Bila tengok betapa bersusah-payahnya anak² Palestin, betapa untungnyalah anak kita ni.. manja, mengada, pantang susah sikit dan tak dapat benda yang dihajati mesti nak merempan and so on. Di antara syarat tarbawiyah Nabi saw adalah (mengikut urutan):-
1- Melalui teguran langsung.
2- Melalui sindiran.
3- Melalui celaan.
4- Melalui pemutusan hubungan dengan jemaah.
5- Melalui pemukulan.
Saya tidak mahu menghuraikan tentang pengertian tarbiyah secara terperinci. Proses pentarbiyahan sebenarnya adalah proses yang bermula semenjak kanak² itu dilahirkan dan berlanjutan sampailah ke akhir hayatnya. Usaha menekankan tarbiyah itu pada peringkat kanak² dilakukan kerana pada peringkat umur itu mereka lebih bersedia dan senang menerima pengajaran. Semua ini menunjukkan betapa Islam menghormati anak itu dan cuba menjadikannya mulia.
Mungkin saya sendiri tidak dapat mengikut sepenuhnya apa yang disarankan oleh Baginda Rasulullah saw, namun saya cuba mempraktikkan sekadar apa yang saya mampu. Anak akan lebih mendengar sekiranya kita menganggap mereka seperti seorang kawan. Walau pun pada peringkat usia 4-5 tahun.
Lazimnya saya akan menegur mereka secara langsung, cuba menerangkan apa yang tak boleh dan apa yang boleh. Tapi saya seringkali melakukkannya secara santai. Dalam borak² yang biasa. Mungkin saja sambil bergelak ketawa. Alhamdulillah saya melihat potensi anak² saya mudah untuk dibentuk dan mudah mendengar kata. Bila diminta tolong, mereka tidak akan berlengah menolong sekadar mengikut kemampuan mereka. Jika kami tidak mahu membelikan permainan, tidak pula mereka mengamuk. Cuma kena terangkan kenapa kami tidak mahu membelikannya pada mereka.
Saya memerhati lagi. Jika mereka mampu melakukan sesuatu, maka saya memberikan mereka kelonggaran untuk mereka lakukan perkara itu berulangkali. Selepas itu saya akan cuba mendedahkan lagi kepada mereka benda² baru. Contohnya balik sekolah mesti tukar baju dan sangkut baju sekolah di penyangkut baju atau menyapu sampah yang mereka buat sendiri. Mungkin pada mulanya akan bersepah tapi lama-kelamaan jadi teramat biasa. Begitu juga dengan menuang air kosong. Mereka dilatih untuk berdikari.
Anak² saya mudah dijaga sejak dari dilahirkan. Tidak banyak ragam. Saya seringkali menguji mereka.
Surah Al-Nisa':6 : Dan ujilah anak-anak itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya.
Pengertian ayat di atas adalah luas sebenarnya. Jika mereka meminta susu, saya cuba melengahkan dan menanti reaksi mereka. Setakat ini, Mastura dan Adam mampu menahan rasa lapar dan rasa mahukan sesuatu itu secara mendadak. Jika mereka mampu menahannya, di akhirnya saya akan memberikan reward sebagai perangsang. Reward ni taklah besar mana. Kadang hanya ciuman dan pujian. Jika lebih sedikit, saya membenarkan mereka menggunakan PC ini untuk mereka bermain games sendiri (suka main games tembak², jigsaw puzzle dan the Sims2). Alhamdulillah, PC saya ni sihat sampai ke hari ni, mereka tak pernah tersilap tekan dan sebagainya.
Kata Nabi saw lagi:
"Gantunglah rotan agar keluarganya tahu, kerana yang demikian itu adalah pelajaran bagi mereka". Dan atau: "Gantunglah rotan supaya keluarganya tahu." (Sohih Al Jami' Ash Shagir, juz 4, hadith no. 4021 dan 4022).
Akan tetapi tidak boleh memukul dalam keadaan sangat marah kerana dikhuatirkan membahayakan diri anak. Ya.. di rumah kami juga terdapat sebatang rotan! Kami letakkannya di tempat yang tinggi supaya anak kami dapat melihatnya. Cukup dengan kami menyebut, "Rotan nak?" dengan nada yang mendatar, alhamdulillah nampak reaksi positifnya.
Garangkah kami? Dalam kelembutan mesti ada ketegasan. Jika tidak kita, siapa lagi?
6 comments:
Tahniah sue..saya suka baca entri2 sue..ianya satu perkongsian maklumat yg bernas..kadang2 kita sbg parent ni terlepas pandang..bila dah terbuat barulah menyesal...Saya pun nak gantung rotan jgkla..Moga anak2 saya mudah menurut kata..Setiap kali nak tido mlm,selalu gak tiupkan ubun2 mereka sambil bacakan surah Toha..
Jiey kalo nak kata tegas sgt tak juga, baik sgt pun tak jugak.. kdg2 berkeras jugak ngan ian biar dia tau who's the boss.. pastu kalo dia merajuk takde la pujuk2.. lama sket br jiey amik.. dlm hati rs bersalah gak, tp geram.. takut dia besar kepala..
ian nih manja sket.. konon2 semua sayang kat dia.. cucu sulung la kata.. takpe.. takpe.. biar mama dia yg marah.. :P
Kerikil Kehidupan:
Terkadang saya pun babab gak anak saya. Biasanya di betis guna rotan. Pastu rasa nyesal.. huh!
Jiey^Mien:
Anak akak semua manja tapi memang akak pun buat cam Jiey supaya deme tau kat mana batasnya.
Tarbiyyah utk anak ni bermula dr dlm perut lagi. Dlm Islam bertitik tolak dr mencari pasangan yg beragama, apabila janin mula terbentuk di situlah bermulanya didikan si ibu yg sering membaca ayat2 tertentu, zikrullah, menjaga pemakanan, adab dan emosi membentuk kepada keperibadian anak itu sendiri.
Membiasakan diri dgn doa2 pilihan dan sentiasa bermunajat kepada Allah menghasilkan anak2 yg juga baik dan mudah dibentuk, InsyaAllah.
noorra:
Best la nasihat kak Bib ni.. memang betul macam tu saranannya. Tapi bab makan tu dok tibai serupa tu jugak... hehehe!
Sue. Entry ni sgt berinfo. aku suka. Sila up lagi entry2 mendidik macam ni. Hoi... rtan kat rumah aku dah migrate ke sekolah, untuk gertak anak org yg tak reti takut. apekah?
Post a Comment