Aug 9, 2008

Puteri yang beradu seorang diri...

Hari ni saya nak tinggalkan sebentar isu semasa dan politik negara. I just want to share the serenity of my daughter's sweet little face.




Pandai demand anak ini.. terutamanya berkaitan dengan susu. Tapi yang menyenangkan hati, dia masih suka menyusu badan.

Dulu saya wonder, bagaimana ibu bapa Barat melatih anak yang masih bayi tidur seorang diri. Kini saya juga melakukan perkara serupa. Mungkin Syafiah sudah terbiasa tidur di hospital seorang diri, maka kini dia begitu selesa keseorangan di katilnya bila malam menjelma. Bila diletakkan di dalam katilnya sekitar pukul 11 malam, terus terlelap. Hanya bangun sekitar pukul 5-6 pagi untuk meminta susu. Saya nyalakan sebuah lampu kecil di dalam biliknya, bukakan sedikit daun tingkap & pasangkan kelambu.

Bab ini kakak dan abangnya pun kalah kerana masih co-sleeping dengan kami. Dia sesungguhnya terlalu istimewa! Tough fighter, lone ranger, begitu senang dijaga... and the list goes on!


Cerita² menarik hari ini:
1. SD Dr Osman.
2. Alasan Pak Bakaq ditangkap - artikel mengenai polis.
3. Pembukaan Sukan Olimpik di Beijing malam ini mungkin dinodai jerebu (ya! Saya adalah salah seorang peminat sukan!)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin