Bismillah.
Mesti kawan-kawan FB cek pelik tengok awat cek dok mentioned pasai Sentraal Station ni.
Dan awat tetiba boleh plak mai jengoi balik keluaq kat blog.
4 tahun kot dok hibernate dalam FB.
Sebenarnya tak salahkan FB jugak jadi asbab kehilangan dari dunia blog. BerFB lebih pantas, mobile friendly, orang tinggalkan komen dan mesej dapat notification tanpa perlu buka email, nak jawab pun cepat, boleh buat album, ada pun kalau jenis slow line nak buka whole page of entry sampai hang plak dan lain-lain.
Album Amazing Syafiah misalnya - boleh diikuti perkembangannya dari 23 Disember 2008 lagi hingga ke hari ini. Hanya dengan one click atau swipe di skrin telefon pintar.
Dan bila berjualan di FB lebih pantas menerima tindak balas. Ok cukuplah cerita pasal FB.
Semasa saya dimasukkan dalam Sentraal Station ni oleh kak Rina (dulu Safe & Sound Silversarina, kini Wanmommy Cyber Talk), saya tak perasan juga.
Ketika itu ibu mertua saya dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru, acute pneumonia with parapneumonic effusion.
Memang kurang masa dengan dunia siber bila kita banyak 'on road'.
Dan saya ada satu sikap, bila saya banyak masa bersama keluar, entah ke mana telefon dan laptop saya merayau... hahaha... Even bila di restoran pun, telefon 'haram' dikeluarkan dari poket masing-masing. So much of quality time with my loved ones.
Saya memang kurang mengenali blogger di Sentraal Station. Hanya segelintir dari mereka. Tambahan nama di FB lain dari nama blogger. Rupanya mereka ini berblog lebih lama dari saya. Ada yang seawal 2001. Tapi saya suka amat dapat mengenali rakan blogger baru. Entry mereka ada aura tersendiri.
Masa jadi blogger tegar, saya banyak jadi silent reader. Lebih gemar membaca dari mengomen (maka itu juga saya suka FB sebab di FB tanpa komen, anda masih boleh tekan button like as a sign of presence).
Tapi bila tengok mereka ini semangat betul nak hadap #blogreviveday (6 Mei 2015 tarikh pilihan), entah adrenaline apa membuatkan saya turut serta.
Well, as someone said, a blogger always be a blogger.
Oleh kerana saya jenis kuat bebel juga, maka saya memilih meneruskan untuk mencoret di Amazing Syafiah & Co. kerana saya tahu masih ada orang yang memanfaatkan blog ini.
Tak lupa passwordkah? Taklah. Saya masih menggunakan email yang sama. Malah nickname & password yang sama sejak tahun 1998 lagi.
Ada antaranya mencari saya di FB, memberitahu bahawa mereka datang dari blog dan kami sama-sama mempunyai anak istimewa.
"Saya dapat maklumat dari blog akak. Tu sebab saya cari akak di Facebook".
"Sue, I'm from Canada. I bumped into your blog. Nice knowing you".
Besar hati tak mau kempis tau!
Maknanya, "Why I blog about her" tu telah sampai maksudnya alhamdulillah.
And since, I have readers from Children's Health Community and this blog has been up in some of the foreign blogs, I have to write in English too (though I talk hang-aku as my mother tongue.. lol).
Ini maknanya juga, walau setelah bertahun-tahun selama ini blog masih diakses, masih digunakan walau pun tuannya 'terjebak' dengan Facebook.
Bayangkan, akan datang pasti juga begitu. Mudahan jadi benih dan saham untuk saya di alam sana kelak juga, amiin.
So, new friends from Sentraal Station.. welcome to my humble little blog. Nice knowing all of you.
So, new friends from Sentraal Station.. welcome to my humble little blog. Nice knowing all of you.
16 comments:
Salam kak..dropping by your amazing blog...without this blog revive day mmg tak dapat lah rasa nak jalan jalan blog sebab dah lama tak berupdate. :)
Mak Incik : kan... jenjalan sakan la kita. Nak-nak tau plak tu siapa yang update melalui group. lagi laju jalan-jalan
Salam.. Kita berkenalan kat fb kot:)
MakLang : wassalam. kita kenal kat rumah kak Rina masa kenduri Maya bila akak tanya, "siapa Sue Aleen ni? Macam familiar". Bila dia orang mentioned Maklang, ya saya kenal Maklang sebagai pengunjung tetap blog kak Rina. selalu nampak nama. saya pi gak ke blog dulu. tapi tak tinggal jejak. lepas kenduri Maya tu saya add akak kat facebook
Salam kenal. Keep on writing
Keep on blogging Sue , it's so nice to read the amazing syafiah's blog .
Tinggal jejak. As a sign of presence. My blog? Is it revive-able? Hahaha
Ood was here
Arena : salam kenal juga. InsyaAllah...
kak Rina : rasa macam baru belajar bernafas.
HaniFadil : revive-able punyalah... sama-sama bangkit.
OOD : thank you for dropping by...
salam perkenalan
kak Yati WTL : selamat berkenalan
kak jie dah nak pencen, update sebulan 2-3 kali aje...dia pula nak buat come back...hihi
Oh ye ye sgt betul.. See org umor dah 50 ni tak ingat all the details hehe... Lupa daaahhh huhu
Kak Jie : jangan la pencen kak... 4 tahun ku merinduimu.
Maklang : Allah.. tak kata 50... yang late 30s ni pun sama ja kak...
Assalamualaikum
Salal perkenalan
kak pB :
salam kenal kak...
Post a Comment