Aug 6, 2009

Ku bahagia...


Gambar kredit kepada Dari Hawa ke Hawa.

Semasa solat berjemaah, datang si anak masbuk seorang di sisi ibu, seorang lagi di sisi si ayah. Seusai solat kedua-duanya menunggu dengan sabar sampai si ayah berdoa dan mengaminkan doa tersebut.

Anak pertama lantas terus menyambut tangan si ayah dan berkata tanpa rasa gusar, "M buat salah, buat bising, conteng dinding, bagi tumpah air, bagi selerak rumah, main air. M mintak ampun, mintak maaf. M sayang ayah." Lantas terus mencium tangan ayah, memeluk serta mencium kedua-dua pipinya.

Manakala anak kedua dalam masa yang sama mencari si ibu dan mengucapkan perkara serupa. Dia memandang wajah si ibu dengan tenang dan berkata sama seperti si anak pertama. Cuma ada sedikit lebih. "... berak dalam pampers, kencing atas lantai. A mintak ampun, mintak maaf. A sayang sangat kat ibu". Lantas terus mencium dan memeluk si ibu.

Bila diminta berbuat perkara yang serupa pada si ayah, si anak kedua teragak-agak. Tapi dia masih mencium tangan dan pipi si ayah. Tak apalah.

Kini tiba giliran si ibu bersalam dengan si ayah. Si ibu pun menyebut, "Saya minta ampun dan maaf dari abang kalau saya ada buat silap secara nyata dan tersembunyi." Si ibu juga menyebut kesalahan²nya. Kedua-dua anak sekali-sekala menyampuk - ibu tak masak, tak basuh baju, tak basuh pinggan, tak sikat rambut dan lain². Si ibu tergelak kecil. Terkesima tapi dalam masa hati tercuit dengan tingkah laku anak². Sesungguhnya mereka memerhati dengan teliti. Si ayah juga tersenyum dan memaafkan kesalahan si ibu lantas mencium pipi dan dahi isterinya.


Kisah ini kisah kami semalam dan hari sebelumnya. Hahaha... kelakar beb bila sampai bab anak menyelit ucapan saya tu. Hati tersentuh dan rasa sungguh bahagia. Nak malu apa. Ucapan si anak mungkin saja peringatan dari Dia.

Dan juga bila anak berterus-terang tanpa rasa ragu itu menunjukkan bahawa mereka letakkan kepercayaan pada kedua ibu bapa. Mereka percaya bahawa kami tidak akan marah sekiranya mereka berlaku jujur. Moga mereka akan terus percayakan kami, insyaAllah.


Dan moga Syafiah pun akan melakukan perkara serupa bila dia besar nanti.








p.s.. : Teruk betul saya ni jadi seorang ibu kan... Hari ni terus berazam untuk jadi wanita terbaik dalam rumahtangga. Sungguh saya memerlukan anjakan paradigma.

12 comments:

UmmiKhayra said...

Salam...
Lama tak menjengah... heheheh cantik rumah baru ni :)

Insyaallah, kalau kita percaya dengan anak kita, anak kita pun pasti akan percaya dengan kita kan?

Macam mana la nanti kalau Khayra dah pandai cakap and komplen2 ummi dia nih... :D

Unknown said...

Aduhh...meleleh air mata baca...syahdunya hati...itulah erti bahagia yg sebenar2nya...kalaula akak dapat buat cam tu...ni nak solat ngan anak2 pun tak sempat...akak solat, kak long tgk adik, dia solat sendirian...akak sempat pantau jer dan betulkan bacaan...hubby???...jarang sgt ada bersama, paling awal sampai rmh 10 malam..weekend pun kejer...

Tahniah sue...akak jeles la...

Cikpid said...

hehehehe..comel laa diorang ni..

sy gelak bab diorang nyampuk psl tak sikat rambut..hehehhehe...sikat rmbut pon nk ngadu yer..

mirah said...

oh moga bertambah kebahagiaan k sue. Amin.
Bila kami baca yasin berjemaah mlm td, si kakak dan si adik pun turut sama pegang surah yasin, siap si kakak ikut kami baca tapi tahan beberapa ayat je lah, pastu lari buat perkara lain.
Penat sungguh rasa skrg ni, minda dan badan kerana tepu di induksi dan pening di pejabat. Heheh.. :)

Anonymous said...

Klu betul time, sonok melayan anak2 yg suka menyampuk ni .. :). Anak kecik akak yg darjah 1 tu, mmg la hobi dia menyampuk ckp org :P

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

dah lumrah anak-anak camtu agaknyer kan ?
Anak-anak sya pun camtu gak tapi mungkin laser sket kot...pasal influence dr kengkawan kat nursery.. tak boley nak wat pape..

Lady of Leisure said...

hehe.. so cute..
sama2 lah kita berusaha untuk menjadi ibu, isteri dan insan yg lebih baik insyaAllah..

fisa othman said...

sungguh bahagia biler mmbaca kisah anak2 sue...how sweet diorng nie yer..ku tumpang bahagia..;)

Dayah @ Real Ummu said...

bahagianya...pandai anak2 kak sue..

Sue.Aleen said...

UmmiKhayra:
Tunggulah sampai si Khayra tu pandai bercakap.. mesti unpredictable je dia punya words.

Rajin² jengah la selalu teratak hamba ini.





Kerikil Kehidupan:
Ala kak jangan la nangis. Saya pun risau ni kalo tak istiqamah.





Cikpid:
Yang tu paling akak tak tahan sekali. Gelak je memanjang.





mirah:
Banyak sangat fikirnya ni.. rehat la sekali-sekala. Takat duduk sebentar pun rasanya ok kot.





Ms Diamond:
Pastu mulut tu bukan main cam bertih jagung lagi bunyinya. Tapi kalo tak de mood sekupang pun tak laku.





a.z.r.i.n.a.03.07:
Lelaki dengan pompuan ni ada beza sket bab melaser ni gamaknya. Tapi tak tahulah ke depan ni.





Lady of Leisure:
InsyaAllah.. peringatan tak langsung dari-Nya tu.





fisa:
Macam² perangai dia orang ni. Time comel tu comellah. Ada gak time tak comelnya.





Dayah:
Buat perangai pun pandai jugak.

sya said...

anak2 gurau je tu kut... :)

best kan bila dapat sembahyang jemaah sama2.. hari ni, darwisy baru tau tiru angkat takbir dan sujud.. walaupun dia belum faham, itu pun dah mengujakan saya.. apa lagi boleh ikut solat macam anak2 kak sue.. :D

Sue.Aleen said...

sya:
Dia orang pun tak pandai recite lagi, sya. Cuma suka mengikut.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin