Jun 11, 2009

Tag : Segalanya tentang anak...

Hari ni mood saya baik sangat.. baik ke? Entah la.. tapi mood mencanak-canak nak bayar hutang tag. Ada 4 kot. Itu yang diketahui, yang tak tahu tu boleh tak abaikan saje.. hehehe... Saya berjanji dengan diri sendiri untuk tak peram tag lagi... semangat ni.

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?

So far, I've 3 superb kids. Selang bunga. Perempuan + lelaki + perempuan. Mastura bakal berusia 5 tahun esok, Adam bakal berusia 4 tahun hujung tahun ni, Syafiah bakal berusia 2 tahun awal tahun depan. Rumah ni selalu jadi tongkang pecah dengan kegiatan budak 2 orang tu. Berbunga harapan si ayah semalam bila dia menyebut, "Ni belum masuk Syafiah lagi ni. Karang Syafiah pun pandai buat semak juga".


2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?

Kalau boleh tiap² tahun/2 tahun sekali jika Allah swt mengizinkan. Saya kalau boleh nak beranak ramai. Dalam perbualan saya dengan ayahnya ketika selepas saya bersalinkan Mastura, kami sebolehnya nak anak 7 orang.. huhu! Tu dia... umur 31 tahun ni.. lagi 9 tahun nak ke 40. Sempat tak ni?


3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?

Mastura - yang terpelihara, Adam - yang menjadi teladan, nama Nabi, Syafiah - penawar, yang memadai, antara nama isteri Rasulullah saw. Mak mertua saya pernah berseloroh bila kami mengambil keputusan letak nama Adam, "Ramai lagi adik Adam ni. Ada Idris, Nuh, Hud, Salleh, bla bla bla..." Hubungan saya dengan ibu mertua memang rapat. Sebab saya menantu perempuan yang pertama. Tiada persaingan. Hehehe...


4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?

Mastura - saya bagi, Adam - suami bagi, Syafiah - suami bagi. Lepas ni turn saya. Saya akan gunakan kuasa veto ini untuk mempengaruhi suami saya untuk menerima cadangan... ahaks! Sebenarnya di akhir pemilihan nama anak, kami akan bersetuju sebulat suara. Diplomasi adalah penting dalam menjaga kerukunan rumahtangga.


5. Darimana tercetus idea memberikan nama anak anda?

Tidak berdasarkan mana² peristiwa. Asalkan pendek, mudah disebut. Mungkin lepas ni saya akan terpengaruh jugak kot... kalau lelaki, saya nak letak nama Mu'adz. Aci dak? Saya memang terpengaruh dengan nama sahabat Nabi saw ni.


6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?

Hohoho.... boleh jadi Mu'adz, Zaid, Hana, Huda, Mawaddah, Mujaddid, Mubin, Muhammad.


7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?

Antara Mastura dengan Adam - 18 bulan. Antara Adam-Syafiah - 24 bulan. Syafiah dengan adiknya? Sekarang ni dah 17 bulan dan tiada menunjukkan tanda saya mengandung. Haha... husband kata KIV dulu permohonan tahun ini. Boleh isi borang permohonan tahun depan @ saja boleh buat rayuan.


8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?

Boleh ke mintak² ni? Tapi saya tahu ada satu doa nakkan anak lelaki. Saya berangan jugaklah nak anak² saya terus selang bunga macam sekarang ni. Tapi Allah swt lebih berkuasa.


9. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?

1- Mastura - kebanyakan ciri fizikalnya i.e. warna kulit, mata, hidung, etc. dan saya nampak dia makin menyamai saya bila saya tengok karakternya di sekolah. Kurang sabarnya dan kadangkala suka menyendiri sama macam saya.

2- Adam - jenis darah yang sama A+, dia mempunyai lesung pipit dan berambut lurus seperti saya tapi mukanya jugalah teramat berbeza dari saya. Adam juga lebih cerah orangnya berbanding saya. Malah lebih hensem dari daddynya.

3- Syafiah - belum pasti lagi. Budak ni lagi cerah daripada Adam.


10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.


Mastura yang tak perlu berposing bagai tapi masih nampak cute


Adam yang macam "kera dapat bunga" sebab tengah pegang jambangan bunga


Syafiah yang menahan mengantuk


11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni

Ramai ni... tapi saya nak tag - Mirah, Krsty Pinky, ASR (suka nak masukkan nama mamat ni), Kak KC, Kak Rina, Mala, IbuVouge, Zuhaini, Intan @ Mama Ammar, Sa @ Mama Athir, Mrs Azmar dan Asz. Siapa yang dah kena sila abaikan, siapa yang tak kena nanti saya tag benda lain. Bagitahulah ye yang tak kena tu... huhu!





9 comments:

Luvvvvv said...

kak, comelnya adam!

me said...

huhhh! lega...

seb bek aku tak dak anak lagi...kuwakuawa..
yg ada hanyalah anak suadara, anak tekak & anak rambut sahaja...keh³ ;p

Sue.Aleen said...

ibu_uwais_ameenah:
Hopefully adik² Adam lagi comel.. hehehe!





~:|:sara:|:~:
Anak menakan tu anak la jugak kiranya.. Kalau aku bagi hang tag ni mesti best kan.. sebab hang kena jawab panjang pasai ada 12 orang. Belum masuk anak menakan tut lagi.

Jiey^Mien said...

Suka nama Zaid.. Nampak so manly.. =)

Akak gi tak gath MSK?

Hachi said...

Kita sebayalah nampaknya. Tapi saya baru nak dapat sorang. Apa2 pun. Selamat ulang tahun pd mastura.

Sue.Aleen said...

Jiey^Mien:
Akak tak gi gath kot.. tak tahu la lagi. Tak inform Lyna pun lagi pasal ni.




Hachi:
Thanks auntie Hachi - on behalf of Mastura. Tak sabar nak tengok wajah anak Hachi nanti... happy pregnancy!

noorra said...

Aku ni nasib diberi juga peluang beranak walaupun sorang je..syukur sgt. Itulah segala...nak banding pun tak boleh sbb ada pun sorang je.

Cepat sgt membesarnya rasa mcm kawan pulak sekarang. Miss moment2 dia baby dulu...dia jenis cepat membesar namun tetap beryukur kerana dia membesar depan mata kak Bib kerana kak Bib full time house wife. Puas menatap muka dan mendukung, memeluk dia hingga saat ini.

me said...

aduhai...jgn² bg aku buat tag ni...
tak mampu aku nak korek makna ke 14nama suma² tue...hahaha...

loteh den ;p whewww...

hahahaha

Sue.Aleen said...

noorra:
Masa baby la yang best nak buli dia pun. Bila besar silap hb dia buli kita balik... huhu!




~:|:sara:|:~:
Boleh.. hang boleh buat punya... hahaha!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin