Aug 13, 2009

Menitis air mata...

Dapat tahu satu berita tak menyenangkan pagi ini. Berita kehilangan seseorang yang saya minati suaranya sejak zaman nasyid Nadamurni lagi. Iaitulah Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani).

Jujurnya saya menitiskan air mata. Padanlah mood saya tak berapa baik sejak akhir² ni. Ada kehilangan yang bakal berlaku. Jika ramai orang membesar dengan lagu Michael Jackson (Mikail insyaAllah), saya membesar dengan lagu² Allahyarham.

Saya tidak mengenali Allahyarham secara peribadi tapi pernah bertemunya secara live pada tahun 2007. Bertemu dengannya di sebuah kedai milik Ustaz Amal yang tinggal setaman dengan kami. Entah apa urusannya, wallahu'alam. Orangnya kelihatan begitu sederhana sekali. Malah seringkali senyum.

Al-Fatihah untuknya. Moga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dirahmati Allah swt hendaknya. Moga usahanya diganjari Allah swt. Antara lagunya yang menginsafkan adalah Munajat, dan tak terkecuali paling saya gemari adalah Bidadari dan Epik (dan banyak lagilah):



Allahyarham pergi dalam usia yang amat muda. Mengingatkan saya, kematian itu tidak mengenal usia. Adakah kita bersedia?







11 comments:

Lady of Leisure said...

alfatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..
takziah jugak kepada familynya..
:(

Ummi Hanie said...

salam...
innalillah...sy dgr berita ni dr blog akk . belum dgr lagi d corong2radio atau tv..semga rohnya dicucuri rahmat Allah..dan segala prjuangannya menyebarkn dakwah melalui medium nasyid diterima olehNya ...

Sue.Aleen said...

Lady of Leisure:
Al-Fatihah.





Ummi Hanie:
Surf je kat net. Akak dapat pun dari Harakah.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Al-fatihah buat beliau. saya selalu dengar azan ngan zikir dari arwah kat Oasis..

Mr$ hErMaNN said...

innalillah....
dari Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.....
alfateehah untuk allahyarham....

FiEza_HaMiD said...

saya pun suka sangat dengan lagu2 dari rabbani..kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat.saya pun terkejut dengar tentang pemergiaan allahyarham..allah lebih sayangkan dia daripada kita..al fatihah

Anonymous said...

salam sue...lama tak dengar berita....

Semuanya menjadi pengajaran kepada kita betapa kehidupan ini akan berakhir jua pada saat dan ketika yang ditentukan Allah...Bila??? tak seorang dari kita yang mengetahuinya...Cuma kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa bersedia...jauhkan diri dari maksiat...sentiasa beramal soleh...
Insya Allah...

Lady of Leisure said...

Ya Allah sedihnya.. baru tgk berita tv3 tadi.. depa tunjuk keadaan dia masa dia baru rebah n tak sedarkan diri tu.. depa dok kipas2 dia n terus usung dia bawak ke hospital..
sedihnya..
kesian tgk isteri n anak2 dia..
:-(

ummuabdullahsyaakir said...

Salam kak..moga akk sefamily sht n ceria selalu...innaliillah wainnailaihi raji'un..Moga rohnya ditempatkn diklngn org2 beriman.Terkejut saya bila tau ustz Asri meninggal...saya pun pmint lagu2 Rabbani...suara arwah..sedap n tak bosan dengar.

Betul,kak..mati xkenal usia...eem mgkn 1hari nnt gilirn kita pula.

azizwan(dot)com said...

innaliillah wainnailaihi raji'un

aku memang tertarik dgn ‘kesedapan’ suara allahyarham lg2 suara laungan azan beliau yg di’gunakan utk azan kt tv tu..

apa2 pun, Al-fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin..

http://www.zonartis.com/terkini-ustaz-asri-disahkan-meninggal-dunia/

*mungkinkah esok giliran kita pula?

Sue.Aleen said...

a.z.r.i.n.a.03.07:
Suara dia mampu membuatkan orang terpukau & mendengar. Takkan ada galang gantinya.





Mr$ hErMaNN:
Al-Fatihah.. I’m sure I’ll miss him.





MrS.FaDiR:
Allah swt juga sayangkan kita dengan meminjamkan usia lagi supaya kita bertaubat dan bertaqarrub kepadaNya.





ummunaufal44:
Manusia ni bersifat lemah. Kadangkala dalam beringat pun tetap boleh alpha.





Lady of Leisure:
Kalo tengok wajah dia masa dah dikafankan lagi menginsafkan. Seolah dia macam tidur je. Sedihnya akak sampai ke hari ni.





ummuabdullahsyaakir:
Such a big loss! Itu yang akak rasa tentang pemergian Ustaz Asri ni.





azizwan(dot)com:
Al-Fatihah. Definitely suaranya the one and only. Sebutan Arabnya sangat aku sukai. Masuk alam baqa pun malam Jumaat. Semoga dia lebih bahagia di sana.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin