Jun 20, 2009

Melentur buluh...


"Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun". (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.).

Ibn Khaldun menulis di dalam Al-Muqaddimah, satu karya tersohor:
"Anak-anak mempelajari dengan cara mengikuti dan mencontohi lebih daripada yang diambil dengan cara nasihat dan tunjuk ajar."


Percubaan melipat baju sendiri.


Hasil lipatan Adam sebelah kiri, manakala Mastura di sebelah kanan. Mastura memang dah biasa lipat baju dia sendiri.


Membantu saya memasak di dapur - potong cili, carikan bawang, keluarkan sayur/ikan dari peti ais.


Lebih mengembirakan hati saya, Adam kini telah pandai memakai baju, seluar dan membasuh b**t*t sendiri selepas membuang hadas besar. Itu tidak termasuk perkara yang telah dia lakukan sendiri sebelum² ini - menuang air ke cawan/botol, makan sendiri, mengelap lantai sekiranya air tumpah, menutup suis yang tidak digunakan, mandi, membasuh tangan selepas makan, meletakkan pinggan kosong ke dalam singki, membuang sampah ke bakul sampah dan lain². Mastura juga begitu.

Sekarang dalam proses ajaran siapa yang buat sampah, kena sapu sampah. Kalau buat semak, masing² perlu kemas balik.







p/s : Moga anak²ku menjadi anak² yang soleh dan solehah, menjadi insan berjaya yang beriman, mempunyai peribadi yang tinggi, yang taat padaMu, pada RasulMu dan ibu bapa mereka, Ya Allah.. ameen. Kedengaran di ruang tamu, Mastura membaca buku 'reading'nya tanpa perlu disuruh, alhamdulillah.

8 comments:

Dayah @ Real Ummu said...

bahagianya bila melihat anak2 akak tertib..ikut kata dan pandai urus diri sendiri..

mak ayah la org yg penting utk mentarbiyahkan anak2..moga anak saya juga tertib, ikut kata, helpful mcm anak2 akak..

moga saya akan lebih tabah, passion , istiqomah dlm mendidik n mertarbiyahkan anak2 saya kelak

Sue.Aleen said...

Dayah:
Akak ni seorang ibu yang tegas. Begitu juga dengan ayah depa. Moga Dayah malah kami pun berjaya hasil didikan kita terhadap anak². Seriau pun ada ni. Maklumlah.. bukan ibu bapa yang sempurna pun.

Cikpid said...

wah.. dh pandai berdikari kecik2..bgs kak camni..x kire anak lelaki ke pompuan..mcm hasben sbb dr kecik die tolong arwah mak mertua kat dapur n wat keje umah..so, die x kekok buat semua tu..

Lady of Leisure said...

bagus akak ajar dari kecik..
kalau dah besar, tak lah anak2 liat nak tolong kita kan..teringat masa saya kekecik dulu, rajin ikut mak masuk dapur, alhamdulillah bila besau ni, saya minat ke dapur(memasak)..

nampaknya, saya pun kene ajar sicomel(kucing) saya dua orang tu.. hehehe..

Jiey^Mien said...

nak ajar perkara yang sama kat ian.. harap2 menjadik.. aminnn.. =)

Sue.Aleen said...

Cikpid:
Adik ipar akak semua lelaki, semua rajin ke dapur sebab mak mertua dah ajar camtu.




Lady of Leisure:
Bayangkan si comel awak tu pandai memasak... perghh... mak dia boleh dok dendiam je la..




Jiey^Mien:
Budak 2 orang ni memang kena bagi kerja, kalo tidak ada je hal depa buat. Go go Ian.. Ian mesti boleh buat!

mirah said...

wah bagus adam dan mastura tu.
Nk share juga ni, aisyah kalau org azan, dia pun kalut bertakbir semayang lah tu. Bangun duduk, pastu silang tgn tu terbalik mcm mastura dlm gambar tu. Bila dibetulkan, oklah kejap pastu dia tukar balik. Kekadang kena larang jgn bising sgt kan tgh azan tu..

Beberapa hari lepas, dia buang sampah atas lantai. Puas saya suruh dia amik bawak pg bakul sampah, dia tak endah. Sekali saya ingat sehari sebelum tu dia ada nampak lori sampah masa dlm kete on the way blk umah. Jd, saya pun umpan dia dengan 'aisyah, ingat lagi tak pakcik yg kutip sampah smlm, kesian dia,kalau aisyah tak buang sampah dlm bakul, nnt pakcik tu tak jumpa sampah tu, mcmane dia nak amik. Kesian pakcik tu'..ulang-ulang saya ckp, pastu dia pun amik. Ok dah ummi dia cakap. Saya pun pujilah dia kan...

Mencabar sungguh jd ibu ni kan..

Sue.Aleen said...

mirah:
Bila kita nampak anak ni ada interest dalam perkara² baik kita mesti galakkan mereka untuk terus melakukannya. Teruskan usaha Mirah, moga anak² akan terus menjadi insan yang kamil, insyaAllah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin