Sesuatu telah berlaku semasa saya tengah surf Kuantan Tembeling Resort di Teluk Chempedak, Kuantan. Kata suami, syarikatnya memiliki satu unit pangsapuri 3 bilik di sana dan disewakan kepada kakitangan dengan harga yang teramat rendah iaitu hanya sebanyak RM30 semalam!
Rekaan dalaman pangsapuri di Kuantan Tembeling Resort
Kami bercadang untuk ke sana setelah Awa mengatakan bahawa majikan suaminya mengajak mereka ke Kuantan semata-mata untuk menunjuk jalan merangkap makan angin pada 19hb akan datang. Suami dia memang jarang bercuti kecuali keadaan benar-benar mendesak atau ada hal yang berkaitan dengan keluarga.
Berbalik kepada kebengangan saya. Baru je jap tadi satu benda terjadi telah menyirapkan darah saya sampai ke kepala. I'm so sensitive.. especially when it comes about Syafiah.
Saya kata resort ni best jugak. Suami tanpa berfikir panjang terus je masuk ke bilik komputer ni untuk melihat gambarnya. Padahal dalam masa yang sama Syafiah berada di dalam jagaannya. Bila dia keluar dari bilik, anak kami yang pertama telah menarik adiknya ke tempat lain. Bagaimana dia melakukannya tidak pula kami ketahui.
Perkara ini telah menyentap jantung saya sebagai seorang ibu. Bagaimana kalau apa-apa terjadi pada Syafiah? Saya amat risau segala sesuatu berkaitan dengan kepalanya. One good thing, she didn't cry.. cuma di dalam fikiran ni pelbagai perkara negatif menerjah benak.
Akhirnya saya mengangkat Syafiah masuk ke bilik ini semula dengan rasa sedikit menyesal sebab meninggalkannya bersama bapanya... arghh lalainya aku!

Nota:
Tak jadi pergi OU, kita orang ke Mid Valley. Ramai orang. Hujan lebat sampai tak nampak jalan. Di MVEC, ada 3 exhibitions berlangsung sekaligus - Career & Training, Post Graduates dan Ekspo Usahawan. Main aim - Usahawan tapi sayangnya tak banyak booth yang bukak. Pastu terus je ke Shah Alam cari barang. So, cancel lagi cari camera... ih..
No comments:
Post a Comment