Mar 8, 2010

Fraser's Hill

Entah kenapa kami sekeluarga sangat menggemari suasana di Fraser's Hill @ Bukit Fraser. Bagi seseorang yang sukakan kedamaian dan keadaan terpencil, di sinilah tempat kami suka melarikan diri. Mungkin saja kerana lokasinya yang dekat dari Lembah Klang.

Baru² ini ketika Tahun Baru Cina kami berkesempatan ke sana lagi selepas kunjungan terakhir pada tahun 2008. Ketika itu Puncak Inn masih dalam pembinaan semula (reconstruction). Pada tahun 2007, 2 kali kami ke sana. Sungguh... hati kami sangat dekat dengan Fraser's Hill.

Antara gambar yang sempat diambil:





















Ketika saya menulis entry ini, hati begitu meluap untuk ke sana lagi. Tak sabar rasanya menunggu cuti yang sedikit panjang untuk menziarahi Fraser's Hill.

Jika diceritakan bagaimana detik pertama kali kami ke sana, ia agak melucukan. Ia sesuatu yang tidak dirancang. Hanya berbekalkan baju sehelai sepinggang kami ke Pertak untuk bermandi-manda. Tapi suami terus memandu. Kebetulan ketika memandu di Pertak, hujan lebat turun di kawasan tersebut. Bekalan untuk dimakan di Pertak, kami makan di Fraser's Hill, yang dalam tempoh yang sama hujan juga. Malas untuk turun, kami terus tidur di sana. :)







10 comments:

s4m said...

nmpk best btul pmandangan kt sne!
ntah ble la leh smpai sne..

suealeen said...

s4m:
Nampak best, pergi pun best. Tapi kalo tak berapa suka sunyi, tempat ni tak sesuai. :P

mirah said...

wah bestnya! dah lama plan nak pergi, tp asyik tak jadi je. K sue stay kat puncak inn tu ke?

eh kenapa gambar k sue takde..:)

sue79 said...

hmm.. seronoknya cik pia bercuti eik?
saya suka tempat2 yg macam ni..
tp takleh wat ape..
kewangan kami tidak mengizinkan utk pergi bercuti..

| Krsty Pinky | said...

perghh..tu ke bilik puncak inn?
serius cantik!
ni tringin nk g ni..
sha 1st time pegi hr tu,dia dh jth hati kt sana..
hhuhuhu..
bp 1 mlm eks?

ApasH said...

kak sue,

saya pon ske suasana Fraser hill. Pernah ke sana sekali tahun 2006 kot. Mmg terasa nak sangat ke sana..tapi mengenangkan keadaan jalannya..rasa mcm x sanggup. Dulu masa pergi punya le seksa tahan muntah..

fisa othman said...

lom pernah sampai lagi ke Fraser Hill...uhukss...

suealeen said...

mirah:
Stay kat Puncak Inn la. Nape gambar tak de? Dah memang trademark! Hehehe...





sue79:
Kami pun takle mewah sangat tapi tak nak mengalah... hehehe...





| Krsty Pinky |:
Dulu Puncak Inn tu gile buruk. Sekang cunnnn sebab dia ala² Inggeris.

Hari tu pergi time peak season (CNY) family room RM185.





ApasH:
Kita orang berempat (termasuk Syafiah) tahan muntah. Tapi si kakak dok asyik uwekk je sepanjang naik. Tapi nak naik tu tak sejauh mendaki Cameron Highlands la. FH ni pendek sket.





fisa othman:
Pergilah, kak Fisa. Dekat je pun. Seronok kat sana. Damai je.

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

eh cantik gak accomodation dia..cam selesa gak eek?

suealeen said...

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya:
You would not believe the previous condition. Macam langit dengan bumi. Memang sangat selesa.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin