May 7, 2008

Let The Pictures Talk

Hujung minggu sebelum minggu lepas:

Katil ni tepi tingkap. Tingkap pulak tepi sawah. Angin bukan main kencang lagi. Bukan main sedap dia tido. Peristiwa - cukur jambul di rumah opah & atok di Sg Besar.


Tengah kaji kelopak mata dari sebelah dalam.


Tengah lepak belakang rumah tepi sawah. Adam nangis sebab apa tah. Tapi saya suka tengok gambar ni.


*****************************************************


Hujung minggu yang lepas.

Muhammad Ariff (Aap). Dah macam nelayan dah budak sorang ni... sebab selalu sangat pergi memancing di tepi laut.



Kak Chik, Mastura, Awa, Aina, Anisah, Maktok, Adam (kumbang sesat).



Ana Waheeda & Aina Ariffah. Anak-anak kak Chik & abg Man.



Dari kiri : Aina Ariffah, Nur Husna, Adam, Anisah Umairah, Mastura. Diambil masa kak Bib tengah 'bukak gerai'



Jadi model barang kemas. Pic sendiri tangkap.. hahaha...


*****************************************************


Semalam ke DEMC untuk dapatkan imunisasi untuk Syafiah. Jadual imunisasinya tak macam budak lahir cukup bulan. Last BCG date was 31/03/08, so dia diberikan imunisasi selepas 1 bulan dari tarikh tersebut. Berat dia sekarang 4.3 kg berbanding 2 minggu lepas iaitu 2.89 kg. COH - 41 cm.

Seronok sembang dengan paed anak-anak saya - Dr RI. Last sekali jumpa dia masa rewang-rewang di OU dengan mak & suami. Dia sempat tanya tentang Syafiah masa tu yang masih di HSB. Dr RI ni pernah muncul dalam WHI bulan apatah tak ingat... Banyak jugak perkara yang kami sembangkan bila jumpak dia semalam. Dia cakap Syafiah ni bayi yang aktif juga untuk bayi yang prem dan masa dia diletakkan di atas katil tu, dia bergerak ke kiri dan ke kanan. Nak turn over. Dan dia macam surprise sket bila diberitahu Syafiah masih menyusu badan walau pun telah lama berada di hospital.

Rupanya dia juga turut menghantar Syafiah ke HSB pagi itu. Thanks a lot to her. Mungkin dia missed dia punya klinik untuk hari tu saja. Tak dapat nak imagine untuk selamatkan satu nyawa perlu korbankan masa sendiri (Thanks to all the doctors in Malaysia also.. eikk..).

Jadi, saya mohon ampun sangat-sangat pada ibu bapa termasuk babies yang lama menunggu Dr RI pada hari Isnin, 14 Januari 2008 yang lepas.

Mungkin kami ni loyal customer, so bila balik tu dia beri 2 kotak susu S-26 Alpha Pro. Thanks again.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin