Sep 12, 2009

Iktibar di sebalik kejadian..


Saya tidak menyangka bahawa cerita² saya mengenai Sridar mendapat perhatian ramai. Bukan niat saya untuk bercerita tentang keluarga orang. Tidak sama sekali. Tapi cerita Sridar membangkitkan dan memberikan semangat serta inspirasi dengan cara yang tersendiri. Cerita yang perlu dijadikan iktibar.

Cerita tentang seorang kanak² yang berjuang untuk meneruskan hidup yang sementara bersama-sama dengan keluarganya. Pada akhirnya Tuhan lebih menyayangi, Dia meminjam dan mengambilnya semula. Kehadirannya walau pun seketika tapi memberikan kesan yang mendalam pada semua pihak. Malah saya menganggap dia adalah seorang khalifah mengikut caranya yang tersendiri bagi menyedarkan umat manusia yang seringkali lalai.

Bahawa hidup perlu diteruskan dengan segala macam kepayahan. Walau pun penyampaian dan kesan itu adalah melalui nyawanya sendiri. Ibu bapanya juga terlalu istimewa. Tidak pernah membenarkan tangan² manusia itu mencabut nyawa si anak. Biarlah.. biarlah Tuhan yang mencabut nyawanya sendiri.

Sehari yang lepas saya berkesempatan berbicara dengan sahabat baru. Katanya salah seorang kawannya berputus asa dengan kehidupan dan hampir cuba membunuh diri. Namun, setelah dia mengkhabarkan tentang perjuangan Sridar, kawannya menitiskan air mata. Seakan terjaga dari lena yang panjang. Alhamdulillah, mesej yang Allah swt berikan melalui anak kecil itu sampai kepadanya. Lihatlah kesannya.

Al-Baqara [2:164] : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.


Saya pernah berkata pada seseorang, "Alhamdulillah, Allah menyediakan saham buat kami di akhirat". Namun dibalas dengan, "M harap tak payahlah lagi korang melalui semua ini". Ah! Teruk sangatkah? Kenapa yang empunya diri berasa tenang tapi orang lain pula yang perlu bimbang? Saya tidak pernah menganggap kehadiran Syafiah sebagai satu beban. Malah dia merupakan satu kurniaan yang tidak Allah swt berikan pada sesetengah yang lain. Saya gembira dan berlapang dada dengan anugerah ini. Malah kami tidak pernah bertanya, "Kenapa mesti kami?". Saya yakin ada sesuatu menanti kami. Jika tidak di sini, insyaAllah di akhirat pada suatu masa dan ketika nanti.

Sesungguhnya kedatangan seorang manusia ke muka bumi ini tidak akan sia². Setiap daripada kejadian itu mengandungi hikmah yang amat besar secara terang mahu pun tersembunyi. Hikmah juga hadir dalam bentuk yang lain, malah juga melalui seorang kanak² mahu pun binatang dan sebagainya. Cuma manusia yang seringkali alpa dan lalai.

Fikirkanlah dan ucapkan Maha Suci Tuhan yang Maha Besar. Bersyukurlah pada yang masih hidup. Kita masih diberikan peluang untuk hidup, mengambil iktibar, bertaubat dan kembali kepadaNya.






p.s. : Kick start entry lepas lama berhibernasi. :D

9 comments:

Intan @ mama ammar said...

Aku menyokong KICKStart mu ini. Kadang2 hibernasi tu memang perlu. Aku kalau rehat macam ni, rasa tenang aje. Siap kunci blog lagi haha

Lady of Leisure said...

:D
selamat menulis semula kak sue.. semoga kick start ni akan terus berjalan lancar..

betul kata kak sue, kejadian manusia tidak pernah sia2..

semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah..

asniza said...

sue, terima kasih.
sangat terkesan di hati...

Diver Mom said...

oh.. hibernate ke..? patutla x dak entry baru.. hihi.. oh ya, syafiah sihat..? :)

ummu said...

salam sue,
kisah Sridar..
sebenarnya bila kita melihat orang yang lebih "menderita' dalam urusan dunianya, menjadikan kita lebih bersyukur dan menginsafi hakikat kejadian insan.
dan apabila melihat seorang khalifah Allah itu lebih 'kaya' amalan ibadahnya, membuatkan kita semakin brsemangat untuk turut menjadi hamba Allah yang bersyukur dgn memperbanyakkan amalan..

Lightnur said...

Assalamualaikum Sue

Terima kasih...

Sue.Aleen said...

Intan @ mama ammar:
Kekadang aku sekadar lalu-lalang kat blog ni dan bab kunci blog tu aku pernah buat tapi aku unlock balik.

Takleh lock lelama sebab entry aku difeed dalam search engine - low hemoglobin during pregnancy la, nephrotic syndrome la, etc. Kalo lelama memang akan defeat the purpose of creating this blog.





Lady of Leisure:
Kekadang enjin daku rosak di tengah jalan. Maklumlah kereta tua.





asniza:
Sama² kak Ummi... glad you share the same feeling about it.





Zuhaini:
Alhamdulillah, dia sihat. Nanti akak ambik gambar dan tepek wajah terbarunya di blog ni.





ummu Masyitah:
Betul tu, ummu Masyitah. Walo pun Sridar berbangsa asing, tapi semangat juang keluarganya seakan dituntut oleh syarak. Sedangkan ramai antara kita orang Muslim di luar sana mengamalkan kehidupan tidak seperti orang Muslim. Buang bayi, malah ada yang bencikan anak sendiri sekiranya anak itu istimewa.





Lightnur:
Waalaikumussalam Nurul. How about Muja and you? Rasanya menanti saat untuk deliver jugak kan...

Dayah @ Real Ummu said...

kdgkala kita rasa sesuatu itu baik utk kita, tapi tidak bagi Allah, Allah tahu sesuatu itu lebih baik bagi kita walaupun hakikat di muka bumi ini, kita rasa ia tidak baik..

Sue.Aleen said...

Dayah:
Hidup tidak selalunya manis, melainkan pergantian di antara pahit dan manis. Kalau manis saja yang bertemu, tentu kita tidak akan sabar dan bosan - Pak Hamka.

Sesuatu yang pahit itu ada penawar kepada sejuta ubat kehidupan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin