Aug 28, 2009

Syafiah ke hospital...

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada kawan² yang setia bertanya di mana kami. Ke mana kami sepanjang saya on hiatus mode terhadap blog ini malah blog² yang lain. Saya tidak ke mana. Internet ok. Idea banyak. Cuma saya M untuk menaip sebab idea tu terlalu mencurah sehingga sudahnya tercurah ke ladang gandum kekdahnya (di Farm Town tak tanam gandum pun.. huhu!). Saya dan keluarga sihat alhamdulillah.. cuma.... keadaan Syafiah agak merisaukan.

Semalam Syafiah telah dibawa ke DEMC. Dia demam panas dah 2 hari, batuk dan selsema. Semalam x-ray dada. Ada sedikit infection di paru² sebelah kanan yang mana tidak pernah berlaku sebelum ini. Pulang ke rumah jam 12 malam dengan segala macam jenis ubat termasuk Fluhalt pills (oseltamivir/anti viral for swine flu) + simplex, ventolin (salbutamol) (cough/batuk), zithromax (antibiotics), parmol/paracetamol, mucoflux (mucus/kahak) & clarityne (flu/selsema). Apa pun alhamdulillah, shunt masih dalam keadaan baik cuma dia dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

Jika di hospital kerajaan Fluhalt pills adalah percuma, sementara itu jika di swasta yang dilantik oleh kerajaan dikenakan bayaran lebih kurang RM80. DEMC tidak termasuk dalam senarai hospital swasta yang dilantik. Maka harganya adalah RM180. Namun saya tahu syarikat suami akan sentiasa bermurah hati. :)

Sempat menjeling ke dinding DEMC. DEMC akan berpindah ke Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, Shah Alam menjelang Mac 2010. Antara seksyen yang paling accessible dan strategik. Suami sempat bergurau, "Tunggu sampai DEMC pindah lokasi baru plan tentang anak. Nanti anak boleh lahir kat tempat baru". Ha'ah, yelah...

Pada mulanya Syafiah diperiksa oleh pegawai perubatan biasa. Tapi kemudiannya dia dirujuk pada Dr. Roliza. Dia sempat bertanya tentang Mastura dan Adam yang ditinggalkan bersama Achu mereka semalam. Dia boleh dianggap sebagai doktor kepada semua anak kami. Malah boleh mengingati mereka secara terperinci. Appointment untuk membawa Syafiah ke DEMC semula adalah pada minggu depan untuk melihat perkembangan dan keadaannya.

Gambar terbaru tunggu....






23 comments:

azura said...

semoga syafiah cepat sembuh :)

akak raya mana tahun ni? insyaallah bleh dtg beraya umah akak nnti, saya dh tau jln short cut ker saujana utama dari subang bestari..dekat saja!eh..saya dah duk subang bestari skarg :p

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

moga Syafiah segera sembuh..seriau bila saya baca tajuk n3 niy tadi..

plan-jangan tak plan...
biar macam paku bersusun kata orang2 tua ..hehehe

Diver Mom said...

semoga syafiah sembuh! amin..

Farah said...

semoga cepat sihat k syafiah!

fisa othman said...

errrmmmm no wonder la...
ku doa kn syafiah cpt sembuh...

Annsyifa said...

kesian syafiah..
semoga syafiah cepat sembuh dan dirahmati Allah selalu..amin

wah..kak sue..
nak 'rasmikan' DEMC baru nanti ea..
hehe...

Anonymous said...

Thinking of you all and hope she is better soon.

Intan @ mama ammar said...

Aku doakan Syafiah cepat sembuh. Wafiy pun tak berapa sihat..

mirah said...

moga syafiah cepat sembuh dan kembali ceria..
take care k sue.. dan selamat berpuasa.

KELLY910 said...

salam sifu suealeen..
kelly doakan syafiah cepat sihat..
and i know she will..
sabar ye sifu..

Christina Arissa said...

Salam Sue..
Aris doakan Semoga safiyah cepat sembuh danboleh tersenyum comel semula.
Jumpa dr roliza yer..
Ayip pun follow up ngan dia.
Such a sweet and nice doctor.

Wina Momma S and S said...

patutlah lama menghilang kak sue..

moga² syafiah sihat² selalu..insyallah

fieza said...

moga syafiah sihat hendaknya.. amin.. kita doakan yg terbaik utk kita semua.. amin,..

Jiey^Mien said...

ada rupanya kakak ku ini..
ingt nk sms tanya gi mn, tp takut busy cam dulu..
=)

apa2 pun, auntie harap, syafiah cepat sembuh yea..

Lady of Leisure said...

salam kak sue,
patut lama tak nampak kak sue, esp kat ratu hati.. ingatkan ke mana lah sifu kita menghilang, ramai yg nak tanya pasal blog kat thread tu n ramai gak la kene jadik bidan terjun.. hehehe...

walau apa pun, lady doakan semoga syafiah sembuh.. my prayers will always be with u..
hugs and kisses for dear syafiah..
:)

Yasmin Nabilah.. said...

Patutla sepi je..rupanya syafiah tak sihat..aduhai kesiannnya..Ian doakan syafiah cepat2 sembuh..banyaknyer ubat..huhu..sabar yek kak Sue..

DeLLa said...

lama tau tggu kak sue update blog...rindu ngan cik syafiah yg putih tu..dear syafiah...be strong ok..YAKIN sgt syafiah KUAT!!!cepat sembuh ye sayang..

Dayah @ Real Ummu said...

akhirnya muncul jugak..saya doakan Syafiah , Kaksue sekeluarga sihat2 saja ya..

♥mrs.azad said...

Kak Sue, sy doakan kak sue dan keluarga esp syafiah sehat selalu..amin...cepat sembuh ye sayang...

asniza said...

akhirnya sue berbunyi juga (selain FB)...

semoga syafiah diberi sembuh cepat...

Anonymous said...

get well soon lil princess!!

l i e y n said...

get well soon dear syafiah....

Sue.Aleen said...

azura:
Wah.. tu projek syarikat husband tu. Shortcut tu lalu Merbau Sempak. Kita orang selalu lalu jalan tu.





a.z.r.i.n.a.03.07:
Hehehe.. tak tau la nak susun sampai berapa..





Zuhaini:
Amin.. doa makbul!





Farah:
Alhamdulillah dah sihat..





fisa:
Nak online tu malas sama tambah nak klik kat ‘blog’. Teruk kan..





Annsyifa:
Harus kena sediakan wangnya siap². Maklumlah bangunan baru, rega pun mesti baru punya.





Sarah:
Glad that she’s recovering now. Only left mucus and cough.





Intan @ mama ammar:
Memang musim sakit. Hopefully bukan swine flu la.





mirah:
Hari 1st demam dia mandom! Senyap je. Hari ke-2 pun camtu. Tido je kejenya. Seriau ooo..





kelly910:
Alhamdulillah kini dia makin sihat. Timbang pun naik.





Christina Arissa:
Tiga² anak memang dia yang sambut lepas disambut gynae. Mungkin dengan Syafiah sentimental valuenya lagi lebih sebab dia sendiri yang hantar Syafiah ke HSB.





wina:
Lama menghilang tu sekali dengan penyakit M sekali..





fiezaradzi:
Doakan yang baik² je. Semoga pandemic ni akan segera berakhir.





Jiey^Mien:
Bz mendenye Jiey oii.. mengada membzkan diri je. Padahal keja hapa pun tarak.





Lady of Leisure:
Ada gak akak jenguk sekali thread tu. Dah leh ganti tempat dah kalo akak tak dak.





Noina:
Ubat dibagi cam tak hengat kannn..





DeLLa:
Cik Syafiah melasak je sekang ni. Entah kalo dapat kaki lagi jauh dia jalan.





Dayah:
Alhamdulillah akak dan keluarga sihat je. Syafiah pun makin sihat, makin berat.





♥mrs.azad:
Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik.





asniza:
FB tu senang sket nak berbunyi.. semua orang bleh baca note yang kita tinggal.





Mama-Miya a.k.a MiuMiu a.k.a "Jedi Hopeful":
Thanks Auntie MiuMiu (sounds cute.. hehe!).





l i e y n:
Thanks Lieyn.. Alhamdulillah dah sihat sket.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin