katanya dengan wajah sugul dan bimbang ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Charuk Jernih, Mukim Tawar, dekat sini baru-baru ini.

Mohd. Ridzwan yang tidak mempunyai pendapatan tetap berkata, anaknya terpaksa mendapatkan rawatan radiologi dan neurologi setiap tiga bulan sekali di Hospital Pulau Pinang.

Mujurlah selepas beberapa kali memohon, nasib keluarga itu akhirnya mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyalurkan bantuan sebanyak RM300 sebulan.

Bagaimanapun, Mohd. Ridzwan tetap resah kerana anaknya itu masih memerlukan alat fisioterapi untuk memulihkan keadaannya.

“Keadaan kepalanya yang membesar menyukarkan untuk bergerak menyebabkan dia terus terbaring dengan tiub getah yang timbul bagaikan urat badannya apabila disentuh.

“Mohd. Iman juga perlu menggunakan kipas angin 24 jam bagi mengelak kepanasan,” katanya.

Selain Mohd. Iman Akhbar, pasangan Mohd. Ridzwan dan Suriani Sumardi mempunyai tiga lagi anak yang masih bersekolah iaitu Norfatihah, 12, Norshuhada, 9, dan Nordiana, 7, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Binjol Tawar kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka.

Dalam pada itu, Majlis Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (Mayang) Parlimen Baling melahirkan simpati terhadap nasib malang keluarga berkenaan.

Setiausahanya, Hasliza Harun bersama ahli Mayang berkunjung ke rumah keluarga itu untuk mengetahui dengan lebih dekat masalah yang dihadapi kanak-kanak berkenaan.

“Kita akan maklumkan kepada pihak berkenaan nasib yang dialami kanak-kanak ini,” katanya selepas menghulurkan sumbangan ikhlas.

Pihaknya sedih apabila diberitahu bahawa kanak-kanak malang berkenaan hanya dibawa menerusi perjalanan begitu jauh dengan motosikal oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di Pulau Pinang.


Hmm. This is what I see the difference of Australia and Malaysia. And how the government or the mass media who suppose to play the role of educating the people, just using current issues to make forward their business/ agenda. In Australia, medical exposure and education to the people is one of the top priority to reduce the morbidity and mortality of the people and extending the life span of the people. At the same time the government can save up millions and millions of government fund from trying to intervene these kind of conditions to be funded using people taxes. People are talking about prevention are better than cure, but they don’t walk the walk or even talk the talk. We can talk more about alcohol, free sex, smoking etc in Australia and what kind of funny measures they are doing to do so-called-preventitive measures here but let us focus on this “penyakit-kegagalan-sebahagian-otak -untuk-berfungsi”

Menurut bapanya, Mohd. Ridzwan Mohd. Usop, 33, anaknya terpaksa menggunakan tiub getah itu akibat kegagalan sebahagian otaknya untuk berfungsi sebaik sahaja menjalani pembedahan pada 2007 selepas kepalanya membesar.


One more thing is, this “rubber tube” was inserted NOT because the operation has failed, the actual operation is to insert the tube to drain the extra CSF (cerebrospinal fluid aka cecair otak) to reduce the pressure and prevent his son’s head from expanding. I’m not trying to blame this family, I am wondering what are our malaysian doctors doing before they do the operation. Isn’t that we have to ask consent from the patient even before we proceed with ANY operation. This consent involves:

The patient’s diagnosis, if known;

  • The nature and purpose of a proposed treatment or procedure, including what the patient will look like after the operation;
  • The risks and benefits of a proposed treatment or procedure;
  • Alternatives (regardless of their cost or the extent to which the treatment options are covered by health insurance);
  • The risks and benefits of the alternative treatment or procedure; and
  • The risks and benefits of not receiving or undergoing a treatment or procedure.

Meaning that, even though this poor father don’t know what a CSF shunt is, at least he knows that the doctor is doing something and already expected what his son will look like after the operation (with a shunt). I know, the local doctors from malaysia are very-very skillful and competent in term of procedures and skills and I am really respect them, but we still have to educate the people to help them to manage their disease aka doctors in malaysia don’t have to spend hours and hours in the ward treating conditions that are preventable and keep having the same patient after being discharged because they were not treated properly AND at the same time not complaining of long hours of working.

So is it the system or the people in the system?? Let us ponder…..

Read more here [....]

From my point of view:

“Tiub getah masih tersimpan dalam badan anak saya, tetapi tidak pasti sampai bila,” katanya dengan wajah sugul dan bimbang ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Charuk Jernih, Mukim Tawar, dekat sini baru-baru ini.

Kebiasaannya tiub ini tidak akan dibuang dan akan berada pada badan pesakit untuk sepanjang hayatnya. Terlalu sedikit kes yang dibuang, namun mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Cuba baca di Wiki:

One interesting case involving a person with past hydrocephalus was a 44-year old French man, whose brain had been reduced to little more than a thin sheet of actual brain tissue, due to the buildup of cerebrospinal fluid in his head. The man, who had had a shunt inserted into his head to drain away fluid (which was removed when he was 14), went to a hospital after he had been experiencing mild weakness in his left leg.


Media di Malaysia tidak memainkan peranan dalam menyampaikan isu kesihatan secara besar-besaran. Dengan menyampaikan info tentang hydrocephalus, masyarakat akan terus dididik untuk mengenali kondisi ini. Sehingga kini kebanyakan masih tidak tahu tentang keadaan ini. Malah melihat anak yang istimewa dengan pandangan yang sinis, adakalanya langsung tidak berkedip. Ini kerana mereka tidak tahu. Sesungguhnya isu kesihatan kurang diberikan perhatian mungkin kerana ia tidak menarik. Malah jika dilayari, Malaysia tidak mempunyai Hydrocephalus Associationnya yang tersendiri.

Media juga sering menggunakan perkataan yang sedikit 'melampau'. Ia sebenarnya lari dari tujuan sebenar berita itu disampaikan. Sepatutnya dalam masa yang sama bermain dengan emosi pembaca, media perlu menarik pembacanya untuk lebih mengetahui kondisi tersebut. Adakah kondisi ini boleh bertambah baik? Bagaimanakah anak ini boleh dibantu dari segi fizikalnya? Adakah ia berjangkit? Adakah ia sesuatu kondisi yang negatif? Contohnya di dalam petikan berita berkenaan:

Melihatkan kanak-kanak ini ketawa riang, tidak siapa menyangka dia terpaksa menggunakan tiub getah dari kepala sehinggalah ke perut untuk membuang air.

Penderitaan yang ditanggung oleh Mohd. Iman Akhbar Mohd. Ridzwan ini terpaksa dihadapi dalam usianya terlalu muda iaitu dua tahun.

Walaupun tubuhnya nampak sihat dan dia masih mampu mendengar suara kedua-dua ibu bapa dan kakak-kakaknya, namun kanak-kanak ini sebenarnya telah terlantar sejak berusia 21 hari lagi.


"Dia terpaksa menggunakan tiub getah dari kepala sehinggalah ke perut untuk membuang air". Membuang air? Kenapa tidak dinyatakan air apakah ianya. Dan ia bukanlah suatu 'nasib yang malang'. Yang berbeza hanyalah persepsi tentang 'nasib malang' tersebut. Benarkah begitu malang sekali sekiranya mempunyai anak istimewa?

Saya pernah dihubungi seseorang dari sebuah syarikat. Dia ada menulis lebih kurang begitu. Ia bukanlah 'penderitaan' bagi orang yang melihatnya dengan positif. Sebaliknya ia merupakan satu rahmat dan anugerah yang tidak diberikan kepada orang lain. Mungkin kerana telah 'dididik' bahawa penyakit atau kekurangan (ia sebenarnya suatu kelebihan bagi orang-orang tertentu) itu adalah satu 'penderitaan', maka masyarakat terikut untuk menulis dengan emosi yang mengatakan bahawa keadaan itu adalah 'penderitaan', padahal ia adalah sebaliknya.

Oleh kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan juga, ibu bapa yang dikurniakan dengan anak hydrocephalus akan berasa rendah diri. Merasakan bahawa setiap pembedahan untuk diletakkan VP shunt itu sebagai satu musuh kepada mereka. Malah ada yang tidak berbuat apa-apa, membiarkan saja anak mereka sakit yang kita sendiri tidak tahu kesakitannya bagaimana. Mereka akan berasa risau dengan perkataan 'pembedahan'. Mereka sebenarnya takut untuk berdepan dengan emosi mereka sendiri. Saya juga seperti mereka suatu ketika dulu.

Pada pertama kali saya diberitahu yang anak saya perlukan shunt untuk mengecilkan saiz kepalanya, saya tidak dapat menahan diri daripada menangis semahunya. Padahal semasa itu saya sesungguhnya tidak tahu kisah kejayaan yang ada di luar sana. Dari pengalaman itu, saya mencari maklumat untuk membuang rasa gusar. Saya bertemu dengan cerita Noah & William. Berpuluh kali mereka dibedah tapi untuk kebaikan mereka sendiri. Bahawa pertemuan dengan pakar yang berkali-kali itu juga adalah untuk kebaikan mereka sendiri.

Alhamdulillah selepas revision yang pertama, saya temui ketenangan yang sukar untuk saya gambarkan. Ketika di surau HSB, saya tersenyum dengan tenang, padahal anak saya berada di dalam bilik bedah. Saya tidak tahu apakah ia, tapi ia benar-benar mengubah persepsi saya tentang kehidupan, tentang keadaan anak saya yang istimewa. Malah saya senyum juga ketika mengingati kemungkinan-kemungkinan negatif yang akan berlaku. Saya pernah menceritakannya di entry yang ini.

Selepas itu, saya bertekad untuk membetulkan persepsi & emosi masyarakat. Bahawa pembedahan itu bukanlah musuh kepada kami, bahawa anak istimewa itu bukanlah seseorang yang pelik. Dia adalah sebahagian daripada masyarakat yang harus disayangi, bukan untuk dikasihani semata-mata.






Oct 5, 2010

A Journey Of A Thousand Steps Begins With A Single Step

The flower girl in a flower neck float, and yes... this was her 1st swimming lesson:


I'm sorry, daughter, for the place is too small for you. You could fit in it nicely, but I'm not satisfy as I couldn't see your legs. You were acting good though you turned on your voice very high. You didn't cry, that's a good sign indeed. You didn't seem afraid to try a new thing. I'd buy you another bigger pool or may be we can spend some quality times at swimming pool or even waterfalls. But still, it was a good start to build your confidence first to be in the water without our supports. We started from small to big, will ya?


Yeah... I'm sorry too as I didn't buy a camera without a video function in it. If not, I can record your movements like this - the moment you feel happy and anxious, when you're kicking your feet high into the air. I've to wait for 3 years to buy this camera. I'm sure I can wait for 7D for next few years or when I have enough money to pass this to someone else. Or may be I can pass this to you! I hope one day, you can grab this and click it just like your mother.





Sep 28, 2010

Sekiranya diberi pilihan...

Di status FB tertera ~ kalau diberikan pilihan antara Syafiah istimewa atau pun Syafiah yang normal untuk beribu kali lagi pun, aku kan tetap memilih Syafiah yang istimewa kerana dia sangat unik dan aku menerima seadanya dia. walau pun pengalaman menghantarnya ke dewan bedah itu perlu ku tempuhi berulang-kali.

Walau pun ku tahu air mata ini pasti gugur lagi memikirkan kebarangkalian-kebarangkalian yang ada. Sekiranya dia terus memberi manfaat pada semua orang termasuk aku, maka panjangkanlah usianya. Tidak kira apakah ujiannya, insyaAllah dengan bimbinganMu akan aku redahi dengan rasa syukur dan redha.

Dan aku tidak akan meminta sesuatu yang lain selain yang tidak ditakdirkan untuk diriku dan dirinya kerana aku tahu itulah jalan kami. Jalan yang kami pilih tanpa kami sedari. Itu juga tandanya Allah itu amat sayang pada kami. Sekiranya aku redha, redha Allah insyaAllah pasti bersamaku. Sekiranya tidak, pasti apa yang aku lakukan akan menjadi sia-sia.

Aku mungkin saja pernah berjanji sesuatu pada Penciptaku tapi aku sendiri lupa kerana janji itu telah dibuat di alam yang lain. Mungkin saja aku menyanggupi apa yang aku lalui kini, tapi aku sendiri adakalanya ingkar. Aku menangis, aku sedih. Hilang rasa syukur bila hilang pertimbangan. Moga Allah tak jemu membimbing kami dan menguatkan iman kami.

Seorang anak seistimewa Syafiah layak untuk mendapat seorang ibu yang hebat sepertinya juga. Kalau dia kuat, aku mesti lebih kuat. Kalau dia jarang menangis kerana sakit, aku juga mesti berhenti menangis. Kalau dia seringkali tersenyum, aku mesti lebih melemparkan senyuman. Setakat ini aku masih belum berhenti untuk senyum. Jika dia memilih untuk menjadi khalifah yang hebat, kenapa aku mesti bersikap lemah? Aku harap aku layak menjadi ibu yang hebat itu.


Tenang bila seringkali melihat wajah ini.

Ya... sekiranya aku diberi pilihan aku memilih untuk terus menjadi insan yang bersyukur dalam apa jua keadaan ~ suka mahu pun duka.





Sep 27, 2010

Rupanya.. aku masih ada rasa itu...

Entah kenapa bila diselak kembali entry-entry terdahulu, tiba-tiba je saya menitis air mata. Dalam hati, "Oh rupanya aku masih ada rasa itu". Rasa yang menyesakkan dada itu.

Membayangkan anak kecil terpaksa disorong ke bilik bedah untuk satu kelangsungan hidup itu sudah cukup untuk saya mengimbas kembali detik-detik menghantar Syafiah ke bilik bedah. Bau lorong-lorongnya, bau dewan bedah, bau wad, bau ubat, suasana di situ, suasana di surau tingkat 3 sementara menunggu dia dibedah dan sebagainya. Walau pun hampir dua tahun kami tidak kembali ke situ sebagai pesakit dan peneman pesakit. Ia segar kembali. Ya Allah, panjangkanlah lagi jodoh shunt Syafiah ini untuk tahun-tahun berikutnya.

Tambahan kini Jiey dan anaknya, Rayyan Ariff, berada di wad tanpa kepastian. Ingat janji kita padaNya ya, Jiey. Memang sukar. Moga Allah terus berikan Jiey kekuatan dan semangat. Kita hanya lakukan yang terbaik. Sebarang keputusan akhir tetap Dia yang menentukan.

Moga Rayyan Ariff & Syafiah menjadi Sherman Alexie yang seterusnya. Malah menjadi lebih hebat lagi darinya kerana anak-anak kita adalah anak-anak orang Islam, insyaAllah.

Kawan-kawan... mari kita doakan urusan mereka dipermudahkanNya.





Aug 12, 2010

Tentang Syafiah & Ramadhan



Lama tak mencoret sesuatu di sini. Bukannya lupa. Tapi menulis sangat memerlukan masa. Time consuming. Sedangkan saya selaku pemegang amanah blog ini berasa sangat M untuk berbuat demikian.

Namun itu bukan bermakna saya akan terus membiarkan blog ini. Berhenti menulis jauh sekali selagi info tentang keadaan Syafiah masih belum dibuka dan diceritakan pada masyarakat secara sepenuhnya. Terlalu rugi untuk tidak berkongsi rahmat Allah swt yang satu ini. Terutamanya kepada para ibu bapa yang tercari-cari maklumat kondisi seperti ini. Apakah ia, bagaimana ia berlaku, adakah ia berjangkit, adakah ia penyakit keturunan, apakah langkah yang perlu diambil, dll. Selagi ada pertanyaan begini, selagi itu blog-blog seperti ini diperlukan.

Sesungguhnya bukan glamer & duit yang dicari. Orang yang sukakan ilmu pasti akan selalu dahagakan ilmu.

Mesti ada yang tertanya cerita Syafiah. Apakah progressnya... Tiada perkembangan besar tentang anak ini. Dan saya sendiri tidak menjangkakan apa-apa. Cuma:

1) Tangan sebelah kanannya kini pandai memegang dan memusingkan barang sekiranya ia terbalik. Tangan kiri masih belum boleh walau pun adakalanya dia seakan membuat terapi sendiri dengan tangan kanannya menarik dan membuka tangan kiri tersebut.

2) Selain itu, shuntnya kini telah berusia 1 tahun setengah dari revision yang terakhir dan saya berharap agar shunt ini bertahan lama. Siri menginap di hospital sangat membosankan walau pun perlu dihadapi.

3) Dia sememangnya makin meninggi. Berat juga agak menggalakkan. Minum susu 8 oz/sesi. Sesekali dicampur dengan makanan lain tapi masih tidak sukakan nasi. Jarang muntah kecuali terlajak makan.

4) Kini bila digeletek dia sudah pandai ketawa tidak seperti dulu.

Progress yang kecil tapi amat bermakna. Saya terus belajar untuk bersyukur dalam apa jua keadaan. Ada dan tanpa perkembangan sekali pun. Sesungguhnya saya banyak belajar daripadanya.


Usaha tangga kejayaan. Masih main-main pegang botol. Masih perlu disokong.


Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan Kareem.



Namun beringatlah, jangan jadikan Ramadhan ini sebagai bulan pesta makan. Pasar iftar berada di mana-mana. Nafsu semasa lapar sangat menekan pemiliknya untuk membeli. Tapi bila dah beli seringkali terbazir begitu saja. Makan secara sederhana sudah mencukupi. Asal cukup makan.

Dan di mana-mana kelihatan orang terlalu sibuk membuat persiapan untuk Syawal lebih dari Ramadhan itu sendiri dari bulan Syaaban lagi. Dengan cerita-cerita tentang baju sendiri, baju anak, baju suami/isteri, warna tema, tempahan biskut raya, langsir dan perabot baru, dsbnya. Seolah Syawal itu lebih penting dari Ramadhan. Sedangkan yang lebih penting adalah untuk kita memperbaiki amalan dan muhasabah diri.

Kononnya sekian-sekian juadah mesti kena ada sewaktu berbuka atau bersahur di samping akan diceritakan kedai mana yang paling bagus untuk berbuka, untuk bersantai sementara tunggu mata mengantuk dan juga kedai yang mampu membuka selera ketika bersahur.

Jarang yang bertanya atau berbincang tentang berapa surah daripada 114 surah al-Quran, berapa juzuk daripada 30 juzuk kitab suci itu dan berapa ayat daripada 6,236 ayat keseluruhan al-Quran dengan 4,780 daripadanya diturunkan di Mekah dan dinamakan surah/ayat Makkiyyah manakala 1,456 ayat lagi diturunkan di Madinah dan dinamakan surah/ayat Madaniyyah yang sudah dibaca dihayati.

Sumber dari sini.


Saya sedih mengenangkan budaya ini. Ia budaya yang sangat lemah dan tidak sepatutnya diikuti. Kami sendiri menongkah arus. Malah pasar iftar dengan rumah kami tidak jauh. Seminit dua berjalan kaki pun dah sampai. Tapi kami tidak singgah ke sana.


Iftar kami semalam - kuih cara manis buatan sendiri, kurma dan air kosong.

Sekali lagi ~ kembalilah kepada kehidupan yang SEDERHANA. Bukan atas dasar kebendaan semata-mata.





May 12, 2010

Mak, saya WAJIB meninggalkan syubhat

Mak, saya amat² gerun dan sentap bila membaca tentang apakah peristiwa sebenar yang berlaku pada Hari Ibu pada masa² lalu. Saya bukan hanya mencari kebenaran itu di Wiki, mak... tapi juga di tempat² yang lain. Baca juga di sini.

The modern Mother's Day is celebrated on various days in many parts of the world, most commonly in May or in March/April, as a day to honour mothers and motherhood. In the UK and Ireland it follows the old traditions of Mothering Sunday, celebrated in March/April.



Mothering Sunday is a Christian festival celebrated throughout Europe. Secularly it became a celebration of motherhood.[1] It is increasingly being called Mother's Day, although in countries other than UK and Ireland that other holiday has other origins.[1] In the UK it is considered synonymous with Mother's Day as celebrated in other countries.

History

In the Roman religion the Hilaria festival was held in honour of the mother goddess Cybele and it took place during mid-March. As the Roman Empire and Europe converted to Christianity, this celebration became part of the liturgical calendar as Laetare Sunday, the fourth Sunday in Lent to honour the Virgin Mary and the "mother church"[2].

During the sixteenth century, people returned to their mother church for a service to be held on Laetare Sunday. This was either a large local church, or more often the nearest Cathedral.[1] Anyone who did this was commonly said to have gone "a-mothering", although whether this preceded the term Mothering Sunday is unclear. In later times, Mothering Sunday became a day when domestic servants were given a day off to visit their mothers and other family members. It was often the only time that whole families could gather together, since in other days they were prevented by conflicting working hours.

By the third decade of the twentieth century, the custom of keeping Mothering Sunday had tended to lapse in Europe.[2] It was revived through the influence of American and Canadian soldiers serving abroad during World War II, who celebrated Mother's Day on the second Sunday in May.[2] People from Ireland and the UK started celebrating Mother's Day again, but on the same day Mothering Sunday had been celebrated before it fell into disuse, the fourth Sunday in Lent.[2]

Mothering Sunday remains in the calendar of some Canadian Anglican churches, particularly those with strong English connections.


Mak, Nabi s.a.w. kita sendiri pernah pesan kat kita, mak. Tapi kita lupa. Nabi s.a.w. pesan antara 40 tanda akhir zaman antaranya:

UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".

Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

(H.R. MUSLIM)


Mak, masalahnya umat Islam hari ini cenderung untuk mengikut tanpa menyelidik faktanya. Mengikut buta². Tanpa sedar sebenarnya mereka, malah saya juga, telah terikut seperti orang² Nasara & Yahudi. Sedangkan dalam Islam itu telah terlalu indah. Ramai juga lupa pada perang saraf golongan Nasara sehinga merasakan, "Tak apalah. Sekadar satu hari". Lantas ia menjadi satu amalan yang tidak seorang pun akan merasa risau sekiranya melakukannya. Kenapa mesti Ahad? Kenapa tidak Jumaat? Bukankah Ahad hari istimewa untuk orang Nasara kerana mereka selalu ke gereja pada hari tersebut?

Dan dah pasti, mak, pasti ada yang tidak berkenan dengan tulisan ini kerana ramai di antara kita yang lebih suka mendengar sesuatu yang sesuai dengan pendapat dan pandangan kita. Saya mesti berkata benar sekali pun yang benar itu sukar untuk diterima.

Al-Baqara [2:42] : Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Maafkan saya, mak. Saya tak dapat mengucapkan Hari Ibu di blog ini lagi di masa akan datang. Saya WAJIB meninggalkan syubhat. Biarlah apa orang nak kata, mak, janji Allah swt tak marah pada saya atas benda yang tidak disukaiNya. Mak memang dah terlalu istimewa pada pandangan saya, malah tempat mak lebih istimewa di sisi Allah swt. Hari² adalah hari ibu. Dari hari Jumaat hinggalah hari Khamis. Bukan setakat hari Ahad minggu kedua bulan Mei.






Ya Allah... ampunkan kekhilafan hambaMu ini. Dan alhamdulillah, Engkau membimbing aku dari yang kabur ke arah cahaya. Moga Engkau sentiasa detikkan ke dalam hatiku bahawa aku wajib takut kepadaMu berbanding dengan risau dengan kata² orang lain.

May 5, 2010

Sudah 3 tahun berlalu....

Sedar tak sedar rupa-rupanya telah 3 tahun saya menjadi blogger. Dari seorang blogger tegar di Tangan Yang Menghayun Buaian dengan isu-isu semasa yang panas, sehingga saya memperlahankan rentak menikmati kehidupan sebagai seorang ibu kepada seorang anak yang istimewa. Ya, sesungguhnya dia telah mengubah pandangan saya tentang kehidupan dari sisi yang berbeza.

Saya mula menulis tentang pandangan saya di TYMB pada 9 April 2007. Semasa itu saya masih berkerja. Saya hanya berblog selepas waktu berkerja. Mencoret pada mulanya tentang pengalaman-pengalaman yang kosong dan kurang memberikan manfaat kepada masyarakat.

Dulu ketika saya tidak berkerja, saya sering mengikuti kakak saya ke markas. Membantu semampu saya. Namun apabila masuk ke dunia pekerjaan, dunia itu seakan saya tinggalkan dan saya tidak mampu membantu seperti masa dulu. Rugi. Langsung saya mula memberikan pandangan-pandangan saya dalam isu semasa sehingga blog saya disenaraikan (masih disenaraikan) di Beras Padu & Beras Terpilih. Saya amat berterima kasih kepada saudara Sebol.

Sejak dari itu, saya kurang berbicara tentang peribadi kerana agak malu untuk ditatapkan di kalangan blogger handalan seperti ABO (politik banjar - saya mengenali saudara ABO ni secara peribadi), saudara Sebol, Kak Jie, saudara Knizam, saudara Jingga Studies (doktor mata), saudara me (yang kini telah berbulan juga berhenti menulis), kak Silversarina (antara pengunjung terawal blog saya), NurAflah, YB Idham Lim, kawan-kawan dan jiran-jiran saya di SU.net, saudara ASR (yang dulunya berada di UK, kini dah pulang ke tanahair), kak Ija (masih berada di Australia), saudara Deo, Umaralfateh, dll. Di sana juga saya kenali Aboo (unpublishednotes) sehingga akhirnya berkawan rapat dengannya. Saya amat gemarkan cara Aboo menulis namun sayangnya dia juga memilih untuk berdiam diri dengan isu-isu semasa. Mungkin saja dia amat sibuk berkerja.

Kini telah hampir beberapa bulan saya 'melarang' diri saya dari berbicara tentang isu semasa yang panas. Blog itu kini sepi. Saya masih mengumpul kekuatan untuk mencari bahan ilmiah untuk dikongsikan di blog itu.

Sebaliknya, saya hanya tumpukan perhatian saya pada blog A Journey of Amazing Syafiah. Idea membuat blog ini muncul apabila saya amat sukar mencari maklumat mengenai penyakit Syafiah dan ada pembaca yang mencari maklumat mengenai perkara tertentu. Blog mengenai insan istimewa memang ada tapi selain menceritakan tentang perasaan, yang menceritakan secara berilmiah amat kurang sekali.

Jadi kenapa saya tidak spesifikkan blog itu seperti sekarang ini, menceritakan perasaan bersama-sama dengan pautan-pautan yang berkaitan? Maka itulah sebabnya lahir Amazing Syafiah, yang mana cerita asalnya diceritakan di dalam blog TYMB. Semua ceritanya saya pindahkan ke sini. Dan saya perlu berblog secara dwibahasa kerana ada pembaca blog ini berasal dari luar negara seperti Sarah (antara pengikut blog ini yang terawal) dari Australia. Sarah mempunyai anak bernama Violet.

Ia masih lagi menyumbang kepada ummah secara berilmiah, insyaAllah. Namun melalui cara lain, dengan memberikan kesedaran bahawa wujud individu-individu istimewa dan penyakit yang berkaitan. Semoga dengan pendedahan yang diberikan dapat memberi suntikan semangat kepada golongan yang sama-sama mengharungi pengalaman yang serupa. Tak lupa juga memberi semangat kepada insan lain yang membaca kisah kami. Jika ada yang tersentuh dengan semangat juang Syafiah, alhamdulillah, blog ini berjaya mencapai sasaran objektifnya.

Kini nama blog ini telah pun bertukar nama ke Amazing Syafiah & Co. Ia refleks kepada kehidupan Syafiah yang bukan hanya berkisar dan fokus kepada dirinya sahaja, akan tetapi kehadirannya juga memberi kesan kepada orang-orang di sekelilingnya. Terutamanya saya sendiri, ayahnya dan adik-beradiknya yang lain. Mungkin juga kepada kawan-kawan kami.

Halangan-halangan berblog ni tetap ada dari segi teknikal mahu pun dari segi emosi saya sendiri. Dari saya mula berkerja sehinggalah saya menunggu untuk dipasangkan streamyx selama beberapa bulan di rumah. Kemudian memakai pula streamyx bersama jalur lebar Maxis kepunyaan Aboo. Hingga kini pula saya telah membeli komputer riba. Pembelian komputer riba ini adalah gara-gara desktop saya yang kerap dihantar ke kedai untuk dibaiki dari bulan Disember hingga ke April. Saat ini desktop tersebut telah pun ditukar jantung hatinya kepada yang lebih baik, alhamdulillah.

Itu belum diceritakan tentang gangguan emosi. Jika dulu, blog ini mampu dikemaskini sehari 2 kali tapi kini ia seolah sesuatu yang mustahil. Adakalanya idea datang mencurah-curah, tatkala saya melakukan kerja tapi apabila tiba di hadapan komputer, idea hilang begitu saja. Kadangkala pula idea telah ada tapi apabila menaip, tulisan tersebut akan dipadam berkali-kali.

Di kesempatan ini juga, saya memohon maaf atas keterbatasan saya. Saya akui saya amat suka membaca tapi sangat-sangat jarang meninggalkan jejak. Tidak kira blog siapa - blog otai-otai di Beras Padu/Terpilih mahu pun blog-blog kawan terutamanya kawan-kawan RH, mahu pun blog-blog rakan blogger lain yang saya terjah sendiri. Masa amat membatasi. Selebihnya saya ber-facebooking. Di sana, saya juga saya sebagai insan yang lemah tidak dapat menerjah ke dinding kawan-kawan saya satu persatu. Saya akui, membuat jaringan sosial amat saya sukai. Bersahabat walau pun tidak mustahil tapi adalah sukar. Tapi kalau sekali bersahabat, saya akan terus mengingati dan merindui.

Sama ada berblog atau ber-facebook, ke semuanya diharap mencapai sasaran yang baik. Yang penting perkongsian selama 3 tahun dan seterusnya ini dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat apatah lagi sekiranya diamalkan, insyaAllah.

Sesetengah blogger yang seangkatan dengan saya mungkin saja suka mempertimbangkan statistik-statistik blog. Mencongak-congak trafik yang diterima setiap hari. Dan mungkin saja mengejar ranking di Alexa mahu pun di Technorati serta pengikut paling ramai. Namun bagi saya itu bukan sasaran lagi. Sasaran saya hanya berkisar tentang penerimaan masyarakat tentang golongan istimewa dan memberi kesedaran tentang wujudnya istilah-istilah perubatan yang tertentu. Dan ada idea-idea berblog saya wujud dengan kata pencarian pembaca. Sungguh pun begitu, saya amat berterima kasih kepada semua pembaca dan pengikut blog ini. Sokongan kalian amat saya hargai.

Moga masyarakat kita akan terus celik tentang perubatan, cara menghadapinya dan terutamanya cara untukk masyarakat biasa di luar sana berdepan dengan golongan istimewa. Agar tiada lagi mata-mata pelik melihat anak-anak ini. Agar mereka menerima golongan ini seadanya, tidak kira yang masih meniarap, terbaring mahu pun sudah mengorak langkah, dan melihat pengalaman ini dari aspek yang berbeza.





Mar 20, 2010

Envy...



Have you ever watched this movie, Envy, by Ben Stiller?

The plot:

Tim and Nick (played by Stiller and Black) are best friends who are also neighbors and co-workers at 3M. Nick is constantly coming up with crazy ideas to get rich quick, and when he invents Vapoorize, a spray that instantly removes dog feces, he actually succeeds. As Nick's wealth continues to grow, so does Tim's envy, as he had initially scoffed at the idea and squandered an opportunity to invest $2,000 and become mega-rich himself. Nick is blissfully unaware of Tim's jealousy, and his generosity only serves to make Tim more envious of him.

Tim's jealousy reaches new levels after J-Man (played by Walken), a bizarre drifter, decides to become his adviser. After a drunken night out, Tim accidentally kills his neighbor's beloved horse, Corkey, and straight away tries to hide the body so Nick does not find out. With the help of J-Man, he succeeds in this, but his jealousy continues to grow, as does Tim's wife's anger - she blames him for them not being rich like their friends.

One night, Nick reveals that he is going to Rome for the debut of Vapoorize there, and gives Tim the opportunity to now join him in a 50/50 partnership. J-Man finds out that Tim is now rich, and immediately tries to gain from this, but fails when Tim shoots another arrow off towards his house and strikes J-Man in the back.

At the end of the film, Corkey is seen floating down a river behind a press conference, and the animal hospital must do tests on him to reveal how he died. It is found that the horse was actually poisoned - Corkey used to eat the apples off Tim's tree, and do his business there. They used Vapoorize to rid their yard of this, and this is what has killed Corkey. Straight away Vapoorize is pulled from the shelves in all stores, and Nick and Tim almost lose all their wealth and glory - until Tim comes up with an invention of his own - Pocket Flan, inspired by Nick and his family's love for the dessert. J-Man is shown at the end of the film in the audience of Tim and Nick's infomercial for Pocket Flan.

Source : Wikipedia


If I were Tim, I will feel the same way when a friend of mine build a big mansion in front of my little house. For me, Tim wasn't only felt jealous, but somehow he felt small in compared with his friend. He's hurt. Why I share this story? I'm not sure.

You can be "Tim" or "Nick". The characters are common and we can find them everywhere in life. Sometimes you'll become one of them too. But I think one of the best things that a friend should probably do is be aware of other friend's feelings. Instead of building a big mansion or a horse stable or a bowling alley inside the house, one should also concentrate on his soft skills. You might say, it is his life/house thus it is his decision to do anything he wants. Yeah, maybe I was wrong.

Or maybe "Tim" should change his perspectives. With so much negativity, he won't be able to step forward.

Hud [11:47] : Noah said: "O my Lord! I do seek refuge with thee from asking thee for that of which I have no knowledge. And unless Thou forgive me and have Mercy on me, I should indeed be lost!"











Mar 15, 2010

Yang menyentuh jiwa...

Pagi tadi...

Ibu : Kenapa Adam menangis ni?
Adam : Adam rindukan kakak

Tiba-tiba tanpa saya sedari saya menjadi sebak. Petang dan malam juga begitu. Membawa diri dengan sebatang pen dan sebuah buku di tangan, suaranya langsung tidak kedengaran seperti kebiasaan kerana sahabat karibnya tiada.

Ada satu ketika pada malam semalam dia duduk di suatu sudut sambil menangis. Pabila ditanya dia hanya menjawab dia mahukan susu. Sebelum ini jika dia mahukan susu, tidak pula dia menangis teresak-esak. Ini semestinya ditambah dengan beban perasaan ketiadaan kakaknya.

Mastura hanya akan pulang esok hari. Dia kini berada di A Famosa Resort, Melaka, menghadiri hari keluarga sebelah abang ipar saya yang sulong. Adik-beradik abang ipar saja 10 orang, bayangkan betapa ramainya ahli keluarga mereka. Dan ada di antara mereka yang menjadi tauke minyak. Hari keluarga mereka diserikan dengan cabutan bertuah dan telematch sama seperti syarikat² di luar sana. Kata Yong, jika tauke minyak, sumbangan RM1k setiap seorang akan diminta. Bayangkan!

Imej-imej di bawah ini walau pun sekadar siaran ulangan namun sangat² saya gemari dan amat menyentuh jiwa:-







Semuanya perbuatan anak² tanpa kami minta. Bila mereka melakukan perkara² tersebut, tanpa saya sedari air mata akan menitik. Hati akan menjadi sebak. Moga anak² ibu akan terus berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi hamba yang diredhaiNya.







p.s. : Saya dan adik kini sedang mengumpul maklumat untuk ke Sabah. Tujuan utama adalah untuk bertemu bapa saudara kami yang telah terpisah dengan keluarga hampir 42 tahun. Sambil berziarah, kami akan berjalan-jalan. Dan insyaAllah trip ini bukan sekadar trip 2-3 orang tapi akan menjadi trip keluarga.

Inspirasi...



Kadangkala bila memikirkan tentang perkembangan Syafiah saya berasa sedikit gusar. Tambah pula lagi bila melihat ada anak lain yang perkembangannya amat pesat dalam tempoh beberapa bulan. Suami saya juga agak supportive dalam hal ini. "Mungkin belum tiba masanya. Dia tengah absorb tu". Kata² yang mendamaikan dan menenangkan.

Adakalanya berasa sedikit rendah diri apatah lagi saya hanyalah ibu yang berada sepenuh masanya di rumah. Anak masih belum mencapai tahap yang sepatutnya. Sedangkan ada ibu yang berkerja tapi si anak boleh mencapai tahap perkembangan yang seterusnya. Namun perasaan ini akan hilang bila saya memikirkan punca kelewatan tersebut dan juga sentiasa memujuk hati dengan kisah² inspirasi yang berlaku di sekitar kami.

Perkembangan Syafiah agak lewat disebabkan oleh beberapa perkara. Perkara utamanya adalah pandangan matanya terhijab. Sehingga kini masih kabur. Tidak seperti kita yang normal, otak Syafiah memproses sesuatu maklumat hanya berpandukan kepada pendengaran dan deria sentuhan tanpa dapat melihat dengan sempurna. Contohnya untuk duduk. Dia tidak tahu bagaimana untuk melakukannya disebabkan oleh dia tidak dapat melihat aktiviti tersebut. Pakar memberikan harapan bahawa perkembangan matanya akan selari dengan perkembangan fizikalnya. Namun begitu, Syafiah juga mempunyai kekuatan tersendiri. Kekuatan Syafiah ini terletak pada pendengarannya. Dan di sinilah kami fokuskan untuk didorong perkembangannya.

Ada satu kisah inspirasi yang saya ingin kongsikan. Kisah² sebeginilah yang meyakinkan saya bahawa selewat mana pun perkembangan anak² seperti Syafiah pasti akan ada sesuatu yang sedang dan bakal berlaku suatu hari nanti.

Satu kisah yang benar² memberikan inspirasi kepada saya adalah kisah kawan kakak saya yang sulong. Anaknya juga berkeadaan seperti Syafiah. Lama dia begitu. Sehingga mencecah ke usia 10 tahun masih dimandikan oleh si ibu dengan cara mengikatnya ke badan si ibu. Namun kini dia adalah salah seorang pelajar di sekolah tahfiz. Seperti yang kita tahu bahawa untuk menjadi seorang tahfiz, daya ingatan perlulah kuat. Untuk seorang 'hydrocephalic' menghafal dan mengingat seperti seakan-akan mustahil. Tapi ini tidak berlaku pada anak itu seperti apa yang kita fikirkan.

Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Yang mampu kami lakukan adalah berusaha walau pun mungkin pada pandangan sesetengah orang usaha kami tidak segah mana. Mungkin kisah kami tidak sehebat kisah lain. Walau apa pun keputusan Allah swt di akhirnya nanti, kami akan tetap menerima dengan hati yang terbuka kerana sesungguhnya kehidupan yang terbentang di hadapan ini adalah terlalu singkat.






Dec 31, 2009

Final entry...

... I mean, before end of this year. :)



I would give a chance for a review entry. What I can jot down for almost a decade are:

1) 2000 - I was unemployed. My dad fell sick several times.

2) 2001 - I began to work for the 1st time. My dad passed away.

3) 2002 - I got engaged.

4) 2003 - I got married.

5) 2004 - Mastura was born.

6) 2005 - Adam was born.

7) 2006 - Working career was at top. I made up to 2 positions twice per yer.

8) 2007 - I quit working.

9) 2008 - Syafiah was born. A rough year, juggling between my personal needs which was career and new experiences. Syafiah admitted few times into HSB, undergone few surgeries. In December, I worked again but only a week when she admitted for another shunt revision. After that, I quit.

10) 2009 - This year began with working again with a friend. Again, I needed to choose between career and my precious. It's another shunt revision. The gap between the previous revision was just a month! I quit and I believe that there must be something for me and the rest of us. Alhamdulillah, she's good under my care until now.

I started to change my view about life. That success is not all about money and career. It's about happiness and how to turn adversities into something positive. What is the happiest thing to do in life. What you think is good for you, mustn't good all the way. With trial and turbulence only you can be a better person. Honestly, I feel good about it. It's such a blessed that He sent us this gift. Alhamdulillah.

What I could say about year of 2009 is it is a year of FRIENDSHIP and KNOWLEDGE! We made a lot of new friends. Be it from Ratuhati, Facebook, blogging or any other source of networks. Among some of them, we shared tears, happiness, experiences, hopes, knowledge, information and awareness especially on health and each others' children condition. I'm so glad that I've met such great persons even though we haven't met each other in reality.

And it's indeed a sweet year when at the end of it, I met many long lost friendships too. I've met my school best friend. Though 1 story or 2 was not preferable, such as, few of them have passed away (one was having leukemia & another was having lung cancer), I glad that I found them back.

I just hope this Hijrah and tomorrow comes a standard new year (I might call it ISO new year), will bring me more happiness and miracles. Not only about Syafiah, but our life in general, insyaAllah. And I hope to gain more experiences and seek for more knowledge too.









p.s. : If this blog remains 'untouchable' these few days, meaning we won't be around. We're planning to head north for vacation.

Dec 30, 2009

Melihat dari mata anak..



Pernahkah kita melihat dunia ini dari pandangan matanya? Melihat betapa dunia seakan mengharapkan sesuatu dari tubuh kecil itu. Kita seringkali mahu melihat dunia dari mata kita. Tapi kita lupa bahawa anak kita itu melihat dunia dari pandangan yang berlainan.

"Bilakah dia akan duduk?"

"Bilakah dia akan merangkak?"

"Bilakah dia akan berdiri seterusnya berjalan?"

Besar harapan mereka terhadapmu, anak. Mereka gembira bila kamu mencapai sesuatu dan tertanya secara terang mahu pun tersembunyi bila pula kamu akan mencapai sesuatu yang lainnya. Jika pandai mengiring, bila mahu meniarap. Jika pandai meniarap, bila mahu merangkak. Malah jika dah pandai berjalan dan membaca nanti, soalan lain tetap akan ditanya.

Mungkin juga ada yang mencebik, "Alah... masih terbaring lagi?". "Oh.. tergolek je la". Sedangkan mereka tidak mengetahui dan mungkin tidak akan mampu melalui apa yang telah dan sedang kamu lalui. Harapan berserta doa tidak mengapa. Tapi harapan yang bersulamkan keinginan mahu membanding itulah yang perlu dijauhi. Anak ini tidak akan sama dengan anak lain.

Manusia... barang pasti tidak akan pernah puas dengan keadaan dirinya. Malah dengan keadaan orang lain juga. Manusia perlu sering kembali kepada fitrah. Malah perlu mengetahui bahawa setiap manusia itu didatangkan dengan misi khas, walau apa pun caranya. Walau dalam keadaan istimewa. Walau dalam keadaan terlentang, meniarap, merangkak mahu pun berdiri serta berlari. Misi khas ini tujuannya tidak lain adalah untuk memberikan peringatan pada yang lalai dan agar kembali kepadaNya.

Suatu hari jika kamu membaca coretan ini, fahamilah wahai anak bahawa ibu akan sentiasa menyokong kamu walau bagaimana pun keadaan kamu. Bahawa ibu sentiasa meletakkan diri ibu di dalam diri kamu. Akan sentiasa cuba memahami apa yang telah, sedang dan benda baru yang akan kamu lalui sungguh pun ia akan mengambil masa untuk direalisasikan. Sungguh pun masa depan tidak diketahui, ibu sentiasa di sini untuk kamu, oh anak! You're who you're.

Oh.. catatan ini tiada kena-mengena dengan yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin