Showing posts with label Sridar. Show all posts
Showing posts with label Sridar. Show all posts

Sep 12, 2009

Iktibar di sebalik kejadian..


Saya tidak menyangka bahawa cerita² saya mengenai Sridar mendapat perhatian ramai. Bukan niat saya untuk bercerita tentang keluarga orang. Tidak sama sekali. Tapi cerita Sridar membangkitkan dan memberikan semangat serta inspirasi dengan cara yang tersendiri. Cerita yang perlu dijadikan iktibar.

Cerita tentang seorang kanak² yang berjuang untuk meneruskan hidup yang sementara bersama-sama dengan keluarganya. Pada akhirnya Tuhan lebih menyayangi, Dia meminjam dan mengambilnya semula. Kehadirannya walau pun seketika tapi memberikan kesan yang mendalam pada semua pihak. Malah saya menganggap dia adalah seorang khalifah mengikut caranya yang tersendiri bagi menyedarkan umat manusia yang seringkali lalai.

Bahawa hidup perlu diteruskan dengan segala macam kepayahan. Walau pun penyampaian dan kesan itu adalah melalui nyawanya sendiri. Ibu bapanya juga terlalu istimewa. Tidak pernah membenarkan tangan² manusia itu mencabut nyawa si anak. Biarlah.. biarlah Tuhan yang mencabut nyawanya sendiri.

Sehari yang lepas saya berkesempatan berbicara dengan sahabat baru. Katanya salah seorang kawannya berputus asa dengan kehidupan dan hampir cuba membunuh diri. Namun, setelah dia mengkhabarkan tentang perjuangan Sridar, kawannya menitiskan air mata. Seakan terjaga dari lena yang panjang. Alhamdulillah, mesej yang Allah swt berikan melalui anak kecil itu sampai kepadanya. Lihatlah kesannya.

Al-Baqara [2:164] : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.


Saya pernah berkata pada seseorang, "Alhamdulillah, Allah menyediakan saham buat kami di akhirat". Namun dibalas dengan, "M harap tak payahlah lagi korang melalui semua ini". Ah! Teruk sangatkah? Kenapa yang empunya diri berasa tenang tapi orang lain pula yang perlu bimbang? Saya tidak pernah menganggap kehadiran Syafiah sebagai satu beban. Malah dia merupakan satu kurniaan yang tidak Allah swt berikan pada sesetengah yang lain. Saya gembira dan berlapang dada dengan anugerah ini. Malah kami tidak pernah bertanya, "Kenapa mesti kami?". Saya yakin ada sesuatu menanti kami. Jika tidak di sini, insyaAllah di akhirat pada suatu masa dan ketika nanti.

Sesungguhnya kedatangan seorang manusia ke muka bumi ini tidak akan sia². Setiap daripada kejadian itu mengandungi hikmah yang amat besar secara terang mahu pun tersembunyi. Hikmah juga hadir dalam bentuk yang lain, malah juga melalui seorang kanak² mahu pun binatang dan sebagainya. Cuma manusia yang seringkali alpa dan lalai.

Fikirkanlah dan ucapkan Maha Suci Tuhan yang Maha Besar. Bersyukurlah pada yang masih hidup. Kita masih diberikan peluang untuk hidup, mengambil iktibar, bertaubat dan kembali kepadaNya.






p.s. : Kick start entry lepas lama berhibernasi. :D

Sep 2, 2009

Syafiah's latest look...

I keep on losing my words. However, still insisting to write and share Syafiah's wonderful experience with our loyal reader. And I lost words today too, especially after receiving a news from a parent of one of Syafiah's friends. Sridar passed away this morning. I cried, was feeling like losing my own child.

Remember this entry? That would be the last time we met him. I want to pay a visit to HSB to meet Selvi, but definitely I know I can't be there. She cried on the phone while talking to me. Car is with my husband. Not to forget with the swine flu pandemic, HSB is definitely a high risk area.

Back to my miracle, Syafiah met Dr. Roliza this morning as scheduled. The appointment was scheduled to check on her condition after she went to DEMC last Thursday.

Her weight increased to 7.9kg compared to 7.5kg last week. She's now healthier, left only a little mucus and she'll cough once a while. She finished her antibiotics on Monday and Fluhalt pills this morning. No wheezing. Smiling, giggling and talkative like always.

Her teeth came out at the same time. They are bottom left lateral incisor plus 2 molars, on which they caused her uneasiness. Not to say that she's cranky but she always talks loudly to express her feelings.

Few photos to share with you:


Recently captured by my niece, Anis.


Today's photos.




Thanks to all the prayers!







p.s. : Dengan rendah diri memohon maaf pada pihak yang berkenaan yang ingin menyumbang kepada kami menggunakan wang zakat, kami tidak boleh menerimanya kerana Syafiah tidak termasuk dalam mana² asnaf mengikut ketetapan syarak. Kang termakan hak orang lain pulak. Tapi bak kata cik suami, wang sumber lain tak pe.. hihi! Dasar!!

Jul 13, 2009

Hari Ahad di hospital..

Maaflah.. tak update semalam. Tak sempat. Lagi pun telefon karat ni buat hal. Asyik tak bagi hantar gambar ke PC. Sudahnya saya hantar sekitar 2 pagi selepas saya ada mood untuk membetulkan blog i.e. 'read more' seorang sahabat jadi bercelaru disebabkan kesilapan kod html. Kadangkala kod html ni boleh jadi celaru kerana salah duduk. Saya betulkan tak lama. Yang lama menunggu mood baik telefon bimbit saya untuk menghantar gambar. Aduh.. bercinta dibuatnya!

Saya tak ingat saya tidur pukul berapa. Suami saya pun tak dapat tidur penangan air kopi. Sudahnya kami berborak. Borak pun dah ala² meroyan, merapik tak sudah. Maklum sajalah dah pukul 3-4 pagi. Saya katakan padanya, "Nanti esok mengantuk". "Saya cuti bersalin," katanya sambil gelak². Tapi dalam dok meroyan tu, sempat pula ajar dia menggunakan Facebook.

Semalam kami ke Hospital Kuala Lumpur. Oh, Syafiah tak sakit. Cuma tergerak hati melawat sahabatnya semasa di NICU, Hospital Sg Buloh di sana. Sahabat Syafiah ni namanya Sridar Rao berpenyakit congenital hydrocephalus dan spina bifida:




Mama Sridar : "Sel otak Sridar dah tinggal sikit kata doktor"
Sridar : "Tak pe la, Mama. Tuhan itu berkuasa. Janji saya masih boleh senyum dan ketawa"



Entah apalah yang dibahasakan oleh 2 orang kanak² ni? Mungkin:
Syafiah : "Macam kenal je kawan sorang ni?"
Sridar : "Syafiah, tengok la kepala kita ni ada duit syiling 50 sen"


Untuk mengenali spina bifida:

Sumber gambar dari sini.


Pembedahan Sridar kali ini adalah untuk meletakkan ommaya shunt, mengeluarkan VP shunt sediaada dan melakukan prosedur ETV (ia melibatkan satu pembedahan di mana satu lubang kecil dihasilkan di dalam ventrikel otak untuk membolehkan aliran CSF yang bebas).

Contoh gambar ommaya shunt:

Sumber gambar dari sini.


Rupanya anak rakan sekerja suami pun ada di situ. Anaknya juga pesakit hydrocephalus. Bukan congenital. Dia dilahirkan normal, akan tetapi telah mendapat demam yang amat panas ketika ibunya masih berpantang. Pakar membuat pemeriksaan dan mendapati bahawa kuman tersebut telah menjangkiti bahagian otaknya.

Dia juga baru selesai dibuat pembedahan lagi pada 4 Julai 2009.

Selesai menziarah, kami mencari tempat untuk solat Zuhur dan juga makan:


Gambar budak 2 orang ni je. Gambar makan tak de. Kami makan di Kg Baru. Terserempak dengan rakan lama yang kini berkerja di Petronas bersama dengan girl dia dan kawan² dia yang lain. Kami terserempak juga dengan Sasha Elite.

Selesai makan, mencari tempat membeli-belah pula. Sasaran - Giant KD:






Dalam segala kebisingan tu che' mek ni boleh pula layan mata.


Sampai di rumah kira² jam 7.30 malam. Rehat sekejap. Cuba hantar gambar (tapi tak berjaya). Sehinggalah melarut-larut ke pukul 3-4 pagi. Sekarang ni mata masih kelat. Terasa sangat mengantuk sekali.







p.s. : Thanks Mr Hubby for being such an understanding person!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin