Jul 11, 2009

Kenapa ye?

Kenapa ye? Dah dua malam saya asyik mimpi je. Oh.. bukan mimpi buruk.. Bukan mimpi pasal anak², suami atau keluarga. Tapi mimpi pasal blogger!

Khamis malam Jumaat mimpi pasal Kak Rina & keluarga. Saya dah tak ingat butirannya. Tapi yang masih saya ingat dalam scene tu ada Sofie dan kak Rina.


Gambar cilok dari blog kak Rina.


Yang pakai baju merah tu Maya (kiri sekali), merupakan anak kak Rina yang ketiga. Maya pernah bagi topi pada Syafiah *thanks*. Dia belajar di Korea. Yang berbaju hijau tu Sofie (kanan sekali). Anak kedua kak Rina. Sofie belajar di Ukraine. Dia orang tengah cuti belajar sekarang ni. Kak Rina pula sedang memegang bayi. Oh bayi tu bukan anak dia ye.. Kak Rina ni dah ada cucu sorang namanya Uzair. Saya rasa rapat dengan kak Rina sebab anak pertamanya - Zaid dilahirkan sebagai bayi pramatang. Dan juga dia antara orang yang selalu jejak blog TYMB saya dan meletakkan komen dari awal tahun 2008 lagi kalo tak silap. Kak Rina ni banyak memberikan saya inspirasi dalam hal mendidik anak hingga anak²nya berjaya.

Malam semalam saya bermimpi ada suara mengatakan saya belum buat tag dia. Siapa ye? Pagi ni bila bangun, on PC dan internet, terus pula dapat tag dari Dayah. So, suara Dayah la kot. Suara tu suara lelaki pun bukan, suara perempuan pun bukan. Nyah lagi la bukan youuu! Adakah daku memanggil-manggil tag kengkawan.. duhhh!

Nak kata saya teringat pasal blog sangat tak pun. Tegar sangatkah saya berblog sampai alam blog ni boleh masuk dalam mimpi? Hish! Dahsyat kan penangannya...







p.s. : Dua tiga menjak ni dok sebut pasal char koay teow. Satgi char koay teow plak masuk dalam mimpi.. Untuk kengkawan blogger yang belum masuk dalam mimpi, sila tunggu giliran anda ye.. hahahaha!

11 comments:

sya said...

wah, memang blogger tegar ni sampai bawa dalam mimpi.. hahahaha...

atau, adakah itu petanda kena buat gathering? supaya boleh jumpa dengan blogger2 yang lain? :P

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

tegar sangat gitu.. Jangan sue,nanti berjangkit lar.. risau gak ni..sejak dah pandai berblog nie ari2 ingat nak post ape...

miela77 said...

Amboi2...berbloging sampai termimpi2...bahaya nieh..

Intan @ mama ammar said...

how about me? tak termimpi ke? zassss

Kerikil Kehidupan said...

Ish..bahaya nie..akak sue tak mimpi ker? Akak pulak mimpi nak buat smash potato mcm sue buat tu..

azizwan(dot)com said...

haha.. kalau dah blog pun boleh masuk dlm mimpi, mknanya blogger tegar la tu. huhu..

Dayah said...

NI BLOGGER TEGAR TAHAP DEWA NI..SIAP MASUK MIMPI...HEHEH

Annsyifa said...

hebat penangan blog..!
sampai ke alam mimpi..

suealeen said...

sya:
Gathering? Erkkk.. seram sejuk tengok perkataan ni.





a.z.r.i.n.a.03.07:
Jangkit? Cepat²lah carikan ubat. Merana nanti.. hehehe. said...





miela77:
Tak nak masuk dalam mimpi saya ke?





Intan @ mama ammar:
Intan, hang kena tunggu turn.





Kerikil Kehidupan:
Tu ala² nak jangkit juga la tu kan..





azizwan(dot)com:
Power jugak blogging ni kan..





Dayah:
Tahap dewataraya dah ni!





Annsyifa:
Blog ni power tau.. kalo yang dah rapat tu sampai bleh pi cari rakan blogger. Menemukan insan² yang tidak dikenali. Best gitu.

Jiey^Mien said...

Fuiyoo.. Sampai terbawak2 dlm mimpi tuh.. :P

Bila nk mimpi jiey nih??

suealeen said...

Jiey^Mien:
Tungguuuuuu!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin