Jul 14, 2009

Adam naik kuda & gambar makan²

Tetiba jadi jeles plak tengok Adam naik kuda (gambar ambil di sini):


Gambar Adam dengan Achu tengah naik kuda di kawasan kediaman kami. 2 orang yang kat bawah tu kawan Achu. Dia orang datang ke rumah kami hujung minggu lepas untuk celeb birthday Achu. Dah 2 tahun dia orang wat gathering + tidur kat rumah ni bila adik saya sambut hari lahirnya.

Seronok tengok geng dia ni. Masih berhubung antara satu sama lain. Malah masih lepak sesama sendiri walau pun seorang dah kawen sementara yang lain² tu ada yang masih belajar dan baru mendapat kerja.

Oh ye.. siapa yang teringin naik kuda datanglah ke kawasan perumahan kami. Ada stable kuda. Malah ada kuda Agong lagi. Kekadang bila Agong free Baginda akan turun ke sini dan naik kuda Baginda setiap pagi Ahad. Satu sesi RM10. Adik saya dapat RM8/session you. Waktu sesi 4-6 petang (tapi adik special sket, dia naik sebelah pagi!). Saya sendiri belum pernah naik walau pun kecil² dulu pernah pasang niat nak bela kuda (maintenance dia mahal beb!). Boleh jugalah kalau nak belajar menunggang. Ada kelasnya.

Hari Sabtu sebelum sesi naik kuda pada pagi Ahad tu, ada acara makan² masa sambut kawan² adik:


Budak 2 orang yang rajin menolong di dapur. Mastura siap cakap, "Ibu, janganlah kacau kakak. Pergilah buat kerja lain". Duhhh!


Menu² wajib - laksa & kek. Adik kata kat suami dia, beli la besar sket. Boleh sambut birthday saya dan Mastura sekali. Tua dah rupanya daku!


Towkey ikan bawa banyak ikan sardin balik rumah. Tu kuah laksanya pekat sangat. I like! Sampai hari ni pun ada lagi.


Kek oren beli kat King's. Saya pun memang suka kek kat sini sebab rasa krim dia lebih light dan tekstur kek dia yang lembut.







Gambar cik Piah wajib letak sebab blog ni blog dia. Kami menumpang saja. Blog mak dia dah berabuk (tolonglah idea.. kembalilah!):



Moral - treasurelah friendship anda dan rakan² walau pun anda telah berkahwin. Saya bebaru ni pun terjumpa ramai rakan lama, terutamanya di Facebook. Nak add saya? Tak susah. Kat blog ni kan ada email saya. :P *tu pun kalo nak add la*.





13 comments:

Mama Qaseh said...

alahai lawa nyer kek..kalo saya x sampai hati nk mkn sbb lawa sgt..hahaha

Lady of Leisure said...

kak sue, terliur saya tengok laksa tu.. dah lama tak makan laksa utara.. :(
laksa kat kl ni kebanyakkannya tak memenuhi tekak orang perlis macam saya ni.. huhu..
umah kak sue kat mana, leh naik kuda, bestnya..

risa said...

nak kek...nak kek
sedap nye...
syafiah nengok je kek tu yer...
comel lah dia...rasa nak peluk jer

fiezaradzi said...

rumah akak kt ne ek..?lama ku teringin nak naik kuda tu...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

nengok laksa tu yang ghase nak buat niy... lama tul tak buat psal cik abe tk brp suke...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ter enter lak tadi..
sue..background tu cam kat umah ex-boz kita lar...kat saujana sg buloh resort... ye tak ?

kak Bib said...

cutenye Piah...tentu seronok Adam tu merasa horseback riding dgn mak ucu dia...nanti kami p sana nak bg kak Una plak naik kuda.

Bestnya laksa dia....sedap sgt nampak. Ada kek lagi...best sgt geng2 dia tu walau dok jauh2 tapi blh juga plan gathering sama2. Sebab awa yg dah stabil...mmg rmh awa la yg jadi tumpuan.

Seronok dgn keakraban dia org. Harap2 bila yg lain2 kawin nanti jgn plak buat senyap je pas tu...

Jiey^Mien said...

Jiey pun suka kek kat Kings.. =)

en_me said...

sonok nek kuda kannns.. ehehe, salammm

suealeen said...

Mama Qaseh:
Sampai hati sebab dah lapo!





Lady of Leisure:
Orang utara jugak! Good². Best ni. Padanlah rasa rapat je. Rumah akak kat Sg Buloh.




risa:
Saya bagi gak kek tu kat dia, kak. Bukan main bising mulut dia time makan.





fiezaradzi:
Rumah di Saujana Utama, Sg Buloh. Meh ler. Stable ni dekat dengan clubhouse. Kalo datang leh ler pi makan sekali.





a.z.r.i.n.a.03.07:
Tekak cik somi saya tu ma serba-serbi. Semua makanan dia sebat.





a.z.r.i.n.a.03.07:
Stable tu dalam Sg Buloh Country Resort. Developer yang sama je dengan Saujana Utama. Banyak tanah dia kat sini.





kak Bib:
Piah memang selalu cute.. Adam takut katanya tunggang kuda sebab kuda tu kan tinggi..

Dayah je tak dak sebab dia ada kat kg. Lain semua ada kat sini. Awal sem lagi pun. Kita pun bzbodi join depa sekali. Perasan muda la kononnya. Rasanya kalo Cda tak hilang kot sebab la ni pun depa dah latih si Faris tu join depa.





Jiey^Mien:
Banyak pilihan kan..





en_me:
Wahhhh... lama tak nampak! Rindu la pulok! Sanggup mencari daku hingga ke sini!

ita zakaria said...

sodap lak ai tgk menu2 tuh. kek tuh cam menariksss jerr. tang laksa, ita suke hirup kuah je...mee nye x makan. hehe...

suealeen said...

ita zakaria:
Makan laksa beras tu la sedap.. awat hirup kuah saja?

L@n@ said...

hu .. pagi2 dah tengok gambo kek.. tetibe lapo perut den.. nan ado.. kite nih pun dok dekat tak naik2 kuda tuh .. sue dah rm10 erkk.. wah sudah naik .. ari tuh tanye rm5.. boleh la nanti bawak insyirah naik sekali cari kuda yang kecit2 sikit .. ibu dia tumpang tengok jek, nak naik jgn harap.. takut seh..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin