Jun 26, 2009

Ibumu Ibuku, Ibuku Ibumu Jua...


Ada orang tak selesa berbicara soal mertua (terutamanya ibu mertua). Ada orang tak selesa bila balik ke rumah mereka. Malah ada yang teragak-agak untuk menyertai mertua memasak di dapur. Ada orang dah kahwin bertahun pun belum tentu rapat dengan mertua.

Alhamdulillah, saya tidak termasuk dalam golongan ini. Saya sentiasa teruja untuk pulang ke kampung suami. Malah adakalanya saya sendiri yang meminta untuk pulang ke sana. Setakat ini, saya bukan hanya rapat dengan mertua, malah dengan kakak dan adik ipar sendiri. Kalau balik ke sana, saya akan pastikan aurat saya di tutup kerana adik ipar dan biras saya semuanya lelaki!

Serba sedikit cerita sebelum kahwin:

1- Saya pernah ke rumahnya sekali dengan menaiki bas. Masa tu jalan Sabak Bernam-Klang tu dalam pembinaan. Perjalanannya sangat mencabar iman.

2- Ibu mertua pernah bersembang dengan saya dalam talian beberapa hari sebelum pernikahan, "Makcik nak tanya ni jangan marah ye! Betul ke sanggup kahwin dengan anak makcik tu? Dia bukannya kaya, kerja pun tak stabil lagi". Saya diam. Dia menyambung, "Makcik takut Sue menyesal je nanti sebab tak tahan hidup dengannya." *saya dapat rasakan mak gementar untuk 'kehilangan' anak sulong lelakinya sedangkan suami boleh dianggap muda ketika itu*.


Selepas kahwin:

1- Saya pernah menangis di hadapannya sekali kerana suatu perkara. Dia masuk ke bilik untuk tujuan memujuk. Apa yang dirancang malam tu tak jadi. Kami sepatutnya pergi menziarah. Sedangkan dia ingin sangat memperkenalkan menantunya ini pada saudara tersebut.

2- Saya pernah diuji membaca al-Quran bersamanya satu pagi di bulan Ramadhan. Bertadarus bersama suami, dia dan adik ipar yang bongsu - Ata. Biasanya mengaji sendiri je. Ni kena baca depan dia. Dah la dia buka kelas pengajian al-Quran. Abis bacaan tunggang-langgang sebab saya terlalu nervous. Banyak dia betulkan.

3- Dia pernah berkata, "Mak dulu masa inai masih merah di jari dah mengandungkan akak (anak sulong dia)". Saya hanya mendiamkan diri. Padahal masa tu saya dah pun mengandung. Saya alah pada halia dan berus gigi. Setiap kali rasa loya di rumahnya, saya akan ke bilik air dan buka paip kuat² sehingga menenggelamkan suara saya sendiri. Saya meminta suami untuk tidak memberitahu sesiapa tentang kehamilan itu. Dia menyedari saya mengandung ketika kandungan saya mencecah 6 bulan (sebab masa ni perut saya baru nampak).

4- Ketika kehamilan yang kedua, dia siap bermimpi seseorang datang kepadanya dengan mengatakan bahawa menantunya kini mengandung lagi!

Kini setelah 6 tahun saya bergelar isteri dan menantu sulong perempuan, saya begitu rapat dengannya. Cuma bila belek² gambar tak de pulak gambar kami bersama. Nantilah saya snap gambar kami, insyaAllah.

Saya seringkali menganggap dia seperti ibu sendiri. Abah begitu juga. Kadangkala bila tak jumpa macam ni saya rasa rindu sangat nak berjumpa mereka. Saya rindu nak borak² dengan mereka malah rindu untuk dipeluk oleh mak mertua saya. Adakalanya rindukan masakannya yang sentiasa berevolusi. Dan rindu juga nak keletung-keletang di dapurnya dan memasak untuk mereka.

Abah misalnya, adakalanya meluahkan perasaan terpendam dan tak puas hatinya tentang sesuatu pada saya. Kadangkala tentang biras saya yang kurang mesra dengan keluarga. Malah kadang tentang kereta. Yang pasti antara keduanya, abah lebih rapat dengan cucu²nya. Bukan mak tak teringin bermesra dengan cucu tapi anak saya ni memilih orangnya. Saya tak ajar tapi mereka sendiri yang lebih suka mengekor si atok dari si opah. Jenuh dah saya pesan pada budak 2 orang tu.

Tapi saya amat suka melihat aksi kedua-dua orang tua suami saya ni. Bersahaja dan mesra antara satu sama lain. Malah kedua-duanya gemar mengusik. Tak hairanlah kalau anak mereka pun mengikut sikap mereka dengan berlaku dan melayan keluarga dengan baik, tak gitu?

Mak pernah berkata, "Sue untung la sebab jadi menantu sulong. Tak de persaingan". Ya, saya beruntung. Saya beruntung bukan sebab saya menantu sulong. Tapi lebih pada itu, saya beruntung sebab mertua saya memahami dan baik orangnya. Saya rasa dihargai terutamanya bila melihat mak masih memakai baju yang saya bagi sejak 7 tahun lepas. Ketika itu kami masih lagi bertunang.

Lepas ni biras saya semuanya perempuan. Saya memang tak sabar juga menanti saat tu tiba tapi risau juga kot dapat biras tak sekepala. Mungkinkah ada yang bersaing atau masak bersama-sama di dapur? Mampukah saya adjust diri memasak dengan orang lain di dapur selain dengan mak mertua dan suami serta adik-beradiknya?







p/s : Tak sabar nak balik kg suami petang ni untuk bertemu dengan wajah² yang ku rindui! Moga hubungan baik kami kekal hingga ke akhir hayat, insyaAllah. Oh ye.. sebelah suami saya dipanggil 'Sue' (jenuh minta tukar tapi dia orang dah selesa panggil camtu), sebelah saya, saya dipanggil 'Ela'.

10 comments:

Cikpid said...

untung kak sue..

Sya xde mak mertua..x tau rasenye mcm mana..tapi nenek n mak ckp arwah mak mertua sy sgt baik..sbb mak n nenek kenal arwah mak mertua..sy x pernah jumpa sbb sy rapat dgn husband ms tu mmg mak mertua dh tak ada..

sy jeles..hehhehe

Kerikil Kehidupan said...

Salam sue..tak sangka kita serupa..akak juga menantu sulung..akak dah ada biras yg semuanya perempuan..setakat ni dah ada 3 biras..alhamdulillah semuanya rapat dgn akak..maklumla adik ipar yg lelaki pun rapat, diaorg anggap akak ni mcm kakak mereka...Akak jarang juga blk kg..biasanya mak mertua yg selalu dtg rumah..rindu nak main ngan cucu katanya..sebab stakat ni anak2 akak jelah cucu mereka..Pepun tahniah,,jarang org yg boleh rapat dgn mak mertua..

Lady of Leisure said...

kak sue, same lah kita pun menantu sulung jugak.. hehe..
alhamdulillah, sangat ok dengan ibu mertua, ayah mertua dah meninggal bulan 12 tahun lepas, tapi sebelum kawin, banyak kali jumpe, saya dapat rasa dia sayangkan saya, tiap kali saya salam dan cium tangan dia, dia akan cium kepala saya lama sangat sambil membaca doa, huhu, sedih sangat sbb dia tak dapat tgk kitorang kawin.. :-(

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Samalah Sue... Walaupun hubby anak kedua tapi abg diayang sulong tak kwin gi.

Kitalak biakan MIL masak utk anak dia yang skang jarang balik sbb bebudak sekolah ngan tuisyen..anyway selamat dlm perjalanan yar!

Intan @ mama ammar said...

beruntung kau su ngam dengan mentua! Tak ramai org dapat chemistry tu.

wow, aku suka lagu Boyzone kat tepi tu1 everyday I love you.

Dayah said...

hati makmentua perlu dimabil and dijaga..saya yg baru 2 thun ++ jadi menantu org ni, kkdg ada kekoknya...tapi alhamdulillah..mak mertua saya baik and simple orgnya...

saya pun menantu sulong..blum lagi ada persaingan..ngeh..ngeh..ngeh..

Mama Qaseh said...

Sy pon kire untung gak kot..satu2nyer menantu perempuan. sbb hubby cume ade sorg kakak jer..
Lgpon lepas kawin sy mmg tinggal ngn mak mertua..

alhamdulillah dh setahun lebih kawin..sumenyer ok..

dlm pantang pon my MIL yg jaga..jarangkan ade org nk berpantang kt umah MIL..

Rantong said...

Salam ziarah. Blog yang menarik.

View Profile: Rantong™

Lightnur said...

Assalamualaikum Sue

Masha Allah beruntunglah Sue dapat ibu mertua yang baik. Suka dengar cerita mertua dan menantu baik antara satu sama lain.

Salam mesra
lightnur

suealeen said...

Cikpid:
Sayang kan tak sempat jumpa dia.. husband akak camtu. Tapi dia tak sempat jumpa pak mertua dialah.





Kerikil Kehidupan:
Atas suami saya, ada sorang je kakak ipar. Kira dia tetap anak sulonglah jugak. Maklumlah bila dia kahwin, bagi mak dia dah jadi hak orang. Kamilah selalu diharapkan. Mak dan abah pun selalu datang kemari sebab rindukan cucu. 3 cucu pertama mereka adalah anak kami. Bulan 5 tahun lepas baru dapat cucu dari akak. Akak kahwin 2007, sedangkan suami kahwin lebih awal. Langkah bendul.





Lady of Leisure:
Tiada ayah mertua sama macam suami akak. Dia lagi tak pernah jumpa dengan ayah akak tu sebab ayah meninggal tahun 2001. Dialah yang mengisi kehilangan ayah sebab masa tu kami dah kenal. Dia tahu saat² kritikal ayah dan dia juga dapat tahu ayah meninggal lebih dulu dari akak. Dulu makcik tak de cellphone, family terpaksa hubungi dia. Sedih kan..!





a.z.r.i.n.a.03.07:
Eihhh samalah hubby kita pun anak kedua. Cuma yang sulong tu perempuanlah. Saya suka masak dengan mak mertua. Kekadang suh jangan masak sebab dia tu sakit kaki takleh berdiri lelama.





Intan @ mama ammar:
Ke aku kuat bodek? Aku rasa mak mertua aku pun mainkan peranan dia jugak untuk pastikan keharmonian rumahtangga kami dan juga mereka secara keseluruhan.





Dayah:
Kalo dapat mak mertua simple dan baik ni bagus. Lagi satu yang payah dicari adalah mak mertua yang tidak ambil pusing apa orang lain cakap tentang anak menantunya. Kekadang orang kg can be so mean.. cucuk sana, cucuk sini.

Cuma so far kami dapat pujian sebab berjaya berlaku adil di antara dua² buah keluarga.





Mama Qaseh:
Wahhh best tu.. satu²nya menantu perempuan! Dimanjakan oleh mertua tak? Akak pun belum pernah merasa berpantang di rumah mertua. Next time insyaAllah. Lagi pun dekat sikit dengan hubby... hehe.. :P





Rantong:
Time kasih.. sila datang lagi!





Lightnur:
Waalaikumussalam.. Alhamdulillah hubungan sentiasa baik dengan mertua. Kadangkala jadi tempat bermanja jugak tu… :D. Kena sama² mainkan peranan dan tak boleh ikut perasaan sendiri dalam perkara rumahtangga ni.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin