Apr 3, 2008

Temujanji Syafiah

Hari ni saya dan suami ke hospital mengikut apa yang tertera di kad biru - kad rawatan pesakit. Di dalamnya tertera tarikh 02-04-08, 11am, NICU, weight gain. Dr Sathia dan beberapa orang jururawat tertanya-tanya kenapa tarikh yang ditetapkan terlalu hampir dengan tarikh Syafiah keluar. Sepatutnya lagi seminggu..

Well, how am I suppose to know? Staff korang yang buat kerja.. bukan saya yang tetapkan tarikh tu... Tapi saya bukannya jenis yang cepat melenting kalau takat silap yang saya boleh terima walau pun suami terpaksa cuti emergency separuh hari ini. Sabar je.. banyak lagi perkara yang lebih besar pernah kami lalui..

Anyway, hari ni berat Syafiah = 2.625 kg, naik 115 gm dari tarikh dia keluar iaitu 2.51 kg. Cuma yang merisaukan saya ialah COHnya ada peningkatan sebanyak 2 cm. 38 cm dari 36 cm masa dia keluar. Owh.. harap-harap semoga Allah tidak mengizinkannya menjadi lebih besar berbanding nisbah ukuran badannya.. (tolonglah ya Allah s.w.t)..

Temujanji seterusnya dengan NICU dan ROP screening saya setkan seiring pada 14-04-08 supaya suami tidak perlu ambil cuti emergency memanjang.

Dari kad temujanji tu saya belajar sesuatu:-

1. 3/12 - temujanji 3 bulan sekali untuk neuro development.

2. 1/52 - temujanji seminggu sekali untuk timbang berat badan.

3. 2/52 - temujanji setiap 2 minggu untuk ROP screening.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin