Dec 9, 2008

Memo Blues : Pengalaman melahirkan dan berpantang...


Terkesan di hati bila baca cerita Along/Lina yang baru melahirkan anak premie pada 5 Disember yang lalu. Macam mana pun syukur.. alhamdulillah.. anak itu satu anugerah!

Terkenang saat saya melahirkan Syafiah Januari lepas (next month cukup la dia setahun.. but mind you.. her corrected age is minus 2 months). Contraction malam itu cukup pantas terjadi. Bermula pada pukul 10 malam. Mungkin Braxton Hicks pada anggapan saya.

To make matter worse, I ate Laksa (bad choice!) made by my sis.

Berguling-guling saya malam tu. Tup² keluar tanda darah. Suami kemas apa yang patut dengan sepantas kilat. Anak² yang lain telah pun lelap. Kelam-kabut! Dalam keadaan begitu, anak² perlu diangkat masuk ke dalam kereta. Pukul 4 pagi baru keluar. Maka kami pun 'terbang' di jalanraya. 160-170km/j!

Setibanya kami di DEMC, saya terus dimasukkan ke labor room. Nurse suruh tunggu sebab anak saya tak cukup bulan. Namun apakan daya, Syafiah terus saja meluncur keluar pada pukul 5.02 pagi. Akhirnya pakar masih belum tiba, anak saya disambut hanya oleh bidan.

Syafiah menangis. Masih terbayangkan pipinya yang gebu dan merah. Selepas itu dia diberikan alat bantuan pernafasan sebelum dia dihantar ke HSB bersama-sama dengan Dr. RI.

Saya berehat semalaman. Anak² diambil oleh adik ipar & pak mertua. Bila pakar datang bertemu saya pada hari kedua, dia berkata:

"Alhamdulillah.. berat dia pun bagus. InsyaAllah dia selamat. Di sana dia dijaga oleh team yang bagus"

Tak tergambar perasaannya bila menyentuhnya dan dia memegang tangan saya. Memang... semuanya nampak ok saja pada hari kedua.

Episod duka lara, sunyi sepi hanya berlaku pada hari ketiga selepas saya menerima panggilan telefon dari pihak hospital. Ketika itu saya seorang diri di rumah. Lembut saja permintaan nurse. Saya tidak menjangkakan apa².

Bila sampai di hospital, darah saya diambil dan saya diminta untuk duduk di suatu sudut. Kemudian Dr. S menghampiri kami dan menerangkan kejadian yang telah berlaku kepada anak kami.

Bila melihat wajah Syafiah hati jadi sebak. Dari pipi gebu yang tinggal hanya badan yang cengkung tidak bermaya, pucat lesi & bergantung hidup kepada alat bantuan pernafasan dan segala macam wayar di badan. Segala macam drug juga. Jika tidak, mereka hanya memantau O² (paling bagus 86-100), BP & respiratory. Tapi bila dia berkeadaan begitu, saya kira sebanyak 4-5 jenis drug diberi termasuk lipid, sodium, darah, asid amino, dll.

Selepas itu setiap hari saya ke hospital. Saya tidak tidur di sana kerana di NICU jumlah pesakitnya ramai dan kadangkala di bahagian ibu dan anak, katil telah pun penuh. Terdapat 3 bahagian - (1) premie & complication, (2) less monitoring & (3) babies with mother.

Bila saya balik ke rumah saya menjadi begitu sunyi. Anak² lain di kampung. Ibu yang sentiasa menjaga ketika saya berpantang tiada kerana ketika itu adalah musim haji. Suami perlu bekerja. Kadangkala tanpa sedar, air mata saya mengalir pantas! Tidak tahan dengan keadaan yang sunyi itu, saya meminta suami singgah (ketika itu kami di TP sebab mak baru balik) ke SB untuk mengambil anak² selepas lebih seminggu (berpantang dengan anak² yang sedang membesar pun cukup mencabar).

Alhamdulillah, Yong sempat menghubungi mak yang ketika itu berada di Madinah (alhamdulillah mak dapat 40 waktu di sana). Yong meminta mak berdoa untuk kami di Raudhah dengan mengatakan anak saya tidak berapa sihat. Sebenarnya Yong dan ahli keluarga kami sendiri tidak mengetahui butirannya secara lebih lanjut. Saya ketika itu masih tidak mampu membuka mulut.

Suami menyokong penuh. Dialah tukang masak, dialah 'ibu' memastikan saya mandi dengan air panas dan makan makanan berpantang. Ketika air susu membusut dan memeritkan dia akan membantu mengurutnya terutamanya ketika saya sedang mengepam susu. Mengepam susu tanpa anak adalah amat sukar namun alhamdulillah saya berjaya. Ada sekali tu sampai 20+ bekas dalam peti ais hospital milik kami saja. Sehinggakan nurse meminta saya membawa pulang. Saya kata padanya, nak bawak balik pun payah juga sebab peti ais di rumah pun penuh juga.

Secara fizikal saya tidak berpantang tapi bab makan saya berpantang juga. Anak² lain juga perlu diberikan perhatian.

Seminggu terakhir, saya diminta tidur di hospital. Ketika itu sinar harapan untuk anak saya tidak memakai shunt ada disebabkan di Discharge Summary mengatakan no more further growth for CSF.

Sepanjang 77 hari berada di NICU saya belajar... saya belajar bahawa ada lagi kes yang lebih teruk dari anak kami. Jadi dengan kerananya saya menetapkan dalam hati bahawa saya perlu menjadi seorang ibu yang kuat. Menjadi kuat untuk Syafiah dan anak² saya yang lain.

Lagi pun Syafiah mempunyai perjanjian dengan Penciptanya. Dia berjanji akan melalui kehidupan begini. Dengan memperingati perjanjian itu telah ditetapkan, hati saya makin kuat, alhamdulillah... dan pada akhirnya saya tidak lagi kerap menangis seperti berpantang dulu...

Sungguhpun tiada appointment, Syafiah kini berada di HSB. Reservoirnya membengkak dan lebam. Ketika raya yang lepas saya hanya mampu berdoa agar Allah swt meminjamkan 2 hari untuk kami. Kami kan di kampung. Dia tak sihatlah pulak. Demam yang kerap berulang-ulang. Entahlah... saya sendiri merasakan ada sesuatu yang tak kena pada shunt yang kedua ini. Naluri seorang ibu...

Saya memang sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Satu kemungkinan - shunt malfunction dan perlu dibuat revision lagi. Hingga ke peringkat ini, hati saya sudah tidak berasa sedih lagi...


KEMASKINI : Berita 11.30 pagi... Syafiah telah pun pulang. Benar telahan saya. Esok pagi dia akan ke sana lagi untuk menjalani op for 2nd revision. Shunt infection. Suami terpaksa berkorban lagi. Khamis baru boleh saya jaga sebab cuti. Bekerja salah tak kerja pun salah... aduhai!






Kisah Syafiah yang lain boleh dijejaki di blog ini di dalam entry yang terdahulu..

3 comments:

Anonymous said...

Aku doakan Syafiah dan family kuat dan tabah seperti selalu.

Syafiah sgt kuciku.. hehe

Sue.Aleen said...

makcik dc:
aduhhh... aku seringkali tersentuh bila orang bagi kata² semangat... rasa nak leleh ayaq mata...

ummu said...

makcik pun doakan Syafiah happy selalu bersama family.pengalman makcik jaga nak di NICU menyedarkan makcik bahawa dalam hidup ini, kita perlu menyayangi dan menghargai insan2 yang hadir di sisi kita...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin