Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Apr 20, 2011

Sekadar renungan...



Saya bagai terdetik pula untuk berkongsi kata-kata ini yang telah saya kongsi di RH:

Orang ni banyak rencam dan ragamnya. 1 kena tanam dalam diri, mereka tak sama dengan kita. Malah nasib mereka juga tak sama dengan kita. Ada sesetengah dah cukup rasa puas bila dapat zuriat. Ada yang tidak dikurniakan zuriat tapi dah cukup bersyukur sebab Allah dah kurniakan dia dengan nikmat lain yang lebih banyak.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi saw bersabda yang maksudnya : "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu". (Bukhari)

Allah uji kita dengan ujian yang pelbagai. Timbanglah dari perspektif yang berbeza:

~ Ada orang belum dikurniakan zuriat. Jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?
~ Ada orang dikurniakan anak istimewa. Jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?
~ Ada orang dikurniakan anak, kemudian ditarik semula. jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?

Persoalan tentang kehidupan ini bukan hanya berkisar pada zuriat saja. Ia berkisar tentang ujian yang Allah beri. Ada atau tanpa anak, Allah tetap memberikan ujian. Kawan-kawan yang dikurniakan zuriat yang berada hampir dengan kita itu juga ujian untuk kita. Tak lain tak bukan ujian ini untuk tingkatkan keimanan. Ada orang bila diberi ujian makin meningkat iman dan rapatnya dengan Pencipta. Tapi ada orang lebih tersasar... menyalahkan takdir yang telah diberikan serta tidak pula berusaha untuk meningkatkan diri.

Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Sama-samalah kita kurangkan mengeluh dan melihat hidup ini dari sisi yang positif, kerna sesungguhnya jika kita hitung nikmat yang Allah berikan ternyata ia jauh lebih banyak dari ujian yang Dia berikan...



Bak kata Ustaz Hasrizal:-

Bentangkan sejadah.

Dia Teman sejatimu...





Jul 31, 2009

Dialog Rasulullah saw dengan seorang arab desa...

Entry ini adalah entry kitarsemula dari blog Tangan Yang Menghayun Buaian. Sesuai benar dijadikan renungan pada hari Jumaat ini.


Photo credit to wallpaperbase.com

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya:

"Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendaki"

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim.

Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya.

Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil.

Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik.

Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah.

Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku.

Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).

Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa.

Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya.

Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.

Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.

Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.

Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.

Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.

Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya.

Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.

Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku.

Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.

Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?

Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.

Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Telah berkata Imam Mustaghfirin: "Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat selain hadis ini.... Wassalam.

"Kesempurnaan diri muslim" - Hadis Munthahharah.


Dan entry ni tak lengkap tanpa gambar empunya blog - Syafiah:



Tak sabar plak rasanya tunggu Syafiah ambilalih blog ni. Suatu hari nanti insyaAllah apa yang saya harapkan akan menjadi impian. Moga dia akan terus menulis sesuatu tentang pengalamannya, sesuatu yang bermatlamat dan bermaklumat. Semoga dengan itu akan membantu memimpin orang lain. Besarkah impian saya? Doakan yang terbaik. Moga doa ibu di hari Jumaat ini akan diangkat dan dikabulkan, ameen.







Jun 4, 2009

What's with the name?


I was resting on the patient bed when suddenly my husband said, "Assalamu’alaikum". He entered the room. My bed was at the middle. On my right there’s skinny lady who just had her c-section that night before. Nobody accompanied her. Not long after that her bed filled with her relatives. I guess they were from Negeri Sembilan from the way they talked to each other. *Derang gelak tak hengat kawan yang sakit tu. Dah la nak jalan pun kena pegang perut. Pray that I won’t experience c-sect in my life, insyaAllah, ameennn!*. There's an empty bed on my left. They asked me where's my baby. I told them that she was in another hospital.

I felt disturbed by the sounds of people talking loudly but at the same time trying to calm myself down. I tried to divert my attention to something else. My husband brought 2 books. I couldn’t remember the title of one of them. Another one was babies’ name book. Honestly, we haven’t selected any name for our 3rd child! No.. I'm not that kinda person who excited to give name to unborn baby, who set his/her name early.

I could switch my brain part easily. From being disturbed by the sound of people talking, to browsing the book. I reminded my husband that this time was his turn to give name to our little princess. I would only give my opinion whether I liked it or not. First criteria - easy to pronounce. Second - it must have no word as below. Third - it should be short *kang panjang² panggil Ela, Awa, Nen jugak. Contoh je la. Tak de kena-mengena dengan yang telah mati atau pun masih hidup :P*. First he chose – Safiyah.

"Sod is not easy to pronounce la dear. Later on the meaning would be different if we pronounce it wrongly". No.. no….. no ﻉ (such as for 'Ali, Fu'ad, 'Adil), no ﺙ (such as Athir), no ﺹ (such as Safiyah), no ﻕ (such as Khair, AfiQ), no ﻁ (such as Tahir), no ﺽ (such as Afdal), no ﺥ (such as Akhtar), no ﺡ (such as Hamidah) no pleasee.... *cerewetnyeeee*. I believe that old generation, and even us, would face difficulties in pronouncing names with those words. For example 'Ali. The correct way to pronounce it is by pressing the word 'Ain and not Alif *salah sebut makna lari beb. Makhraj kena betul. Apa yang kita panggil bakal jadi doa pada si anak*.

Rasullullah saw bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, maka indahkan nama kamu itu" (HR Abu Daud)

"Namakanlah dengan nama para Nabi, dan nama yang paling Allah sukai ialah nama Abdullah dan Abdurrahman, dan nama yang paling benar ialah Harith dan Humaam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah" (HR Abi Wahab al-Jasyimi)


Later my husband chose Syafiah. "Syafiah.. Syafiah..", I spoke slowly to myself. Piece of cake, easy to pronounce. Let's look at the meaning – 'penawar (not knowing that later she'd be an antidote to herself and her family), yang memadai'. Frankly, I have difficulties in pronouncing it first few days! I don’t know why.

Yesterday while browsing for Jawi converter, I've found an interesting fact about her name. It's one of Rasulullah's (pbuh) wives' names! Her complete name was Shafiyyah (different way to write. The important thing is pronunciation in Arab) binti Huyay bin Akhtab bin Sa’yah bin Amir bin Ubaid bin Kaab bin al-Khazraj bin Habib bin Nadhir bin al-Kham bin Yakhurn dari keturunan Harun bin Imra. She was a Jews (her father was one of the leader for Bani Nadhir) before converting to Islam and got married to Rasulullah pbuh. Her interesting story could be read here.

When I was in Q-dees I've found a lot of students with the name of Danish, Danial, Adam, Ammar, Haikal, for example. Danish Danial, Danial Haikal, Ammar Haikal, Adam Fareeq, Adam Harith. These names are so common nowadays. They sound so sweet but it's a bit hard to memorize their similar names and to recognize their faces. I couldn't imagine how they'd be remembered in primary school where there are a lot more students!

And with no exception, our son – Adam. But Adam has only one name and he'd be in front of others as his name start with AD *ada lagi ke mak pak nak letak AB sekarang ni? Yes.. I've known one i.e. Abdullah Syaakir!*. I'll consider Nuh, Hud, Huda, Hana, Mu'adz ('Ain, but I just love this name.. entah kenapa. Sebelum saya suka penyanyi Mu'adz tu lagi. Mu'adz adalah salah seorang sahabat Nabi saw juga) for my next child!! *berangan tak abih aku ni!!

So, what is your criteria in choosing your kid's name? Mind to share... ?





May 21, 2009

Tegaskah anda dalam mendidik anak-anak?

Saya cuba juga lari dari subjek berat dari dimuatkan dalam blog tapi tak boleh la... sebab inilah diri saya. Saya akui saya membosankan dan komplikated. Patut blog ni saya cerita pasal Syafiah dan mungkin perkara² peribadi, tapi mesti nak juga selit peringatan dengan meletakkan klip video pasai Palestin.

Bila tengok betapa bersusah-payahnya anak² Palestin, betapa untungnyalah anak kita ni.. manja, mengada, pantang susah sikit dan tak dapat benda yang dihajati mesti nak merempan and so on. Di antara syarat tarbawiyah Nabi saw adalah (mengikut urutan):-
1- Melalui teguran langsung.
2- Melalui sindiran.
3- Melalui celaan.
4- Melalui pemutusan hubungan dengan jemaah.
5- Melalui pemukulan.

Saya tidak mahu menghuraikan tentang pengertian tarbiyah secara terperinci. Proses pentarbiyahan sebenarnya adalah proses yang bermula semenjak kanak² itu dilahirkan dan berlanjutan sampailah ke akhir hayatnya. Usaha menekankan tarbiyah itu pada peringkat kanak² dilakukan kerana pada peringkat umur itu mereka lebih bersedia dan senang menerima pengajaran. Semua ini menunjukkan betapa Islam menghormati anak itu dan cuba menjadikannya mulia.

Mungkin saya sendiri tidak dapat mengikut sepenuhnya apa yang disarankan oleh Baginda Rasulullah saw, namun saya cuba mempraktikkan sekadar apa yang saya mampu. Anak akan lebih mendengar sekiranya kita menganggap mereka seperti seorang kawan. Walau pun pada peringkat usia 4-5 tahun.

Lazimnya saya akan menegur mereka secara langsung, cuba menerangkan apa yang tak boleh dan apa yang boleh. Tapi saya seringkali melakukkannya secara santai. Dalam borak² yang biasa. Mungkin saja sambil bergelak ketawa. Alhamdulillah saya melihat potensi anak² saya mudah untuk dibentuk dan mudah mendengar kata. Bila diminta tolong, mereka tidak akan berlengah menolong sekadar mengikut kemampuan mereka. Jika kami tidak mahu membelikan permainan, tidak pula mereka mengamuk. Cuma kena terangkan kenapa kami tidak mahu membelikannya pada mereka.

Saya memerhati lagi. Jika mereka mampu melakukan sesuatu, maka saya memberikan mereka kelonggaran untuk mereka lakukan perkara itu berulangkali. Selepas itu saya akan cuba mendedahkan lagi kepada mereka benda² baru. Contohnya balik sekolah mesti tukar baju dan sangkut baju sekolah di penyangkut baju atau menyapu sampah yang mereka buat sendiri. Mungkin pada mulanya akan bersepah tapi lama-kelamaan jadi teramat biasa. Begitu juga dengan menuang air kosong. Mereka dilatih untuk berdikari.

Anak² saya mudah dijaga sejak dari dilahirkan. Tidak banyak ragam. Saya seringkali menguji mereka.

Surah Al-Nisa':6 : Dan ujilah anak-anak itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya.



Pengertian ayat di atas adalah luas sebenarnya. Jika mereka meminta susu, saya cuba melengahkan dan menanti reaksi mereka. Setakat ini, Mastura dan Adam mampu menahan rasa lapar dan rasa mahukan sesuatu itu secara mendadak. Jika mereka mampu menahannya, di akhirnya saya akan memberikan reward sebagai perangsang. Reward ni taklah besar mana. Kadang hanya ciuman dan pujian. Jika lebih sedikit, saya membenarkan mereka menggunakan PC ini untuk mereka bermain games sendiri (suka main games tembak², jigsaw puzzle dan the Sims2). Alhamdulillah, PC saya ni sihat sampai ke hari ni, mereka tak pernah tersilap tekan dan sebagainya.

Kata Nabi saw lagi:



"Gantunglah rotan agar keluarganya tahu, kerana yang demikian itu adalah pelajaran bagi mereka". Dan atau: "Gantunglah rotan supaya keluarganya tahu." (Sohih Al Jami' Ash Shagir, juz 4, hadith no. 4021 dan 4022).



Akan tetapi tidak boleh memukul dalam keadaan sangat marah kerana dikhuatirkan membahayakan diri anak. Ya.. di rumah kami juga terdapat sebatang rotan! Kami letakkannya di tempat yang tinggi supaya anak kami dapat melihatnya. Cukup dengan kami menyebut, "Rotan nak?" dengan nada yang mendatar, alhamdulillah nampak reaksi positifnya.

Garangkah kami? Dalam kelembutan mesti ada ketegasan. Jika tidak kita, siapa lagi?



May 19, 2009

Doa mengiringi saudara² di Palestin

Kredit kepada Rush Murad di Flickr

Ya Allah, ya Tuhanku... naluri ibuku begitu tersentuh melihat gambar di atas dan juga asyik memutar lagu di bawah berulang-kali tanpa jemu. Setiap kali ulang lagu ini juga, air mata mengalir dengan begitu pantas.



Lirik lagu tersebut adalah berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

Maksud hadith:
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya "Di mana mereka itu?"
Baginda menjawab "Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya"

Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad dalam Musnad Ahmad, dan al-Haithami dalam Zawaidnya telah memberikan komentar : "Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah Bin Ahmad (anak Imam Ahmad Bin Hanbal) dan juga al-Tabrani, dan perawinya adalah orang-orang yang thiqah (dipercayai)".



Ia disampaikan oleh saudara Muadz bin Dzulkefly (anak MP Kuala Selangor).


Wahai Adam, Mastura dan Syafiah
Semoga kalian menjadi sekental anak² Palestin
Adakalanya mempertahankan negara mereka
berbekalkan hanya seketul batu..
InsyaAllah wahai anak²ku..
Ibu pasti mendidik kalian ke jalan pejuang² agung
Moga Allah sentiasa memudahkan
dan memberikan petunjuk kepada kita semua..
Moga Allah akan sentiasa membimbing ibu ke arah itu..
Moga Dia tidak membenarkan ibu sendirian..
Moga Dia tidak membutakan hati kita semua..
Ameen...

Al-Fatihah untuk semua pejuang agama.. hanya doa yang mampu kukirimkan buat kalian

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin