Mar 15, 2010

Inspirasi...



Kadangkala bila memikirkan tentang perkembangan Syafiah saya berasa sedikit gusar. Tambah pula lagi bila melihat ada anak lain yang perkembangannya amat pesat dalam tempoh beberapa bulan. Suami saya juga agak supportive dalam hal ini. "Mungkin belum tiba masanya. Dia tengah absorb tu". Kata² yang mendamaikan dan menenangkan.

Adakalanya berasa sedikit rendah diri apatah lagi saya hanyalah ibu yang berada sepenuh masanya di rumah. Anak masih belum mencapai tahap yang sepatutnya. Sedangkan ada ibu yang berkerja tapi si anak boleh mencapai tahap perkembangan yang seterusnya. Namun perasaan ini akan hilang bila saya memikirkan punca kelewatan tersebut dan juga sentiasa memujuk hati dengan kisah² inspirasi yang berlaku di sekitar kami.

Perkembangan Syafiah agak lewat disebabkan oleh beberapa perkara. Perkara utamanya adalah pandangan matanya terhijab. Sehingga kini masih kabur. Tidak seperti kita yang normal, otak Syafiah memproses sesuatu maklumat hanya berpandukan kepada pendengaran dan deria sentuhan tanpa dapat melihat dengan sempurna. Contohnya untuk duduk. Dia tidak tahu bagaimana untuk melakukannya disebabkan oleh dia tidak dapat melihat aktiviti tersebut. Pakar memberikan harapan bahawa perkembangan matanya akan selari dengan perkembangan fizikalnya. Namun begitu, Syafiah juga mempunyai kekuatan tersendiri. Kekuatan Syafiah ini terletak pada pendengarannya. Dan di sinilah kami fokuskan untuk didorong perkembangannya.

Ada satu kisah inspirasi yang saya ingin kongsikan. Kisah² sebeginilah yang meyakinkan saya bahawa selewat mana pun perkembangan anak² seperti Syafiah pasti akan ada sesuatu yang sedang dan bakal berlaku suatu hari nanti.

Satu kisah yang benar² memberikan inspirasi kepada saya adalah kisah kawan kakak saya yang sulong. Anaknya juga berkeadaan seperti Syafiah. Lama dia begitu. Sehingga mencecah ke usia 10 tahun masih dimandikan oleh si ibu dengan cara mengikatnya ke badan si ibu. Namun kini dia adalah salah seorang pelajar di sekolah tahfiz. Seperti yang kita tahu bahawa untuk menjadi seorang tahfiz, daya ingatan perlulah kuat. Untuk seorang 'hydrocephalic' menghafal dan mengingat seperti seakan-akan mustahil. Tapi ini tidak berlaku pada anak itu seperti apa yang kita fikirkan.

Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Yang mampu kami lakukan adalah berusaha walau pun mungkin pada pandangan sesetengah orang usaha kami tidak segah mana. Mungkin kisah kami tidak sehebat kisah lain. Walau apa pun keputusan Allah swt di akhirnya nanti, kami akan tetap menerima dengan hati yang terbuka kerana sesungguhnya kehidupan yang terbentang di hadapan ini adalah terlalu singkat.






8 comments:

fisa othman said...

insya allah fisa yakin syafiah akan berjaya 1 hari nanti...

classy babydoll said...

Syafiah comel sgt..
syafiah mst boleh..

Yasmin Nabilah.. said...

Betul kak..Nabila pun sama.. Agak gusar bila memikirkan perkembangan Nabila agak lambat jugak. Lagi2 ina kerja. Kdg2 takde masa nak buat exercise bila dah penat pulang dari pejabat.huhu..

Kalau la mata Nabila ngan Syafiah ok..alangkah bahagianya.. :)

mirah said...

jangan berhenti berharap ya k sue..

knv said...

sue kita hanya buat apa yang kita boleh. selebihnya serah pada allah. no matter how it ends, allah knows best. semoga syafiah membesar jadi manusia berjaya dunia akhirat.

Sue.Aleen said...

fisa othman:
InsyaAllah...





classy babydoll:
Mesti boleh.. go go chaiyok!





Noina:
Betul kan, Ina. Akak doakan dia orang berdua ni dibukakan hijab pandangan mata masing².





mirah:
Tak pernah berhenti berharap lagi. Tapi hati lemah ni biasa la ada bisikan² halus.





knv:
Thanks for the prayer. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Lady of Leisure said...

salam kak sue, lambat skit takpe kak, as long ada peningkatan... kita beri sedikit masa untuk syafiah dan sama2 doakan, insyaAllah Syafiah boleh..

Sue.Aleen said...

Lady of Leisure:
Kekadang kan, Lady... bila tak de peningkatan tu yang menyebabkan hati jadi lara tu. Tambah kalo ada bisikan syaitan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin