May 16, 2010

Guru O Guru

Guru O Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

~USMAN AWANG ~
1979


Tiada Guru paling Utama selain daripadaNya. Moga Dia memberikan hidayah kepada kita semua. Selawat dan salam juga kepada para Rasul yang membawa risalah kebenaran di atas muka bumi ini terutamanya Nabi Muhammad s.a.w. Juga kepada para ulama, para ustaz secara langsung mahu pun secara tidak langsung.

Antara cikgu yang masih saya ingati - cikgu Salamiah (tadika). Cikgu Samsuddin, cikgu Ayub, cikgu Mohammad bin Badon, cikgu Phoon, ustaz Jamaluddin dan lain². Antara cikgu² sekolah rendah.

Cikgu Norhayati Dahalan, cikgu Rosli Ahmad Shairazi, cikgu Ibrahim, cikgu Rokiah, cikgu S. Rohana, cikgu Dahlia, ustaz Hassan Abrar, cikgu Shafie, cikgu Noriza, cikgu Hanim Saad, cikgu Shukor, cikgu Chong Nee Kim, cikgu Mazni, mendiang cikgu Lee Chuan Hooi dan lain². Antara cikgu² sekolah menengah.

Puan Salehaton Hussain Sazaly, Puan Hadjar, Encik Zakaria, Puan Saniah, Encik Rosmin, Encik Ahmad Fuzi, Puan Fairuz (saya suka lepak dengan puan), Encik Yusof, etc. Juga para bos² yang tak jemu mengajar saya - En. Bakarang Riuk, Mr. Leong Chee Keong, Puan Norasyikin, Mr. Chew, etc.

Tak lupa juga untuk guru² di kalangan keluarga dan kawan² (walau pun setakat mengajar sebaris ayat) - mak, ayah, kakak², suami dan anak² terutamanya Syafiah yang mengajar tentang erti kehidupan dan kesabaran. Terima kasih untuk kalian semua. Tidak terbalas budi kecuali dengan iringan doa moga apa yang disampaikan diberkati dan diredhaiNya dan dipanjangkan ke generasi seterusnya, insyaAllah.

Begitu juga buat kawan² yang kini menggalas tugas mulia ini. Juga buat guru kepada anak² kami sekarang dan juga masa akan datang.

"You cannot teach a man anything; you can only help him find it within himself" - Galielo Galilei.

Sejarah wujudnya Hari Guru di Malaysia:

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Sumber sila rujuk sini. Sambutan hari guru setiap negara adalah berbeza mengikut tradisi dan sebab tertentu. Contohnya di India, Hari Guru disambut pada September 5, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal.







3 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

suka baca setiap post akak. banyak terselit panduna dan info...

ayukhairy said...

salam ziarah kak sue... ayu pun suka baca blog akak..penuh dgn sumber ilmu..

Sue.Aleen said...

Naimatul Hafizah Nor Rodin:
Thanks. Personal opinion, I think that's how a blog should be.





ayu:
Wsalam Ayu. Terima kasih sebab sudi ziarah dan baca entry yang tak seberapa.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin