May 8, 2010

Duhai Bonda...



Setiap kali Hari Ibu atau hari-hari yang saya benar-benar rindukan Mak, saya akan kitar semula lagu ini. Lagu yang buat saya sebak dan emo mungkin sepanjang hari. Lagu yang menerangkan secara tepat tentang Mak. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan kami bersama Mak.

Dulu saya ada seorang lagi ibu. Ibu angkat. Tapi dia telah tiada. Dia menjaga saya ketika saya masih kecil selepas saya lahir. Saya hanya lahir di rumah. Ketika itu Mak dimasukkan ke hospital kerana lekat uri. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Mak Siah. Saya sangat rindukannya juga. Nasihat terakhirnya sama seperti ayah, "Sabarlah". Kata hikmat yang banyak hikmahnya. Saya pegang hingga kini.

Dan saya juga rindukan mak mertua. Rindu pada pelukannya yang erat walau pun baru je minggu lepas jumpa dia. Rindu sangat...

Selamat hari ibu untuk semua insan bergelar wanita, bakal-bakal ibu & juga ibu-ibu yang banyak berkorban perasaan, masa dan harta untuk anak. Tak lupa juga untuk ibu-ibu istimewa yang berjuang demi anak mereka di atas muka bumi ini. Moga Allah membalasi jasa kalian dengan sebaik-baik kurniaan, insyaAllah.





8 comments:

Jiey^Mien said...

Selamat hari ibu kak..
=)

Sue.Aleen said...

Jiey^Mien:
Selamat hari ibu untuk Jiey jugak.

Lady of Leisure said...

selamat hari ibu kak sue..
:)

Sueriani Ali said...

Selamat Hari Ibu..

ashra said...

Happy Mother's Day! =)
moga hepi dab bahagia slalu bersama keluarga tercinta

Yasmin Nabilah.. said...

Selamat hari ibu Kak Sue.. :)

ummu said...

salam Sue;
selamat hari ibu utk sis jua.
alfatihah untuk arwah Mak Siah.Besar pengorbananya.
mesti ibu kandung Sue seorang yang tabah. Bertarung nyawa demi melahirkan seorang khalifahNya.
Sis,saya pun pernah alami kejadian lekat uri.

Izwa Kamaruddin said...

selamat hari ibu kak..
selamat hari ibu pada semua ibu2 di dunia..;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin