Jun 29, 2009

Aktiviti hari Sabtu dan Ahad

Antara aktiviti hari Sabtu dan Ahad yang lalu:-

1- Hadiri majlis perkahwinan Cik Abu. Cik Abu ni anak Tok Lang, mak saudara ibu mertuaku. Anaknya ramai 12 orang termasuk sepasang kembar lelaki dan perempuan sampai saya tak tahu nak panggil apa. Ada yang lebih muda. Saya bantai 'Cik' je semua orang. Saya tak pergi sebab menjaga Syafiah di rumah. Alasannya tak nak bawa anak yang baru baik demam dari menghadiri majlis perkahwinan di tengahari yang panas! Kenapa mesti buat kenduri tengahari ye? Kekadang rombongan pengantin datang ngam² time Zohor plak tu. Tak fahamlah makcik...



Suka betul dia tidur menyorok-nyorok sekarang ni.


Rindu juga nak jumpa dengan Tok Lang, Cik Linda, Alang Izan, Along Yan, etc. Anak Alang Izan seorang namanya Haziq sebaya dengan Mastura. Anaknya lahir pagi, Mastura lahir sebelah petang. Anak Along Yan nama Izzah pun sebaya dengan mereka berdua ni. Cuma Izzah lahir lebih awal.. 9 @ 10 Jun 2004 kalo tak silap. Seorang lagi anak Alang Izan sebaya dengan Adam. Irfan kot namanya. Mak pak sedara dah baya cucu² sedara pun & tak tahu nak panggil pangkat apa.


2- Petang pergi pekan cari barang. Sampai kat rumah baru dapat jumpa mak mertua yang tidur kat rumah Tok Lang malam sebelum tu. So saya tak jumpa dia langsung sejak kami sampai hingga ke petang Sabtu. Lepak kat rumah 'baru' abah tu ramai² sambil borak² sampai menghala ke Maghrib.

Masuk Maghrib solat berjemaah. Mak dulu pernah pesan.. kalau nak cari suami, carilah yang boleh imamkan solat. Rupanya besar hikmah terkandung di sebalik pesanan itu. Tapi belum kahwin mana nak tau boleh jadi imam ke idak.



Imam - suami. Barisan makmum lelaki dari kiri - Abang Shahrel (biras), abah dan Ata. Barisan makmum perempuan dari kiri - mak dan akak. Tukang ambik gambo tengah angkat bendera Perancis (tak mainlah bendera Jepun!)

Pastu baca Yassin beramai-ramai:



Sementara orang yang angkat bendera Perancis, mengembala kanak²:


Adi Luqman si budak demam. Kena riba sambil main² dengan dia. Adi ni anak akak dengan abang Shahrel. Usia 13 bulan. Mak dia c-sect dulu, kini telah berbadan dua dan dijangka bersalin bulan Oktober-November ni. Ramai keluarga kami tak 'kisah'kan pantang c-sect 3 tahun tu. Alhamdulillah Allah swt sentiasa membantu. Adi adalah sepupu pertama anak² saya sebelah keluarga mertua.


Perasan tak Syafiah tu buat apa? Dia tengah 'geram' dan beralih ke sebelah kanan. Mulanya tak tahu sebab apa. Saya ke arahnya lantas menepuk bontotnya. Rupanya lepas Adi diambil semula oleh ibunya, dia diam dan terus tidur. Protes ye?


3- Ahad. Pagi² lagi kami berdua ke pasar. Beli tuka (tau ka tuka ni apa?), ikan keli, terung, jering (favorite saya), ulam raja, etc. Balik terus masak. Antaranya tuka masak asam pedas (mak + saya masak), pajeri terung (saya), ikan keli bakar (suami), air asam (saya), sambal kelapa (mak). Sementara suami saya masak ikan keli tu, dia jaga anak saya sekali. Mandikan, bancuhkan susu.

Sebelah petang lepas makan, rehat. Tapi mak bz buat kuih. Nama tak tahu. Macam kuih seri muka. Cuma bawah pulut, atasnya lapisan ubi kayu. Ni rupa dia:



Petang pukul 6 gerak balik lepas cake cutting. Saje syok². Abah dengan Mastura lahir bulan Jun. Gambar abah dengan Mastura ada pada Ata. Hantar Ata balik Unisel. Pastu baru balik rumah.

Sampai rumah dalam pukul 9 malam. Pukul 10 lebih kurang.. sayonara bubye.. tak sedo diri dah teman dengan 3 anak²ku yang minta dibelai sebelum tidur! Kakak, abang, adik serupa je. Tidurkan Syafiah dulu, pastu kakak, pastu Adam. Ayahnya tak tidur lagi, tonton TV. Tak tahulah dia tidur pukul berapa. Kesian dia tak siapa yang layan. Tak lalu dah mata ni, wahai cik somi sayang...







p/s : Terima kasih buat Awa dan suami yang bersihkan kipas dan juga sapu rumah masa ketiadaan kami!

9 comments:

DeLLa said...

kak sue...sy tgk syafiah..sy rasa saaayanngg la..kiss her for me..muah!

Intan @ mama ammar said...

Sue, tuka tu apa? Tuka pampers aku tau la. Seronok la masak2 bersama ibunda kan? Tsk. I miss my mom!

Syafiah makan donut tak Sue? (wei msg no fon hang kat aku hilang la haritu)

Cikpid said...

tuka tu ikan pari kecik kan??btol x?

chomel laa gmbr syafiah yg 1st tu..tenang sgt tgk..

kak Bib said...

Tuka tu dipanggil tetuka...iaitu anak pari. Sejenis ikan pari yg kecil je...paling besar pun mcm pinggan je. Ikan tu sedap buat masak asam pedas atau pun rebus tetuka tu dan buat air asam, curahkan atas tetuka tadi. Sedap tau...

Farah said...

sedappnye kuih tu..

mmg betul pesanan mak awak tu..saya setuju..

Zuhaini said...

alahai cute la syafiah! :) main nyorok2 eh!

Dayah said...

byk sunguh aktiviti kaksue weekend lepas..alhamdulillah..sejuk tengok ramai2 solat jemaah...

kalau kat umah MIL saya...saya la salu kena jadi angkat bendera perancis walaupun sebenaqnya tak angkat sbb takde org nak tengokkan SI ni...ramai pulak adik2 lelaki

ibuVouge said...

ala syafiah comeinya tidor peluk bantal

favourite saya ni ikan tuka, buat asam pedas atau bakar

'lidah saya susah nak tukar tetap nak terpanggil akak'

suealeen said...

DeLLa:
Biasalah tu naluri keibuan..





Intan @ mama ammar:
Syafiah ni tak reti makan banyak benda.. bila bagi muka dia tu mulalah berubah.





Cikpid:
Pandaiii.. kita pun suka pandang muka bayi.. tentang je.





kak Bib:
Aduhhh air asam cicah dengan tuka bakar.. perghhh meleleh air liur dibuatnya.





Farah:
Kuih tu sedap. Tapi bila makan pulut ni sendiri mao ingatlah..





Zuhaini:
Suka sangat tido menyorok. Dia tak suka cerah/bising.. sensitive.





Dayah:
Tak pa.. berkorban. Jaga budak pun ok jugak. Jangan sampai bebudak ni buat bising dan ganggu orang solat, ye dak?





ibuVouge:
Tapi kalo kat rumah sendiri tak buat la pasai yang nak makan tu takat 2 orang ja. Tu yang syok balik kg makan ramai² tu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin