May 27, 2009

Sungguh saya tak de idea!

Saya tak de idea langsung nak update blog ni. Gambar berkepuk. Ada satu tu dah dalam draft tapi masih belum disiarkan. Why? Entah... momentum hilang lepas buat layout make over. Ape daa... mao patut mesti lagi banyak idea kan... adeh laa!

Nak share gambar kasut! Gambar kasut Mastura. 1 yang baru, 1 yang lama. Dia mengadu kasut lama dia tu 'bakar' kaki dia. Memang pun.. nipis semacam je kan...





Kasut baru Mastura ni saya beli mahallah sket. Merangkap boleh bawak gi jalan, boleh gi sekolah, boleh gi memanalah. Jangan kena air udah! Biar dia pakai sampai rabak. Beli kat Jusco sebab ada sale kebetulannya. Dapatlah half price. Masa kami beli kami tak bawak dia sekali, tapi saya tahu saiz kaki dia.

Memang panjang saiz kaki budak ni. Saiz kasut dia 30. Padahal umo baru 5 tahun. Warna saya dah tau dah.. pasal si Mastura ni cerewet bukan main. Dia mesti nak pink atau pastel color je. Cerewet dia ni seawal usia 2 tahun lagi bila kami nak belikan baju raya, tapi dia tak nak. Jenuh mencari! Yang bagusnya, murah @ lusuh pun tak pe, janji dia suka.

Boleh ralit je kan bila tengok pakaian @ accessories @ kasut budak² perempuan ni... tapi saya ni jenis cekal. Kalo saya tanam dalam diri tak nak beli, memang saya takkan beli punyalah...







p/s : Nak tahu pasal layout make over blog ni boleh baca kat sini.

5 comments:

John said...

Your blog is very unique.
Fantastic pictures. Wow...

I like your blog.

Please visit:
http://global-solution.blogspot.com

Keep blogging.
Have a nice day.

Zuhaini said...

cantik kasut barbie tu.. :)

mirah said...

comelnya. Oh tahun ni nampaknya takde lah kasut baru utk aisyah sebab kaki dia cepat besar. Last beli bulan feb lepas nak bwk g cameron skrg dah ketat. Nampaknya kasut raya nnt kena cari sandal/ selipar cantik sket je lah..

suealeen said...

John:
Thank you for dropping by.. Have a nice day to you too.




Zuhaini:
Akak pun rasa cam nak pakai je kasut tu! Hehehe!

suealeen said...

mirah:
Bebudak ni kaki deme memang cepat besar kan. Tu yang takleh beli mahal tu. Beli sandal bleh tahan lama sket.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin