Jun 15, 2009

Gantikan 'Orang Kurang Upaya' Dengan 'Orang Kelainan Upaya'

13 Jun, 2009 16:51 PM
Gantikan 'Orang Kurang Upaya' Dengan 'Orang Kelainan Upaya'

KEMAMAN, 13 Jun (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek mencadangkan agar penggunaan istilah 'orang kelainan upaya' (OKU) diperluaskan bagi menggantikan 'orang kurang upaya'.

Menurut beliau istilah orang kelainan upaya lebih menggambarkan keistimewaan dan kelebihan golongan itu berbanding istilah lama yang memberi maksud lebih negatif dan seolah-olah merendahkan keupayaan golongan itu.

"Kita mungkin terlalu terikut dengan perkataan bahasa Inggeris 'disable' yang menggambarkan ketidakupayaan serta kelemahan golongan ini sedangkan sebenarnya mereka mempunyai kelainan dan kelebihan luar biasa yang kadang kala tidak terdapat pada orang normal.

"Contohnya, atlet paralimpik yang mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi, serta kebolehan yang kadang kala manusia sempurna sendiri tidak mempunyai keupayaan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup program 'Higher Institution National Expedition and Camping (HINEX) 2009' di sini hari ini.

Katanya, golongan OKU juga tidak ketinggalan menyumbang jasa dalam pembangunan negara termasuk menjadi pembuat kraftangan, doktor, guru, pensyarah, serta ahli perniagaan.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Exco Majlis Pengakap Malaysia Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Rektor Kolej Universiti TATI, Dr Mohd Rozilan Mamat.

-- BERNAMA




Sejak saya mendapat seorang cahaya mata terpilih, persepsi saya terhadap kehidupan ini berubah. Saya melihat mereka sebagai golongan yang hebat kerana kita tidak melalui apa yang mereka lalui. Kita tidak berada di atas meja bedah. Kita tidak rasa bagaimana kepala dijahit dan di'kopek'.

Apa ada pada istilah? Saya secara peribadi tak suka betul label dan perkataan OKU ni seperti mana saya tidak menggemari perkataan disable @ retard. Terfikirkah kita perbualan seperti ini mungkin wujud, "Ah.. dia tu OKU. Susah nak bergerak. Buat apa nak ambil dia bekerja?". Dengan wujudnya istilah ini, kita telah dengan tidak sengaja melabelkan/mengkategorikan golongan tersebut. Kelainan upaya dengan kurang upaya sama je. Tetap hasilkan label "OKU" jugak.

Inilah mentaliti masyarakat. Masyarakat perlu dididik untuk menghormati dan lebih sensitif terhadap golongan yang hebat ini. Ini tidak.. kadangkala segelintir yang educated pun pandang lain macam je bila orang² hebat ni lalu berhampiran mereka. Ada yang memandang sekali, banyak yang memandang banyak kali. Kepala anak saya mungkin saja nampak "kemek", dia mungkin saja tidak boleh duduk pada usia setahun lebih.. so what? Itu baru pandangan dan lirikan mata, belum lagi yang berkata-kata.

Di Indonesia misalnya, di penghujung bulan Mei 2009 golongan terpilih ini dikehendaki untuk memakai sign "for their safety". Perbincangan tersebut telah dibentangkan di dalam Parlimen Indonesia. Dan hasilnya, orang² terpilih ini telah mengadakan demonstrasi jalanan.


Disabled people demonstrate for equal rights in Jakarta


Dipetik dari blog Dianne:

But it says something about a society when they think the onus is on the person with a disability to label themselves as such, rather than on the road users to take due care with ALL pedestrians.


Saya bersetuju dengannya. Sepatutnya masyarakat mengambil tindakan proaktif untuk menjaga satu sama lain ketika di jalanraya apatah lagi menjaga golongan yang terpilih ini.

Bagaimana pula dengan pendirian anda?








p/s : Sorry la... saya tetap beranggapan kepala "kemek" dan perangai Syafiah tu adalah satu yang normal. Ya.. normal untuk saya yang melaluinya.

8 comments:

| Krsty Pinky | said...

pada kite la,takde pape lah pd istilah ni..
sama jek..
cam buat istilah baru mat rempit kepada samseng jalanan..
xde maknanya!

Zuhaini said...

saya rasa bagus juga! at least org2 yang terlibat akan rasa dirinya special sikit la, kan..? :)

**kami (PSN) ada satu program namanya Special Science Day.. khas untuk pelajar2 yang kurang dari segi pembelajaran (slow learner), penglihatan, pendengaran, down sindrom dll. :)

Jiey^Mien said...

setuju ngan zuhaini..

honestly, i dont feel comfortable calling ian oku. takde oku nya dia.. apa yang org lain bleh buat, insyaAllah dia bleh.. cuma lmbt or cepat jer..

in fact, diorg ni lagi hebat. capable of doing all the things taht we're doing even tho diorg nyer condition camtu.. =)

nak blame org lain takleh gak.. i myself was ignorant too before.. skrg ni jer celik sket.. =)

suealeen said...

| Krsty Pinky |:
Betul cakap hang, Waida... istilah tu tak de maknanya. Tambah kalo mentaliti masyarakat tak berubah.




Zuhaini:
Yang menjadi masalahnya cakap retorik. Perlaksanaannya melibatkan manusia lain yang tidak mengerti perasaan orang² yang terlibat. Seribu kali tukar maknanya pun tapi kalau sebutan tetap OKU pun, tetap juga mengkategorikan/melabelkan keadaan seseorang.




Jiey^Mien:
"I don't comfortable calling Ian OKU". This is exactly what I mean. Tukar la maknanya kepada apa sekali pun tapi initial dia tetap OKU. Bila sebut OKU @ retard apakah yang terdapat dalam bayangan kita ibu insan² hebat ni? Cuba bayang pula apa yang dibayangkan oleh masyarakat. Yang sebetulnya buang je terus perkataan OKU tu.

Noina said...

Betul..ina sokong kata Jiey..patut buang je perkataan OKU tu..ina sendiri tak sampai ati nak panggil Nabila OKU.Sedih..Tapi tak bermakna kanak-kanak ni tak kuat..kdg2 semangat dorang lagi kuat dari kita yang normal..!

suealeen said...

Noina:
Setuju.. anak² ni lebih kuat dari orang dewasa sendiri.

Hidet said...

Salam.

Sayangi orang2 istimewa ni.
saya pernah sembang2 ngn peserta tenis untuk golongan ni waktu kat japan dulu. memang hebat diorang ni. kita pon kalah kalau lawan ngn diorang.

suealeen said...

Hidet:
Salam.. thanks for visiting. Tu la saya prefer initial OKU tu ganti dengan OH (orang hebat). Kenapa dia orang hebat? Beza yang amat ketara dengan kita ni adalah determination mereka untuk terus hidup.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin