Rasa letih dan penat masih ada. Hari Ahad telah diadakan hari cukur jambul dan kenduri kecil di kampung suami. Sempena menyambut Syafiah pulang kali pertama ke kampung dan juga meraikan rumah baru mertua. Saya taklah buat kerja sangat tapi disebabkan kepanasan melampau, saya rasa letih ya amat.
Sehari sebelum pulang saya sempat masak Rendang K*ling Udang (sedapp ooo tapi gambar takde. Nanti kalau ada, saya sertakan dengan resepi sekali). Udang tu dibawa balik dari Pasar Borang Selayang oleh adik ipar sebanyak 6 kg. Lauk tu untuk disertakan bersama lauk lain pada hari kenduri. Mengenangkan arwah ayah saya kembali ke rahmatullah pada 21 Rabiulakhir 7 tahun lalu, kami pun join sekali tahlil yang diadakan di rumah baru tu. Moga doa & pahala itu sampai kepada nama-nama yang telah disenaraikan, insyaAllah.
*******************************************************
Tadi terpaksa menunggu lagi di hospital kerajaan. 3 jam pula. Saya bengang lagi. Even doktor-doktornya pun mengeluh. Kenapa mesti sampai 4 pesakit sekali pada sebelah pagi? Yang tetapkan jadual - jururawat. Pemeriksaan tu tak lama. Yang lama tu.. kena tunggu anak mata pesakit sampai membesar (guna liquid apa ye JS?). Dari pukul 10.30 sampai pukul 1.30 baru selesai. Keputusannya tetap tak berubah. Regressive. Dah bengang, lapo pula.. aduhai..
Dah la tu.. dok bercerita je.. CSI, NCIS, Prison Break sedang menanti nun!
No comments:
Post a Comment