Sebagai anak kampung saya telah diajar bahawa kita mampu menggunakan segala yang ada di persekitaran kita untuk beberapa kegunaan. Contohnya, buah kelapa (saya suka panggil buah nyiok!) yang tua. Boleh ambil isinya dan perah untuk dijadikan santan. Tapi dalam masa yang sama boleh bertindak seperti pelampung ketika di air. Beginilah saya belajar berenang! Dari 2 buah nyiok yang sudah tua.
Saya teringat zaman dulu² masa saya masih lagi kecil bilamana mak mengheret saya ke surau untuk bersolat terawikh. Mak tidak pernah membelikan kami yang kecil² ni telekung kanak² macam zaman sekarang ni (rujuk gambar, sumber dari sini):
Buang duit katanya. Saya ikut je tak retilah nak mintak² dan bentak² cam budak² zaman sekarang ni. Jadi, apa yang saya belajar masa kecil, saya praktikkan juga untuk anak² saya. Alhamdulillah, mereka mengikut. Jika tidak dibelikan apa yang mereka minta, mereka tidak menangis sekiranya kita terangkan kenapa kita tak nak beli. Kami pernah belikan basikal. Basikal tu sampai tanggal tempat duduk pun mereka masih main lagi.
Tapi adakalanya mencabar iman juga. Contohnya macam semalam, boleh pulak Adam tu tak nak makan dengan tangan. Nak makan dengan sudu katanya. Dia ni mengada sikit mungkin atas sikap dia sebagai anak tengah. Saya buat tak endah. Akhirnya dia mengalah dan makan juga dengan tangan. Habis pula tu. Nampak sangat dia 'lapar'. Lapar nasi dan laparkan perhatian! Yelah.. ada hari mood baik, ada hari tak baik. Macamlah kita juga.
Kembali pada kisah gunapakai benda sekeliling ni. Lepas Mastura ikut solat dengan ayah dia hari tu, saya terkenang zaman saya ke surau tu kembali. Lantas saya mengambil sehelai kain pelekat ayahnya dan 'transform' ia ke bentuk telekung.
Close up. Eh.. bukan close up dinding ye. Dinding tu memang tak dapat nak diselamatkan. Kang tunggu beli berus dengan cat je la. Mastura pun baru bangun tido masa ni, tu sebab mata dia sembab.
Nampak comel dan mudah je kan... Kain pelikat kan panjang. Jadi boleh guna lama juga. Lepas guna ayah dia boleh pakai kembali. Tak perlu beli macam kat atas tu. Bazir je sebab nanti badan dia makin tinggi.
Selain daripada melatih untuk tidak membazir, dengan didikan ini juga diharap dapat memberikan inspirasi kepada anak² saya untuk fully utilize benda sekeliling dan menahan keinginan mereka daripada perkara yang tiada atau perkara yang tidak dan kurang perlu. Bahawasa hidup tidak sempurna dan tidak semua perkara di dalam dunia ini mereka (@ kita) akan dapat. Bahawasa benda² di sekeliling kita ni wujud pasti mempunyai hikmahnya dan boleh dipelbagaikan.

Telekung kanak² (usia 4-7 tahun)

15 comments:
Sangat comel!
Kreatif betuk mak akak.. =)
bila saya wat cam tu kat anak-anak dipanggilnya cam batman...
salam
Ya gunapakai apa yg ada kan. kami kecik2 dulu pun takde mainan sgt, main pun masak2, guna lah tempurung, batu bata, kepingan atas bata, bagai2 lagi lah jadi tools. Oh siap guna tutup tin buat goreng apa entah.. huhu saya mmg lasak masa kecik.
Btw, aisyah ada sepasang telekung kecik tu, nenek nya belikan. Maka, haruslah guna pakai je kan. Dia kan cucu perempuan sulung, byk lah advantage pd dia. Takpelah, mujur adik dia pun pompuan, blh lah share.
salam...briliant la idea kak nie...Amira dah menyungut telekongnya tak muat, mamanya tak beli2 lagi...pasni leh try kat umah...
kak sue,
masa kecik2 lu pon sy selalu pakai camtu time ikut mak abah solat..
then kalo adik laki sy lak..wat camtu..bukak tang mata je..jadi ninja katanye..hehehe
camne nk ikat camtu supaya jadikan telekung eks?
x reti plaks aku..huhu~
wah..telekung kain pelikat ni mengimbau kenangan lama laa..dulu ms sy kecik2 nk ikut mak semayang mak buatkan telekung camni..hahahha...ms tu tadika rasenye
bile dh drjah 1 tggl ngan nenek..nenek plak tokei kdi pakaian..so, mmg dpt telekung utk budak keciklaa..
tp mmg nostalgia laa telekung kain pelikat ni
haha..comel..sy dulu masa kecik2 slalu main mcm ni..tp bukan buat telekong..tapi buat main2 hantu..heheh..
sangat comel! :) first time lihat idea sekreatif sebegini..
sue, tetek tuturial telekung tu boleh. aku pun tak tau nak pkai camna
Jiey^Mien:
Orang dulu gunakan apa yang ada di sekeliling je. Nak beli macam bazir je sebab bebudak cepat besar.
a.z.r.i.n.a.03.07:
Cari kain pelikat kale gelap mesti nampak macam batman/ninja.
mirah:
Cerita pasal masa kecil dulu memang best kan.. we’ve a great childhood. Sama je lasak kita ni macam budak lelaki. Dapatkah anak kita merasa yang serupa.
Tulah advantage cucu sulong macam Mastura. Tok dia belah ayah dia memang excited dulu. Macam² yang dibeli. Tapi Mastura ni kekwat dan cerewet orangnya. Gamak kecik hati dia orang kot.
miela77:
Cari kain pelikat tau sebab kain pelikat ni panjang...
Mrs Azmar:
Kita ni kecik² ikut je kan.. tak banyak songeh. Pastu dah pakai wat main pulak.
| Krsty Pinky |:
Mesti mak mung tak pernah buat camni kan? Nanti kita jumpa aku demo. Lagi pun Mawar kecik lagi.. huhu!
Cikpid:
Memang sungguh mengimbau kenangan silam. Nampak sangat akak ni dah berusia kan..
DeLLa:
Kita orang pun camtu. Lepas buat telekung, buat main pulak.
Zuhaini:
Kreatif dan cut cost.. maklumlah living cheap!
Intan @ mama Ammar:
Tetek? Ape tu? Nanti aku wat sketch.
sue..he3x bila tgk pic kain pelekat tu teringat zaman kecik2 ..slalu gak wat gitu..tp main hantu2..ha3x
sya beli tlkung pn tuk yg sulung je 2 kali 6thn & 8thn..bila x muat yg 1st tu turun kat adik dia..and so on..ada lagi 1 yg kecik lom pakai lagi..
S.O.F.U @ S.U.F.E.I:
Begitulah selalunya penyudahnya telekung kain pelikat tu. Tapi saya dedolu mana da nak main hantu² ni. Tak de geng. Saya umo 8 tahun, adik saya baru lahir & kakak saya sendiri dah umo 18 tahun... haha...
salam. sue, sy masa kecik dok pakai telekung mak je. gedebas gedebus lah.. hihi.. time anak2 ni suma pompuan tp neneknya (MIL) dh siap belikn telekung dari mekah time g haji ngan umrah. cuma tak berkain. tapi time sy solat anak2 suma solat dok pakai baju tidur sepasang ngan tudung kepala je.. boleh dari langsung tak solat, kan? baru 5 yrs pn yg tua tu. insya Allah next year nk kena concentrate kat dorg suh solat each time masuk waktu. biar dorang tau solat tak bleh sambil lewa.
nonnie78:
Yelah.. betul tu.. kena latih anak ni sementara dia tak liat. Kalo tak susah kita nanti...
Post a Comment