Jun 3, 2008

Pasar Longgok, Appointment Dr RI & Pizza Hut

Hari ni sepatutnya dijadualkan untuk ROP screening for Syafiah. Di bahagian pendaftaran lengang semacam je. Tak silap ada dalam 3-4 orang je. Dalam hati berbunga-bunga kebestesannya... Tup-tup bila sampai kat klinik, orang berlonggok macam dalam pasar. Daftar la jugak. Bila nurse sorang ni datang menitikkan sejenis liquid *yang tak dapat nak recall namanya apa walau pun ada orang tu bagitahu dah dulu* ke mata Syafiah, dia siap cakap, "Lepas ni akak nak ke mana-mana pun pergi laa... doktor ada 2 orang je. Tak tahu la dapat buat pukul berapa." Apaaa.... 2 orang.. kami kat situ berlonggok dalam 50 orang!

We decided to reschedule the appointment to next week *dengan harapan supaya doktor tak cuti panjang*. Sebenarnya dah tak larat la nak pi klinik mata ni. Perit!!! Boleh dapat sakit lain plak rasanya.. sakit darah tinggi/pening kepala. Lama-lama samar lampu pun rasa lain macam.

Balik tu sempat belasah ke OU. Hari ni walau pun craving for japanese food, tahan diri supaya tak beli. Akhirnya beli roti kopi & donat. Mak ada sebut-sebut tempohari. Tak sedap hati tak carikan...

Lebih kurang pukul 6 petang bergegas ke Shah Alam plak. Ada appointment dengan Dr RI for 2 1/2 years Adam and also Syafiah. So dua-dua kena inject la kat bontot. Adam dah abih, tunggu sampai sekolah la pulak. Bila check berat semua sekali - Mastura (17 kg), Adam (12 kg) & Syafiah (5.3 kg). Dalam ramai-ramai, Mastura la yang paling tak sabar nak jumpa dengan Dr RI. Ditanya kenapa, "Nak main lori," katanya. Lori?? Apekah dia nak ikut jejak langkah saya yang suka main mainan budak lelaki? Huh... Memang ada lori dalam bilik Dr RI. Lori yang sama dia main sebulan dan berbulan-bulan yang lepas.

Nothing much to say about Syafiah. Just.. she might go for an operation!!! I feel comfort to discuss it with Dr RI in compare with Dr IH as she said it is nothing except to encourage the child development. Jadi progress anak tak ketinggalan jauh. Kalo Dr IH tu dia sebut yang buruk-buruk je. Sampai hati ding dong ding dong *but I pretend ok*. Banyak mohon pada Allah s.w.t., banyak mengadu pada Dia. Tak pernah express kat sini. That's why, this is one of many ways for escapism. Sibukkan diri!! *or the least.. I go to sleep. Kalo put to sleep tu dah tak de maknanya..hiks*

Lepas solat Maghrib di DEMC *sekali lagi terserempak dengan Dr RI di surau*, dinner time. Nak makan apa? Banyak choice kat Seksyen 9. Boleh spoil kat mana-mana pun. Udahnya makan kat Pizza Hut. Tengah hubby cite pasal Dr ZAR, Dr Zar & family masuk untuk makan kat meja belakang. What a coincidence!!

Segan sebenarnya dengan Dr ZAR sebab dulu dia tu O&G saya. Since Syafiah, saya tukar O&G. Tapi since tukar tu jugak la yang selalu terserempak *dengan Mike! Hihi.. tak..* dengan dia. Tak de la sebab apa pun tukar tu. Cuma disebabkan jantina! Sempat dia cakap, "Sekarang bz sket la ye sebab dah ada no 3 ni". "A'ah doktor..". Isk! Alahnye aku!

Seronok dengan menu PH yang sekarang ni. Macam-macam pilihan...

Dah abih makan, ke tempat orang jual tudung depan PH. Sempat jugak la rembat tudung 2 helai. Sehelai kasi mak, sehelai lagi boleh tengok contoh anak dara saya pakai & posing kat bawah ni. Tudung ni saya berkenan macam saya berkenan kat tudung yang Yong bagi lepas dia pulang dari Mekah dulu. Asyik pakai tudung tu je la pergi mana-mana pun...

Sori le imej tak berapa best. Anak dara saya ni macam umo belasan tahun je kan...

Lepas abih je aktiviti kat Shah Alam, suami merempit pulang sebab tak nak ketinggalan citer NCIS & Prison Break dia tu. Maleh la nak join. Karang tanya dia je la sinopsisnya.. boleh?

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin