Dec 14, 2008

OP ditunda lagi & fokus atas kekuatan diri...

Allah telah berfirman, "Sesungguhnya Kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga Kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga Kami nyatakan hal kamu." (Muhammad : 31).



Ramai di hospital yang mengatakan bahawa anak² istimewa ini dipilih Allah swt dari yang cantik², cute miut & hensem². Contohnya macam di bawah ni:

A hydrocephalic 10-year-old Ryan.


OP Syafiah ditunda lagi kepada hari Jumaat. Kesian dia perlu berpuasa lagi. Pada akhirnya saya jugalah yang masuk ke bilik OT. Suami tidak merasakan pengalaman itu.

Kali ini dia dibedah oleh Dr Huang. A nice young specialist. Team neuro agak marah pada pagi sebelum kami ke OT. Mereka marahkan team OT yang melakukan satu pembedahan panjang pada hari sebelumnya. Seolah-olah overtake pembedahan² yang dijadualkan. Pakar memang ramai namun begitu pakar anaestetik terhad. Jika kita masuk ke recovery room tu boleh nampak susunan pesakit yang bakal dibedah dan telah dibedah. One after another. And the team works for long hours.

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak memberikan manfaat kepada orang lain. Sepanjang pembedahan saya berdoa, "Sekiranya dia lebih bermanfaat buat kami dan manusia lain, maka panjangkanlah usianya. Sembuhkanlah dia..." Kebetulan hari pembedahan itu adalah hari Jumaat maka saya positif bahawa doa seorang ibu bakal dikabulkan.

Sebelum

Selepas. Botak licin sebab valve sebelum ni berada di sebelah kanan ditukar posisi ke sebelah kiri. 'Karipap' Syafiah ada dua belah. Kalau yang dibedah itu adalah orang dewasa entah apalah reaksi kita agaknya.

Syafiah merengek juga. Tidak mahu diletakkan di bawah. Dia mahu tercapuk di atas pangkuan saya. Antibiotik dimasukkan melalui IV hanya sempat 2 kali. Semalam dicabut kerana ia bocor. Lasak sangat gamaknya. Sekarang hanya menggunakan syringe.

Suhu badannya naik sikit semalam ketika ia berada di bawah jagaan si ayah (sampai saat ini). Saya akan ke HSB sebelah petang ini. Selalu begini. Yang menjaga si pesakit akan turut sakit. Sakit badan sebab tidur di atas couch yang keras. Itu sebabnya kali ini kami ambil keputusan untuk menjaganya secara bergilir dari saya menjaganya berterusan. Overall conditionnya sangat memuaskan.

Semalam saya menonton Oprah Winfrey Show. Topik yang dibincangkan adalah mengenai betapa ramainya golongan wanita Amerika yang tidak gembira ketika berada di tempat kerja. Dari kajian, sebanyak 4/5 wanita Amerika mengatakan mereka tidak gembira dan ia mewakili 84% populasi rakyat Amerika itu sendiri. 30 peserta yang mengatakan "tidak" ini menjadi peserta bengkel yang dianjurkan oleh seorang pakar motivasi (saya tak ingat nama).

Yang saya nak kongsikan yang menarik hati saya adalah mereka sebenarnya terlalu berusaha untuk cuba memuaskan hati semua pihak. Benar... situasi ini bukan hanya berlaku pada wanita Amerika tapi juga berlaku pada mana² wanita. Kita tidak fokus kepada kekuatan yang ada pada kita tapi sebaliknya kita terlalu memikirkan apa yang orang lain kata. Secara langsung cuba pula memuaskan hati mereka.

Sebaliknya pakar motivasi itu cuba mencungkil apa kekuatan para peserta dan menggalakkan peserta berhadapan dengan masalah mereka serta berhenti melakukan apa yang mereka tidak gemari.

Salah seorang pesertanya adalah Beth di mana beliau bekerja bersama suaminya. Pakar motivasi tersebut memintanya berhenti kerja dan berbincang dengan suaminya. Namun sebelum dia berhenti sesuatu berlaku. Kemuncak segala bebannya. Dia dimasukkan ke hospital kerana sakit saraf & migrain! Hanya selepas itu si suami memahami dan mengambil semula kerja²nya yang dia sendiri tidak mahir dan sakitnya tiada lagi.

Moralnya... kehidupan ini bukan hanya sekadar untuk memuaskan hati lain dengan cuba memenuhi kehendak dan persepsi orang lain. It's all about you, your strength and how you handle a situation. Situasi yang benar² memberikan kepuasan dan kebahagian kepada anda.

Berhenti memikirkan tentang apa yang bakal orang lain kata mengenai anda dan orang² di sekitar anda. Biarkan mereka. Saya sendiri telah lama meninggalkan sikap suka mendengar kata orang. "Mengeringkan" hati. Ia merupakan satu bentuk pengajaran dan pengalaman yang tidak akan dikutip oleh orang² lain namun hanya orang² yang terpilih. Saya fokus atas kekuatan itu - orang² terpilih. Orang lain nak cakap apa pun terserah. Saya akan terus bertenang melayani mereka. Moga pahala sabar itu milik saya dan keluarga.

Saya sentiasa berpegang kepada ayat di bawah ini:

Al-Araf [7:199] : Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).


Saya juga tahu pembaca saya bukan dari golongan makcik, nenek, atok², pakcik² yang mempunyai midlife crisis. Even if there is, saya tahu kebanyakan dari pelayar adalah golongan yang educated dan open minded.

Be positive to your life and yourself. Focus on your strength. Jangan semak/beratkan fikiran anda dengan persoalan & kata² orang lain. Jika ini berterusan, anda tidak akan ke mana....

Nanti saya ceritakan tentang seorang pesakit istimewa - Sridar Rao. Anak Selvy yang sama² berjuang untuk kehidupan dari NICU dulu bersama-sama Syafiah. He's a hydrocephalic with spinal bifida. Saya berjejak kasih semula dengan mereka. Seperti golongan ibu yang istimewa ini mempunyai hubungan perasaan yang dalam, maka kami cepat rapat dan sentiasa bertanyakan hal masing². Jika tidak saya bertanyakan perihalnya kepada nurse, dah tentu saya tak tahu dia ada di situ. Seperti berjumpa kawan lama....

Berkata Junaid al-Baghdada katanya: "Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar."



Cheers... and till my next entry!


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin