Oct 25, 2010

Pengalaman hamil yang eksklusif


Gambar ihsan dari Google.


Saya seorang ibu dan isteri yang menganggap pengalaman mengandung itu sesuatu yang sangat ekslusif untuk kami berdua. Semasa saya mengandungkan ketiga-tiga anak kami, saya lebih banyak mendiamkan diri sehinggalah saat kandungan saya mencecah 6 bulan, di mana perkembangan fizikal saya akan naik mendadak. Itu pun hanya di perut. Di tempat lain perkembangan ini akan kekal seperti selalu. Bulan-bulan di antara 6-9 bulan itu, perut saya akan membesar seakan belon yang ditiup. Menunggu masa untuk pecah.

Hakikatnya saya amat gembira mengetahui saya mengandung. Saya teruja untuk melaluinya pengalamannya. Namun saya tidak teruja untuk berkongsi detik itu dengan sesiapa jua kecuali suami saya. Kerana bagi saya ia suatu pengalaman yang sangat EKSLUSIF untuk kami berdua. Ya... ketiga-tiga anak saya hamil dalam diam tanpa sebarang hebahan walau pun pada ahli keluarga terdekat termasuk mak mahu pun ibu mertua. Saya sangat-sangat menjaga hati-hati lain yang masih belum dikurniakan zuriat (semasa saya mengandung 2 anak pertama, kakak ipar saya masih belum berkahwin dan adik saya sendiri setelah berkahwin 3 tahun masih belum dikurniakan zuriat). Itulah realitinya.

Saya masih ingat ketika hamil kali pertama. Saya adalah menantu yang pertama. Dengan status saya seorang perempuan, saya sering ditanya atau dikias, "Mak dulu inai masih merah dijari dah ada isi". Namun saya diam membatu walau pun ketika itu saya juga telah mempunyai isi. Saat saya mual (terutamanya ketika menggosok gigi), saya akan masuk ke bilik air dan membuka air paip sebesar-besarnya. Membiarkan air paip itu jatuh ke dalam besen/timba. Bising bunyinya dan saya akan membuang rasa mual itu sepuas-puasnya. Seorang ibu saudara pernah berkias-kias, "Ambik la buah nam nam ni. Buat mata, buat telinga (buat anak le tu)". Saya tetap berdiam diri.

Hinggalah saat usia kandungan mencecah ke 6 bulan, saat perut saya seperti belon yang akan pecah, baru mereka menyedari yang saya sebenarnya sedang hamil.

Begitu juga untuk kandungan kedua. Masih dikiaskan lagi, "Masa anak sulong mak setahun setengah, dah mengandung lagi". Pun saya tetap mendiamkan diri padahal saya mengandung yang kedua ketika si kakak berusia 8 bulan lebih. Bila ditanya, "Ni dah ada isi ke ni?", saya hanya akan bergurau, "Ye.. dah ada isi. Tadi baru je makan ketupat, lemang, rendang". Ketika itu semasa hari raya Aidilfitri.

Akhirnya berita tentang saya hamil diketahui juga tanpa hebahan bila ibu mertua saya diilhamkan melalui mimpi yang saya mengandung lagi dan saya sendiri dimasukkan ke wad SMC disebabkan denggi. Bilamana saya tidak menyentuh sebarang ubat, mahu pun Panadol ketika itu dan suami melarang ibunya membekalkan ubat-ubatan atau makanan yang tidak sesuai untuk ibu hamil.

Seorang anak saudara yang telah lama tidak ditemui, bertemu kami pada satu malam gathering keluarga, terlihat kepada bentuk fizikal saya lantas spontan bertanya, "Ni bila pulak ngandung ni? Tak tahu pun. Sedar-sedar tu dah ada je maksu ni. Isk!". Surprised!

Masuk anak yang ketiga, tiada lagi kiasan. Mereka yang terdekat dengan saya hanya menunggu. Ya.. tak perlu saya hebahkan kerana mereka sendiri akan perasan pada saiz perut saya pada usia kandungan 6 bulan ke atas.

Dan kami akan tetap menjadi seperti ini untuk anak ke 4 dan seterusnya. Tiada hebahan. Kerana itulah kami yang sebenarnya. Pengalaman mengandung adalah saat yang sangat mengujakan tapi kami tidak teruja untuk menghebahkan dan tidak gemar yang tahu turut menghebahkan. Sama seperti memberikan susu ibu kepada si anak, menceritakan perkembangan anak kecuali Syafiah serta bergambar. Saya amat gemar mengambil gambar tapi tidak teruja untuk bergambar kerana itulah diri saya yang sebenarnya.






14 comments:

mirah said...

K sue pregnant ke?
if it is true, tumpang gembira juga ni.. :)
nampak tembam safiyyah dalam gamabr tgh floating tu. Bestnya dia main air ya..

suealeen said...

mirah:
Sila speku ye... hehehe... Syafiah memang bam-bam.

DeLLa said...

erk..sy lain plak kak..suka share or tulis..sbb kalo tak..sy sendiri lupa;..haha..tu sbb kdg2 bila baca semula entry lama..baru teringat..hehe

suealeen said...

DeLLa:
Akak takleh, Della. Kena fikir orang lain sama. Masa akak preggy 2 anak, kakak ipar masih belum kawen. Ntah apa perasaannya. Kesian..

Sekang ni lagi mudah tau sebab dah ada FB. Tak mungkin boleh lupa. Boleh create satu album, upload gambar & letak update dalam tu tanpa orang lain tahu pun... hehehe...

Ummi Alisya said...

rasa nak ngandung lagi membuak2 ni. bila lah dapat jumpa akak secara live! boleh ita rakam kan wajah akak dalam otak memori ni...hihiii

DeLLa said...

bukan lupa tntg gambar kak..lupa tntg cerita & perasaan semasa..hehe..

suealeen said...

Ummi Alisya:
Hehehe.. tunggu.. tak lawo pun orangnya.





DeLLa:
If you look at the picture, then you'll get the emotion at that moment... :)). Tulis bebanyak tentang perasaan bawah pic tu pun boleh.

One more thing yang akak teringin nak buat ~ scrapbook.

Sueriani Ali said...

Betul ke ni kak sue?
manyak2 best la...

ayu said...

ayu plak masa 1st pregnant tu mmg excited la bgtau kat kawan2 n sedara mara..cuma, bila dah yg kedua tu, tak la direct sgt bgtau...juz ahli keluarga je.. tapi, membe2 ofis dpt tau pun sbb diaorg perasan perut makin besar skeet ...masa tu nak masuk 4 bln dah..segan nak bgtau sbb anak sulung baru je 1 thn masa tu..yg ke3 nanti, tak tau la macam mana..buat mcm kak sue ni pun ok gak..sbb ada gak sepupu terdekat dah 5 thn kawen pun tak dpt anak lg...kesian juga pada diaorg..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

syok la baca entry ni kak....

Yasmin Nabilah.. said...

wah..perut je naik..bestnya..ina ngan badan2 skali naik..huhu..

suealeen said...

Sueriani Ali:
Pregnant memang best...





ayu:
Mungkin ada yang kata tak kisah. Tapi dalam hati mereka siapa yang tahu kan.. We never knows.





Naimatul Hafizah Nor Rodin:
Tang mana yang syok tu?





Yasmin Nabilah..:
Masa preggykan Mastura bulan terakhir sebelum bersalin tu muka dan kaki akak bengkak jugak. Seriau tu tak nak turun dah. Keluar je dia terus hilang segala-mala sembab.

sz | m.s.s said...

bagus lah k sue ni...
peka dengan persekitaran ...
kalau saya tak mampu nak meng"eksklusif"kn berita gembira ni..hihihihii... laju je nak kongsi dengan famili + kawan2 rapat...

suealeen said...

sz | m.s.s:
Akak diam, orang lain terlebih excited. Bagi akak, sampai masa orang tau juga.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin