Jul 13, 2009

Hari Ahad di hospital..

Maaflah.. tak update semalam. Tak sempat. Lagi pun telefon karat ni buat hal. Asyik tak bagi hantar gambar ke PC. Sudahnya saya hantar sekitar 2 pagi selepas saya ada mood untuk membetulkan blog i.e. 'read more' seorang sahabat jadi bercelaru disebabkan kesilapan kod html. Kadangkala kod html ni boleh jadi celaru kerana salah duduk. Saya betulkan tak lama. Yang lama menunggu mood baik telefon bimbit saya untuk menghantar gambar. Aduh.. bercinta dibuatnya!

Saya tak ingat saya tidur pukul berapa. Suami saya pun tak dapat tidur penangan air kopi. Sudahnya kami berborak. Borak pun dah ala² meroyan, merapik tak sudah. Maklum sajalah dah pukul 3-4 pagi. Saya katakan padanya, "Nanti esok mengantuk". "Saya cuti bersalin," katanya sambil gelak². Tapi dalam dok meroyan tu, sempat pula ajar dia menggunakan Facebook.

Semalam kami ke Hospital Kuala Lumpur. Oh, Syafiah tak sakit. Cuma tergerak hati melawat sahabatnya semasa di NICU, Hospital Sg Buloh di sana. Sahabat Syafiah ni namanya Sridar Rao berpenyakit congenital hydrocephalus dan spina bifida:




Mama Sridar : "Sel otak Sridar dah tinggal sikit kata doktor"
Sridar : "Tak pe la, Mama. Tuhan itu berkuasa. Janji saya masih boleh senyum dan ketawa"



Entah apalah yang dibahasakan oleh 2 orang kanak² ni? Mungkin:
Syafiah : "Macam kenal je kawan sorang ni?"
Sridar : "Syafiah, tengok la kepala kita ni ada duit syiling 50 sen"


Untuk mengenali spina bifida:

Sumber gambar dari sini.


Pembedahan Sridar kali ini adalah untuk meletakkan ommaya shunt, mengeluarkan VP shunt sediaada dan melakukan prosedur ETV (ia melibatkan satu pembedahan di mana satu lubang kecil dihasilkan di dalam ventrikel otak untuk membolehkan aliran CSF yang bebas).

Contoh gambar ommaya shunt:

Sumber gambar dari sini.


Rupanya anak rakan sekerja suami pun ada di situ. Anaknya juga pesakit hydrocephalus. Bukan congenital. Dia dilahirkan normal, akan tetapi telah mendapat demam yang amat panas ketika ibunya masih berpantang. Pakar membuat pemeriksaan dan mendapati bahawa kuman tersebut telah menjangkiti bahagian otaknya.

Dia juga baru selesai dibuat pembedahan lagi pada 4 Julai 2009.

Selesai menziarah, kami mencari tempat untuk solat Zuhur dan juga makan:


Gambar budak 2 orang ni je. Gambar makan tak de. Kami makan di Kg Baru. Terserempak dengan rakan lama yang kini berkerja di Petronas bersama dengan girl dia dan kawan² dia yang lain. Kami terserempak juga dengan Sasha Elite.

Selesai makan, mencari tempat membeli-belah pula. Sasaran - Giant KD:






Dalam segala kebisingan tu che' mek ni boleh pula layan mata.


Sampai di rumah kira² jam 7.30 malam. Rehat sekejap. Cuba hantar gambar (tapi tak berjaya). Sehinggalah melarut-larut ke pukul 3-4 pagi. Sekarang ni mata masih kelat. Terasa sangat mengantuk sekali.







p.s. : Thanks Mr Hubby for being such an understanding person!

7 comments:

Lady of Leisure said...

saye plak dah terlebih tido.. tapi masih ngantok.. jap lagi dah nak start masak.. camno ni kak sue? hehe

Intan @ mama ammar said...

Giant KD best kan Sue? Nanti aku update pulak aktiviti weekend kami...

Jiey^Mien said...

cuak jer baca tajuk tu..
Harap2, Sridar Rao pulih sepenuhnya nanti.. =)

Sue.Aleen said...

Lady of Leisure:
Kenapa kalo terlebih tido selalu ngantuk ye? Lebih plak tu. Akak pun selalu camtu.





Intan @ mama ammar:
Aku semalam tertanya-tanya, "Tak dak chance ka nak jumpak dengan Intan ni?". Daku sesungguhnya mengharap..





Jiey^Mien:
Tajuk kena gempak.. hehehe... InsyaAllah..

Kujie said...

ramainya yg terserempak...hehe

bila kita pula nk terserempak

Dayah @ Real Ummu said...

tak sanggup saya minum kopi di waktu malam kerana sudah pasti mata saya akan galak...dan esoknya mcm kaksue kata 'cuti bersalin'..tak mampu nak buat apa...mahu ku tidoq sampai tghari

bagus kaksue, ziarah menziarah sesama insan..saling beri semgt antara satu sama lain

Sue.Aleen said...

Kujie:
InsyaAllah suatu hari nanti. Kita ni entah²nya pernah selisih bahu tapi tak tahu kan..





Dayah:
Adik akak kalo minum kopi lagi mengantuk. Camne tu?

Ramai kawan seangkatan. Kadang rindu. Tu sebab pergi ziarah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin